Print Friendly, PDF & Email

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada tarikh keramat 6 Februari (semalam) genaplah usia perkahwinan kami 17 tahun. Sama seperti rumahtangga tuan puan sekalian juga, kami tetaplah tidak lepas daripada ujian-ujian yang menguji keteguhan iman, kesetiaan dalam memegang teguh ikatan perkahwinan, dugaan mendidik anak-anak dan sebagainya. Namun…………. kesabaran mengatasi segalanya, Alhamdulillah……….

selamat pengantin baru............eh?2

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mencelah di kesempatan ini, ingin kami kongsikan beberapa pesanan buat tatapan teman-teman yang kami kasihi sekalian. Pertamanya pastilah buat sang nakhoda iaitu para suami atau bakal suami. Ayuh kita hayati maksud hadis ini. Sewaktu pertama kali mendengar hadis ini dibacakan di dalam suatu majlis ta’lim, saya sungguh keliru akan maksud yang tersirat yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Alhamdulillah selepas membaca buku ’Bercinta Sampai Ke Syurga’ karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil barulah saya faham dan tersenyum-senyum. Jazakallahu khairan kathira ustaz……..

Inilah hadis yang dimaksudkan.


Diharap para suami dapat membacanya dengan penuh penghayatan dan empati………….

Perbualan Ummu al-Mukminin Aisyah r.ha bersama suaminya Baginda Rasulullah SAW. Mereka berdua berbual tentang kisah 11 wanita Jahiliah, cerita Aisyah sebagai santapan telinga suaminya.

“Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka.

“Wanita pertama berkata: ‘Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak.’

“Wanita kedua berkata: ‘Aku tidak boleh menceritakan mengenai
suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka
aibnya.’

“Wanita ketiga berkata: ‘Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi.’

“Wanita keempat berkata: ‘Suamiku seperti cuaca di daerah Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan.’

“Wanita kelima berkata: ‘Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya) tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya.’

“Wanita keenam berkata: ‘Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya.’

“Wanita ketujuh berkata: ‘Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat, tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya.’

“Wanita kelapan berkata: ‘Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab.’

“Wanita kesembilan berkata: ‘Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan.’

“Wanita kesepuluh berkata: ‘Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian daripada hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling, mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih.’

” Wanita kesebelas berkata: ‘Suamiku bernama Abu Zar’in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar’in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. Beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang.’

“ ‘Selepas itu bagaimana pula bonda Abu Zar’in? Tahukah kamu siapa bonda Abu Zar’in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas.’

“ ‘Maka bagaimana pula anak lelaki Abu Zar’in? Tahukah kamu
siapakah anak lelaki Abu Zar’in? Tempat tidurnya seperti pelepah
ta mar. Beliau berasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing.’

” ‘Maka bagaimana pula anak perempuan Abu Zar’in? Tahukah
kamu siapakah anak perempuan Abu Zar’in? Beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya mantel dan sering menjadi kecemburuan jirannya.’

” ‘Maka bagaimana pula jariah Abu Zar’in, tahukah kamu siapakah jariah Abu Zar’in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau tidak pernah membiarkan rumahku kotor.’

“Setelah itu beliau berkata: ‘Satu hari Abu Zar’in keluar dengan
membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau
bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka
bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya.
Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu.’

” ‘Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata:Makanlah wahai Ummu Zar’in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiainya dengan pemberian Abu Zar’in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar’in yang paling sedikit.’”

Aisyah r.ha berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: ‘Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar’in dengan Ummu Zar’in.’ ”

Aisyah r.ha membalas: “Bahkan engkau lebih baik daripada Abu Zar’in.”

“Rasulullah SAW menjawab: ‘Benar! Abu Zar’in menceraikan Ummu Zar’in sedangkan aku tidak menceraikan engkau.’ ” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

HEBATNYA RASULULLAH SAW

Subhanallah!

Sabarnya Rasulullah SAW mendengar celoteh isterinya Aisyah!

Dalam kesibukan dan kegentingan pelbagai isu, sabarnya Baginda SAW melayan kisah 11 perempuan Jahiliah yang entah di mana faedahnya itu! Tidak langsung diperlekeh kisah Aisyah. Baginda tidak langsung memuncungkan mulut tatkala mendengar kisah panjang lebar isteri kesayangannya itu.

Bahkan setelah berakhirnya kisah 11 wanita Jahiliah Rasulullah SAW mengulas dengan komen yang paling bersahaja lagi romantik, sebagai seorang suami yang terbaik kepada keluarganya.

Maafkan daku sayang. Diri ini tidak sehebat Rasulullah SAW, tetapi aku ini pasti lebih baik daripada Abu Zar’in kerana sepanjang mana pun celotehmu tentang benda remeh-temeh berkaitan rumah kita, dikau tetap menjadi pojaan hatiku! (Kata Ustaz Hasrizal……..)


seterusnya……….

masih lagi bingkisan buat tuan-tuan yang menggalas pangkat ’SUAMI’. Bagi lebihlah sikit………
Ini pula adalah asbab hadis “Aku telah melihat syaitan manusia dan jin lari daripada Umar”.
Perawi: Ibnu Adi dan Ibnu Asakir daripada Sayyidatina Aisyah r.anha.

