cara

Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel

Sebagai pemilik kenderaan, pernahkah anda merasa seperti ‘ditipu’ oleh bengkel di mana anda menghantar kereta untuk diperbaiki? Kadangkala, bil anda melambung di luar dari jangkaan awal sedangkan kerosakan kereta anda tidaklah seberapa.

Senario sebegitu bukan baru bagi pemilik kenderaan yang menghantar kereta mereka untuk diperbaiki di bengkel-bengkel tertentu dan tidak bertauliah. Penipuan di sesetengah bengkel yang tidak bertanggungjawab itu bukan baru, harga diletakkan sesuka hati kerana mahu mengaut keuntungan banyak dan cepat.

Bagi anda yang tidak berpengalaman menghadapi situasi kenderaan rosak, anda terpaksa ’menyerahkan’ bulat-bulat kereta anda untuk diperbaiki dan sekiranya mekanik dan bengkel tidak bertanggungjawab, anda pasti menjadi ’mangsa’,

Lantaran itu, amat penting bagi anda mengetahui serba sedikit kaedah dan cara memilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan memberikan perkhidmatan pembaikan kereta yang sempurna.

Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel
Panduan Memilih Mekanik Dan Bengkel

Lazimnya, anda mahukan keihklasan daripada mekanik anda. Untuk mendapatkan mekanik dan bengkel yang sedemikian, anda perlu ’mencari’nya terlebih dahulu. Seorang mekanik yang jujur akan memberitahu anda tentang punca kerosakan dan apa yang perlu diperbaiki dan yang tidak perlu diperbaiki.

Anda sepatutnya diberikan penjelasan dan penerangan yang tepat mengenai punca kerosakan, senarai barangan dan alat ganti yang perlu ditukar dan anggaran kos serta jangkamasa yang diperlukan untuk memperbaiki kereta anda.

Kerja-kerja pembaikan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. Tiada pembaikan tambahan boleh dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran anda. Anda berhak diberi penerangan untuk kerja-kerja tambahan berkenaan dan anggaran kosnya sekali.

Berikut sedikit tips bagi menjaga kepentingan anda semasa menghantar kereta untuk diperbaiki:
1) Cari bengkel yang sesuai yang anda kenali sebelum kereta anda mengalami kerosakan lagi. Jangan tunggu sehingga kereta anda mengalami kerosakan. Ini boleh dilakukan menerusi rakan-rakan atau pendapat dan mereka yang lebih berpengalaman yang telah berurusan dengan bengkel dan mekanik-mekanik tertentu.

2) Pilih bengkel yang anda rasakan sesuai dan kemas serta kelihatan teratur. Bengkel yang tidak teratur dan kelam kabut
mungkin menandakan kerja yang tidak kemas. Juga, perhatikan persekitaran bengkel, sama ada ia dilengkapi peralatan moden dan sebagainya.

3) Anda juga perlu tahu serba sedikit tentang kerosakan kereta anda. Hantar ke bengkel yang bersesuaian. Seorang mekanik enjin tidak akan dapat memberikan perkhidmatan paling memuaskan untuk kerosakan sistem penghawa dingin? Begitu juga sebaliknya.

4) Anda berhak meminta penjelasan mengenai kerosakan kereta anda dan alat-alat yang perlu diganti. Jangan biarkan mekanik memulakan kerja atau menukar alat ganti tanpa pengetahuan dan kebenaran anda.

5) Anda juga berhak diberikan penerangan mengenai anggaran kos membaiki kerosakan kereta. Anda perlu teliti mengenai kos barangan, keperluan menggantikan alat-alat ganti, kos buruh dan sebagainya. Juga, lebih baik jika anda tidak menyerahkan bulat-bulat kereta anda di bengkel. Cuba percepatkan masa pembaikan dan jangan tinggalkan kereta anda semalaman sekiranya tidak perlu.

6) Untuk mendapatkan mutu kerja yang baik, adalah lebih baik mendapatkan perkhidmatan mekanik profesional dan bertauliah.

7) Anda juga perlu menguji pandu kereta anda sebelum membuat bayaran. Kenalpasti masalah lain jika ada dan jangan tergesa-gesa terus membuat bayaran dan meninggalkan bengkel. Kerosakan lain, sekiranya ada, lebih mudah diperbaiki ketika itu.

8) Selain itu, anda juga perlu memeriksa barangan yang telah diganti untuk memastikan bahwa atat-alat ganti yang baru telah dipasang pada kereta anda.

9) Pastikan anda membaca dan meneliti bil sebelum membuat pembayaran. Jika ada yang tidak jelas, minta penjelasan mekanik dan pastikan kos yang dinyatakan tidak melampau.

