Dr Jamnul Azhar Mulkan adalah bekas penuntut Maktab Mahmud Alor Setar Kedah dan seorang yang fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Berpengalaman belajar di Mesir selama 13 tahun. Merupakan seorang doktor perubatan keluaran Universiti Al–Azhar dan pendakwah aktif yang popular di Utara Semenanjung dan Kuala Lumpur. Sering mendapat jemputan sebagai ahli panel program Halaqah di TV9.
Beliau pernah berkhidmat di Hospital Daerah Alor Star. Kini berkhidmat sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Kangar Perlis. Selain daripada itu Doktor Jamnul Azhar juga mempunyai sebuah klinik di Hentian Shahab Perdana Alor Star.
Menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM). Sering terlibat di dalam program kemanusiaan ke Palestin, Darfur, Kemboja dan lain-lain.
Saya terdorong untuk merakam dan mengongsikan motivasi yang disampaikannya kerana sebagai doktor perubatan, beliau dapat mengaitkan sains dengan ayat Al-Qurán dan Hadith. Sebagai manusia biasa yang terkesan dengan apa yang boleh dipandang, didengar dan dirasa, berkat mendengar pengisian beliau ini akan dapat meningkatkan iman di dada. InsyaAllah.
Selamat mendengar………
NOTA: SEMUA AUDIO SUDAH MYKRK PADAMKAN BAGI MENGHORMATI HAK CIPTA IKIM.FM. MOHON MAAF DI ATAS KESULITAN.
Suami Mithali | Klik di sini untuk mendengar |
---|---|
Isteri Solehah | Klik di sini untuk mendengar |
Hadis – Astro / Satelit (Zaman Dihujani Kejahatan Dari Langit) | Klik di sini untuk mendengar |
Hadis – Teknologi Angkasa Lepas – Bernafas dengan perut, bagaimana rupa bumi dilihat dari langit, bagaimana suara azan boleh menembusi langit, kelajuan cahaya | Klik di sini untuk mendengar |
Hadis- Zaman manusia bercakap dalam botol kaca – elektron, positif, negatif, LED, teknologi nano | Klik di sini untuk mendengar |
Hadis- DAJJAL HAMPIR MUNCUL. Kisah Tamim ad-Dari bertemu Jassasah dan Dajjal. Tanda-tanda Dajjal akan keluar. Tiga soalan Dajjal. Nasihat daripada Dajjal. Kurma di Baisan dan air Tasik Tibriyah hampir kering. | Klik di sini untuk mendengar |
Hadis – Kenapa Nabi Isa alaihis salam akan turun ke bumi. Tempat turun, waktunya, bajunya, rambutnya, wajahnya, kulitnya. Tiga misi baginda. Armagedon. (Dialog antara agama). | Klik di sini untuk mendengar |
Hadis – Teknologi Perubatan. Memerlukan 7 – 8 tahun kajian oleh pelajar perubatan. Tiga perkara mendatangkan kesembuhan; pembedahan, mengalirkan elemen panas ke dalam badan (x-ray, kemoterapi) dan madu lebah. | Klik di sini untuk mendengar |
Al-Qurán – Zaman Nabi Daud di Baitul Maqdis. Tentera Thooluut seramai 70 orang melawan 70,000 orang tentera Jalut di Armagedon (tempat yang sama bakal berlaku peperangan terakhir). Bagaimana tentera Thooluut boleh menang? Apa akan berlaku sekiranya meminum air yang terlalu sejuk di dalam cuaca yanag terlalu panas? | Klik di sini untuk mendengar |
Al-Qurán – Tadbir Masa (Timing). Kisah Nabi Musa alaihis salam membawa 600,000 pengikut yang diburu sejuta tentera Firaun. Jangan minta perkara baik berlaku sebelum ianya patut berlaku, bersabar jika berlaku perkara yang tidak baik. ALLAHLAH SEBAIK-BAIK PENTADBIR. Solat awal waktu adalah pengurusan masa yang terbaik. Fahamilah dengan mendengar kisah ini. | Klik di sini untuk mendengar |
Al-Qurán – Teknologi Gelombang (Wave). Infra red, .fm, frekuensi, handphone, mms, internet. | Klik di sini untuk mendengar |
Terima kasih: Radio IKIM.fm
Pingback: Sesuatu Yang ……… Tentang KL Server.net | ArabMykrk.com