Print Friendly, PDF & Email

4. Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah”. (H.R Tarmizi dan katanya: Hadith ini bertaraf ‘hasan, gharib’, bab doa orang Muslim mustajab, bil. 3383)

Keterangan: Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan kelslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah S.W.T. (Mazahir Haq)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٨
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 16-17

One Response

  1. Pingback: اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.2: Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada) | ArabMykrk.com