IKTIKAF: Anugerah Buat Graduan Ramadhan

Print Friendly, PDF & Email

i'tikaf 4iitikaf 4ii
* Sila klik gambar untuk melihatnya dalam saiz yang lebih besar.

4. Hazrat Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما berkata bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan.

Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, satu angin akan bertiup dari bawah ‘Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga,

maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.

Kemudian muncullah bidadari-bidadari sehingga mereka berhenti di anjung syurga.

Mereka kemudian menyeru “Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah mengahwinkannya dengan kami?”

Kemudian mereka berkata lagi “Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Dia akan menjawab kepada mereka dengan “Labbaik!” kemudian Dia berkata “Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad”.

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda lagi “Allah سبحانه وتعالى akan berfirman “Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada umat Ahmad.

Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad kekasihKu.”

Baginda bersabda lagi “Allah سبحانه وتعالى akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadhan supaya dia menyeru tiga kali,

“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?

Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada si kaya yang tidak mungkin akan miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa dizalimi.

Pada waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadhan Allah سبحانه وتعالى akan membebaskan sejuta jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka.

Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah سبحانه وتعالى akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga ke akhirnya.

Apabila berlaku Lailatul Qadr Allah سبحانه وتعالى akan memerintahkan Jibrail عليه السلام supaya turun bersama sekumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau.

Dia akan memacak bendera itu diatas Kaabah. Jibrail عليه السلام mempunyai seratus sayap. Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu saliaja.

Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat.

Kemudian pada malam tersebut Jibrail عليه السلام akan mendorong malaikat-malaiknt sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir.

Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar.

Apabila terbit fajar Jibrail عليه السلام akan menyeru segala malaikat, “Sekarang berangkatlah!”

Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, “Wahai Jibrail apakah yang Allah سبحانه وتعالى telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang-orang beriman dari ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم

Dia akan menjawab, “Allah سبحانه وتعالى telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia.”

Maka kami pun bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah ?”

Baginda bersabda, “Lelaki yang berterusan meminum arak, dia yang mendurhakai kedua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin.”

Kami telah berkata, “Ya Rasulullah! Siapakah itu musyahin ?” Baginda menjawab, “Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga.”

Apabila tiba malam hari raya Aidil-fitri – malam itu dinamakan (di sisi penduduk langit) Lailatul Ja’izah.

Pada pagi hari raya itu Allah سبحانه وتعالى menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong.

Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang telah diciptakan oleh Allah سبحانه وتعالى kecuali jin dan manusia.

Mereka berkata, “Wahai ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar.”

Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah سبحانه وتعالى akan berkata kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?”

Baginda bersabda, “Para malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Kerana itu Aku telah menjadikan kamu sebagai saksi.

Wahai malaikatKu! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasan kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadhan dan berdirinya mereka (beribadat kepadaku didalam Tarawih) ialah keredhaanKu dan keampunnanKu.”

Allah سبحانه وتعالى akan berfirman lagi “Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah dariKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu pun daripadaKu pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini

untuk kepentingan (akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikanmu.)

Demi kemuliaanKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadapKu.

Demi kemuliaanKu dan demi kehebatanKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan.

Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhai kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dcngan apa yang Allah telah berikan pada umat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadhan.

(Hadith riwayat Ibnu Hibban, al-Baihaqi, as-Suyuti)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 98-102

Share/Save
Share/Save
Scroll to Top