Print Friendly, PDF & Email

Blog lama: لامن حديث
Sila Klik Pilihan Anda:


MALU BERTANYA SESAT JALAN:

Sedutan soalan saya dengan Ustaz Doktor Haji Zahazan bin Mohamed di ruangan ‘perbincangan’ laman Facebook beliau:

Topik: Hadith di internet
Memaparkan kesemua 3 kiriman oleh 2 orang.

# Kiriman 1
You wrotepada 03hb Oktober 2009 pukul 9.35 pagi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hati saya tersentuh pada pagi Jumaat 5 Syawal yang lalu tatkala mendengar kuliah ustaz dalam rancangan Tafsirul Qur’an terbitan radio IKIM.fm.

Mengapa ye? Sebab ustaz ada menyebut bahawa kini banyak laman web yang menyiarkan hadis. Menurut ustaz ini suatu perkembangan yang kurang sihat kerana hadis untuk dihafaz sebenarnya.

Saya terasa sebab blog saya ( http://arabmykrk.com/hadith-2 ) juga ada satu page khas untuk hadis. Tujuan saya berbuat demikian …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kini saya agak keliru mahu meneruskan ruangan itu atau tidak. Harap ustaz dapat memberi nasihat serta penjelasan lanjut. Saya amat menghargai pandangan ustaz.

جزاكم الله خيرا كثيرا

# Kiriman 2
Ustaz Zahazan Mohamed menulispada 06hb Oktober 2009 pukul 2.02 pagi

Aslm, DT (Dusakal Thooluut @ Mykrk), tk atas respons anta.Ana maksudkan sebenarnya sesetengah pihak yg sering mengatakan Nabi kata, sdgkan ia bukannya hadis.Kita semua kena ambil berat amaran Nabi dlm hadis sahih rwyt Muslim pd awal kitab sahihnya, yg bermaksud : Sesiapa yg mendustakan sesuatu dengan dakwaan ianya daripadaku, maka bersedialah dia untuk ke neraka.Adapun usaha DT amat baik dan patut teruskn, barakalLahu fiek..
Lapor

# Kiriman 3
You wrotepada 06hb Oktober 2009 pukul 5.03 ptg
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, terima kasih atas penjelasan ustaz. InsyaAllah saya akan teruskan ruangan tersebut.

جزاكم الله خيرا كثيرا

 

2 Responses

  1. assalamualikum….alhamdulillah…dengan adanya blog seperti ini dapatlah kita mempelajari bahasa arab @ lughatul jannah ini dengan lebih mendalam insyaallah….semoga laman blog ini berkekalan dan dapat membantu umat islam yg laen mempelajari bhs al-quran ini…wassalam

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas kunjungan dan doa saudara itu. Tapi tiada yang kekal melainkan Allah……..