LAILATUL QADR: Doa Yang Sepatutnya Dipohon

7. Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها berkata, “Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatul Qadr, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda, “Katakanlah: اللهـُــمّ َ إ ِنـّـَـكَ عـَــفـُــوّ ٌ تـُــحـِــبّ ُ الـْـعـَــفـْــوَ فـَــاعـْـفُ عـَــنـِّـى
“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan maka ampunilah daku.” Hadith riwayat Ahmad, Ibnu

LAILATUL QADR: Tanda-tanda Lailatul Qadr

6. Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman

LAILATUL QADR: Mengapakah Tarikhnya Tidak Dapat Dipastikan?

5. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه beliau berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadr, kemudian ada dua orang lelaki daripada kalangan orang-orang Islam telah bergaduh.
Maka Baginda telah bersabda, “Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadr kemudian si fulan dan si fulan telah bergaduh, oleh kerana itu

LAILATUL QADR: Sebenarnya Bila?

4. Daripada Hazrat ‘Aishah رضي الله عنها beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Carilah Lailatul Qadr pada yang ganjil dari sepuluh malam terakhir Ramadhan.” (Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

LAILATUL QADR Dan Hari Raya, MasyaAllah! Kalaulah Kita Memahami…

3. Daripada Hazrat Anas رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Apabila tiba Lailatul-Qadr, turunlah Jibrail عليه السلام bersama sekumpulan para malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah سبحانه وتعالى dan apabila tiba Hari Raya mereka, iaitu Hari Raya Fitrah, maka Allah سبحانه وتعالى akan membangga-banggakan