Sababul wurud:
Diriwayatkan di dalam “Al Jami’ul Kabir” daripada Aisyah r.anha bahwa sewaktu Nabi SAW duduk tiba-tiba beliau mendengar hiruk pikuk suara orang dan anak-anak. Ternyata seorang wanita Habsyi sedang menari-nari sambil dikelilingi orang ramai. Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah r.anha: “Wahai Aisyah, lihatlah!”. Kata Aisyah: “Kuletakkan mukaku di atas bahu baginda sehingga aku dapat melihat diantara bahu dan kepala baginda”. Sabda Rasulullah SAW: “Sudah puaskah melihatnya, hai Aisyah?”. Jawab Aisyah r.anha: “Belum”. Rasulullah SAW kemudian duduk bersila. Tidak lama selepas itu secara tiba-tiba muncullah Saidina Umar r.anhu, orang ramai pun kelam kabut melarikan diri.
Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat syaitan manusia dan seterusnya ………”.

MasyaAllah……….. pernahkah tuan-tuan melayan isteri sebagaimana Rasulullah SAW lakukan itu? Mula-mula kahwin insyaAllah. Kalau sudah lama mungkin ini dialog yang biasa kita dengar;
”Cepat-cepat, sepuluh minit je ea. Abang ada hal lepas nih. Ambil benda yang perlu jer.”
………. Hek elleh……… kalo camni, takyah le ajak pi shopping………. Huh!
Kalau nak berjalan jauh pula, kadang-kadang si ibulah yang tidak habis-habis mengemas. Mana barang yang mahu dibawa, rumah yang hendak ditinggal. Cik abang memang dibiarkan berehat maklumlah akan memandu jauh. Setelah semua beres, barulah ibu terkedek-kedek pergi mandi. Ayah pula terbangun apabila terdengar pintu bilik air ditutup, ”Semua dah siap?” ”Sudaaaahhhh.” anak-anak menjawab. Apa lagi, barang-barang pun diangkutlah ke dalam kereta. Selepas solat sunat safar, ayah pun berkata, ”Semua masuk dalam kereta. Pantas, pantas.” Lalu distartlah kereta dan terus dipandu keluar pagar………… sajalah tu…….. nak suruh makhluk dalam bilik air keluar cepat………. hwaaaa benci! Kwang kwang kwang………..


Baiklah, sekarang buat para isteri yang budiman pula……….

Pedoman/Tip/Panduan Buat Isteri: Bagaimana Menambat Hati Suami
1. Terima dia agar dia menerima anda
2. Fahami lelaki agar dia memahami anda
3. Berubah untuk menikmati perubahan
4. Sanggup memberi untuk menerima
5. Percaya untuk dipercayai
6. Menangkan lelaki untuk Menang
7. Sifat negatif membuahkan kesan negatif
8. Bertanggungjawab akan menikmati kesan tanggungjawab
9. Kritikan akan membuahkan kritikan
10. Beri lelaki apa yang dia mahu
11. Tunjukkan minat tulin terhadap lelaki
12. Senyuman itu tanda kasih yang tidak perlu dibayar
13. Panggillah lelaki dengan panggilan manja
14. Hormati dia sebagai lelaki
15. Dengarlah dengan baik
16. Bercakaplah tentang apa yang disukai lelaki
17. Katakanlah bahawa dia paling penting dalam hidup anda
18. Jangan katakan penyesalan mengahwininya
19. Elakkan pergaduhan
20. Jangan menyalahkan, minta maaf apabila bersalah
21. Hidup bukan hanya di dunia

BUKAN MUDAH………. WALAU BAGAIMANAPUN……………SEBELAH KALI MEMIJAK NAFSU, INSYAALLAH SEBELAH KAKI SEDANG MELANGKAH KE SYURGA……………….

Akhir sekali, inilah lagu kegemaran kami…………. (terima kasih teacher Nash kerana sudi menuliskan lirik lagu ini, di internet memang banyak kedapatan lirik lagu ini, tetapi lirik yang teacher Nash tuliskan ini ada sedikit perbezaannya). Mengimbau kembali kenangan sewaktu baru berkenalan sebaik saja bertunang. Kembang hati saya dapat teman hidup yang fasih berbahasa Inggeris. Hajat hati hendak belajar dengan dia sampai pandai. Mak oi, sampailah sekarang……… entah dia yang tak reti mengajar, entah saya yang ‘bijak sangat’……….. bila tengok dia je, saya hanya pandai mengucapkan tiga patah perkataan………… “I love you………….” Naya betul kalau murid sudah jatuh cinta dengan tok guru nih…………… dia pun kalau saya start speaking dalam Bahasa Arab, tiga patah juga di jawabnya, “Arab arab arab……….”

For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there’s a couple words I *wanna say

Chorus
For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest, that’s true
Till the end of my time
I`ll be loving you… loving you

For the rest of my life
thru days and nights
I’ll thank Allah
for open my eyes
Now and forever I,
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife, you’re my friend and my strength
And I pray we’ll together in jannah.

Now I’ve found myself, I feel so strong
Yes, everything was changed when you came along
OOOO
And there’s a couple words I wanna say

Chorus

And now that you’re here in front of me,
I strongly feel in love, (I strongly feel in love)
And I have no doubt
I’m singing loud that I’ll love you eternally

Chorus

*wanna (bahasa pasar bagi perkataan want to = hendak)

Rujukan:
1. Hasrizal Abdul Jamil. 2009. Bercinta sampai ke Syurga. Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. m.s 219- 223
2. Ibnu Hamzah Al-Husaini Al-Hanafi Ad-Damsyiqi (Terjemahan H.M Suwarta Wijaya B.a & Drs. Zafrullah Salim). 1997. ASBABUL WURUD – Latar Belakang Sejarah Hadis-Hadis Rasulullah S.A.W Jilid 2. Kuala Lumpur: Penerbit Edaran Kalam. m.s 365