bacaan

Muntakhab Ahadith: Doa Ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah
Doa Ditimpa Musibah

(246) Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Rasulullah saw. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ

اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ

لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا

Innaa lillahi wa innaa ilaihi roojiúun
Allahumma’ jurni fii musiibatii wa akhlif
lii khoirom minhaa

(versi lain) Innaa lillahi wa innaa ilaihi roojiúun
Allahumma aajurni fii musiibatii wakhluf
lii khoirom minhaa

(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),
melainkan Allah Swt. pasti memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya.”

Dia (Ummu Salamah r.ha) berkata, “Ketika Abu Salamah r.a. meninggal, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Nabi saw. kepadaku, sehingga Allah Swt. memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah saw.”

(Hr. Muslim, bab Ucapan/doa ketika ditimpa musibah, Hadits nombor 2127)

Lain-lain Tajuk:
1. Doa Memudahkan Tidur
2. Doa Qunut Nazilah
3. Solat Istikharah
4. Cara Mendapat Kasih Sayang Allah S.W.T
5. Maaf dan Mengabaikan Orang Yang Kurang Cerdik

Rujukan:
(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٢٤٩
(2) Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 458

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)

1.

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-25 al-Furqan, ayat 74
Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-25 al-Furqan, ayat 74

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan:

رَبـَّــنـَــا………………………………..۝

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2.

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-27 an-Naml, ayat 19
Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-27 an-Naml, ayat 19

Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)

Untuk amalan:

رَبِّ أ َوْزعـْــنـِــى………………………………….الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ۝

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

3.

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-46 al-Ahqaf, ayat 15
Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-46 al-Ahqaf, ayat 15

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

Untuk amalan:

رَبِّ أ َوْزعـْــنـِــى………………………………..۝

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Rujukan:
http://transliteration.org/quran/Transliteration/FramSearch.htm
http://praytime.info/quran.php?surah=25&verse=1&trans=17&translit=0&reciter=1
http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/046.html

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI AKHIR – 5)

KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL
Islam Graphic Comments
KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1. Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syeikh yang boleh membetulkan bacaan anda jika salah.

2. Hafalkanlah setiap hari sebanyak dua muka surat, satu muka surat selepas subuh dan satu muka surat selepas Asar atau Maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan mampu menghafal al-Qur’an secara mutqin dalam tempoh waktu setahun, akan tetapi jika anda memperbanyak jumlah hafalan setiap hari, maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang terlupa.

3. Hafalkanlah mulai dari surah an-Nas hingga surah al-Baqarah (membalik urutan al Qur an), kerana hal itu lebih mudah.

4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu yang baik dalam cetakan mahupun bentuknya, agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.

5. Sesiapa yang menghafal al-Qur’an, kebiasaannya dalam tempoh dua tahun pertama akan mudah hilang apa yang telah dihafal. Tempoh ini disebut masa ‘tajmi’ pengumpulan hafalan). Oleh kerana itu, jangan bersedih karena sukarnya mengulang atau banyak kekeliruan dalam hafalan. Ini merupakan masa cubaan bagi para penghafal al-Qur’an. Ini adalah masa syaitan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan daripada menghafal. Justeru jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, kerana menghafal al-Qur’an merupakan harta yang sangat berharga dan tidak dianugerahi kecuali kepada orang yang dikaruniai Allah S.W.T. Akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk di kalangan hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya serta mencontohi sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 4)

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR
quran Pictures, Images and Photos

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbezaan antara keduanya. Kemudian buatlah tanda untuk membezakan antara keduanya.

Di samping itu, ketika anda melakukan muraja’ah (ulangan) hafalan perhatikan perbezaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda berjaya mengingatinya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

Akan bersambung dengan tajuk (akhir): KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SETAHUN?

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)
TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI 3)

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama setahun, jadikanlah al-Qur’an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat. Itulah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w semasa hidupnya, baginda membahagi al-Qur’an menjadi tujuh bahagian.Pada setiap hari baginda mengulang setiap bagian tersebut, sehingga menjadi kebiasaan baginda mengkhatamkan al-Qur’an setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah berkata; “aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w bagaimana cara mereka membahagi al-Qur’an untuk dijadikan wirid harian?” Mereka menjawab: “Kami kelompokkan menjadi 3 surah, 5 surah, 7 surah, 9 surah, 11 surah, dan wirid mufashal dari surat Qaaf hingga khatam ( al-Qur’an)”. (HR. Ahmad).

Jadi mereka membahagi wiridnya sebagai berikut:

– Hari pertama: membaca surah “al-Fatihah” hingga akhir surah “an-Nisa”.

– Hari kedua: dari surah “al-Ma’idah” hingga akhir surah “at-Taubah”.

– Hari ketiga: dari surah “Yunus” hingga akhir surah “an-Nahl”.

– Hari keempat: dari surah “al-Isra'” hingga akhir surah “al-Furqan”.

– Hari kelima: dari surah “asy-Syu’ara'” hingga akhir surah “Yasin”.

– Hari keenam: dari surah “ash-=Shaffat” hingga akhir surah “al-Hujurat”.

– Hari ketujuh: dari surah “Qaaf” hingga akhir surah “an-Naas”.

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: ” Fami bisyauqin
(فـَـمِي بـِــشـَــوْقٍ) “, dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surah yang dijadikan wirid Nabi s.a.w. pada setiap hari.

Maka:

– huruf “fa / ف” symbol dari surah “al-Fatihah“, sebagai awal wirid beliau hari pertama.

– huruf “mim /م” symbol dari surah “al-Ma’idah“, sebagai awal wirid beliau hari kedua.

– huruf “ya /ي” symbol dari surah “Yunus“, sebagai wirid beliau hari ketiga.

– huruf “ba /ب” symbol dari surah “Bani Israil (nama lain dari surat al-Isra’)” sebagai wirid beliau hari keempat.

– huruf “syin /ش” symbol dari surah “asy-Syu’ara’“, sebagai awal wirid beliau hari kelima.

– huruf “wau /و” symbol dari surah “was-Shafaat“, sebagai awal wirid beliau hari keenam.

– huruf “qaaf /ق” symbol dari surah “Qaaf“, sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surah “an-Nas”.

Pembagian hizib yang ada pada al-Qur’an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

Scroll to Top