Lima Perkara Akan Umat Muhammad Perolehi Dalam Bulan Ramadhan

RAMADHAN: Lima Ganjaran Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Sahaja

Print Friendly, PDF & Email
Lima Perkara Akan Umat Muhammad Perolehi Dalam Bulan Ramadhan
Lima Ganjaran Khusus Untuk Umat Muhammad SAW

2. Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah سبحانه وتعالى daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah سبحانه وتعالى akan menghiaskan syurgaNya dan berkata “Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.”

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat didalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم “Adakah ia Lailatul-Qadr?”

Baginda menjawab, “Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila telah menyelesaikan kerjanya.”

(Hadith riwayat Ahmad, Bazzar, Baihaqi, Ibnu Hibban – ar-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 17-18

2 thoughts on “RAMADHAN: Lima Ganjaran Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Sahaja”

  1. Salam Capt. Terima kasih kerana suka ke sini. Pada pendapat saya Capt kenalah cari kawan yang sama-sama hendak memahirkan pertuturan B.Arab dan bercakap dalam Bahasa Arablah selalu dengannya. Saya juga dalam proses hendak memahirkan komunikasi dalam B.A. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Share/Save
Share/Save
Scroll to Top