bagaimana hendak mengetahui kata dasar bagi perkataan arab

صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)

Sebelum kita pergi jauh lagi. Ada satu perkara yang amat penting diketahui, iaitu bagaimana hendak mengetahui kata dasar bagi perkataan Arab? Kalau dalam pelajaran Matematik kita belajar tentang ‘rumah nombor’. Rumah ‘se’, ‘puluh’, ‘ratus’, ‘ribu’ dan seterusnya. Haa…. dalam ilmu Sorf pun amat amat amat penting untuk pelajar-pelajar mengetahui tentang ‘rumah’ ni……. aik, rumah mendenye?

Ok, semua feel kena diselaraskan dengan rumah : فـــــعـــــل = ف ع ل

Contoh:

نـَـصـَـرَ يـَـنـْـصـُـرُ

atas wazan / timbangan / bentuk / paten;

فـَـعـَـلَ يـَـفـْـعـُـلُ

Jadi dalam perbincangan;

huruf ن akan digelar / disebut sebagai faa’ul fi’li (فـَـاءُ الـْـفـِعـْـلِ)
huruf ص akan digelar / disebut sebagai ‘ainul fi’li (عـَـيـْـنُ الـْـفـِـعـْـلِ)
huruf ر akan digelar / disebut sebagai laamul fi’li (لامُ الـْـفـِـعْـلِ)

Habis huruf ي tu apa halnya menyibuk kat situ? Owh, huruf ي tu ditambah sebagai menunjukkan bahawa;

يـَنـْصـُـرُ adalah feel mudhari’ / perbuatan yang sedang dilakukan / present tense / الفعل المضارع

يـَـنـْـصـُـرُ = sedang menolong

Jika tiada huruf ي iaitu نـَصـَرَ sahaja,
ia menunjukkan perbuatan telah dilakukan / feel madhi /past tense / الفعل الماضى

نـَصـَـرَ = telah menolong

Contoh-contoh lain:

قــَـــرَأ – telah baca

أ كـَـلَ – telah makan

ذ َهَــبَ – telah pergi

Kesimpulan:

ق، أ، ذ – faa’ul feel / فـَاءُ الـْـفِـعـْـل / rumah ف

ر، ك، ه -‘ainul feel / عَـيـْـنُ الـْـفِـعـْـل / rumah ع

أ، ل، ب -laamul feel / لاَمُ الـْـفِـعـْـل / rumah ل

 

Pendahuluan Ilmu Saraf (i)

Rujukan:

Rancangan ‘Durus ‘Arabiah’ radio IKIM.FM

صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (i)

Dalam Bahasa Arab, Feel (فــعــل)merupakan ibu / induk kata dasar bagi perkataan-perkataan Arab yang lain.
Contohnya: مَـسْــجـِـدٌ (masjid) adalah berasal dari perkataan سـَـجـَـدَ (sujud).

Pada asasnya feel terdiri daripada hanya 3 huruf sahaja.

Contoh:

ذ َهَـبَ – pergi

أكـَــلَ – makan

قـَـرَأ – baca

نـَـظـَـرَ – lihat

كـَـتـَـبَ -tulis

جـَـلـَـسَ – duduk

قـَـعـَـدَ – duduk

فـَـهـِـمَ – faham

رَأ َى – lihat
:Worry:

Namun kadangkala kita terjumpa feel yang hanya mempunyai 2 huruf. Benarkah ia hanya 2 huruf? Cuba teliti kalimah / perkataan di bawah ini.

مَـرَّ Hemm… nampak macam 2 huruf. Cuba kita pecahkan. مـَرَرَ ops, 3 huruf laa…..

قـَـصَّ asalnya قـَـصَـصَ alamak, betullah! 3 huruf.

شـَــدَّ asalnya شـَدَدَ juga 3 huruf.

Rujukan:

Rancangan ‘Durus ‘Arabiah’ radio IKIM.FM

Scroll to Top