Langkah-langkah pencegahan perlu diambil untuk memastikan kereta anda tidak berdepan dengan kerosakan yang teruk. Penjagaan yang konsisten seperti menukar minyak enjin dan penapis minyak pada jangka masa yang ditetapkan, penalaan dan lain-lain pemeriksaan boleh mencegah kos pembaikan yang tinggi.

Tetapi yang pasti, kita pasti tidak dapat mengelakkan kereta kita daripada memasuki bengkel. Samada kerosakan kecil atau besar, kita perlu tahu langkah-langkah yang harus diambil.

Rujukan: Majalah Drive (AAM) tahun 2000.

Review Dan Testimoni Pakej Blog WordPress

Pakej Blog WordPress
Pakej Blog WordPress

Assalamu’alaikum wrt wbt.
Kepada mereka yang sudah biasa menziarahi blog saya ini tentunya sudah lama melihat banner Pakej Blog WordPress. Sudah hampir setahun barulah kini saya dapat menyiapkan review tentangnya. Hemmm …….. tak patut, tak patut …….. . Apa yang penting saya hanya mahu berkongsi maklumat berkenaan produk yang baik-baik saja dengan pengunjung blog ini.

Ok, dengar ini testimoni daripada saya ……..

Membina blog nampak mudah dengan wujudnya Ebook Panduan Asas WordPress terbitan saudara Mohd Zulfadli (SmartZul) yang memang bagus ini, malah ianya menjadi lebih mudah dengan bimbingan orang yang lebih berpengalaman (orang yang menjual produk tentunya! ). Inilah kelebihan membeli produk online iaitu support dan bimbingan yang berterusan.

Kepada anda yang sudah lama mempertimbangkan untuk memasang blog dot com sendiri, saya optimis menyarankan agar anda membelinya di sini kerana dua sebab yang utama:

1. Bonus yang ditawarkan ialah Video Upgrade Blog WordPress. Produk ini akan anda perlukannya nanti bagi mempastikan blog anda tetap ‘sihat’ pada masa-masa mendatang. Membina blog mungkin senang, tetapi memastikan kelangsungannya belum tentu!. Pada Syawal yang lalu, hampir sebulan blog saya ditahan daripada dilayari oleh browser google chrome kerana disyaki terdapat link yang mengandungi malware. Alhamdulillah setelah blog saya selamat diupgrade pada 6.10.2010, masalah tersebut selesai. Walau bagaimanapun, jika anda perasan, minggu lepas iaitu kalau tidak silap saya pada 13.10.2010, gangguan tersebut muncul lagi hingga saya terpaksa mengumumkan agar anda mengabaikan sahaja apa-apa mesej yang keluar, grrrrrrr …………. geram sungguh saya masa tu. Sekarang cuba pandang ke atas, header blog saya pun sudah ‘ting tong’ macam perasaan saya juga ……… syudah fenatlah saya nak menggodehnya ………..(alhamdulillah masalah header pulih sepenuhnya pada 26.10.2010). Haaaa lihatlah, senang tak senang nak berblog. Inilah akibatnya suka bereksperimen. Taubatlah saya, lepas ini kalau wordpress menaiktarafkan sistemnya, insyaAllah saya pasti segera melakukannya kerana meremehkan versi WordPress yang lebih terkini, rupa-rupanya mendedahkan blog kita kepada bahaya seterusnya mudah untuk dicerobohi oleh ‘hacker’ (penceroboh sistem).

2. Sokongan selepas jualan yang En. Ahmad Rizal Razali berikan insyaAllah memuaskan hati. Ini bukanlah ucapan insyaAllah yang biasanya difahami oleh orang Melayu, sebaliknya memang diajar oleh Allah dalam Surah al-Kahf (18: 23-24).

Support daripada penjual amat penting kerana dengan hanya membaca ebook kita merasakan kita sudah memahami panduan yang diberi, sebaliknya apabila mula mempraktikkan langkah-langkah yang dianjurkan, timbul pula perkara-perkara yang di luar kotak pemikiran kita. Kalau tak percaya cuba beli. Ebook yang akan anda perolehi bukan hanya sebuah sahaja, memang berbaloi-baloi. Kepada siapakah harus diajukan persoalan-persoalan anda kelak? Ye, penjual ebooklah yang memikul tanggungjawab tersebut. Ketahui hak anda juga senario penjualan ebook semasa sebagaimana yang disuarakan sendiri oleh saudara SmartZul di sini.

Kepada anda yang ingin berniaga, wordpress juga adalah jawapannya. Anda tentunya memerlukan pengunjung yang ramai bagi melariskan jualan anda bukan? Kalau dulu visitor blog saya dalam sehari 25 orang pun saya sudah tersenyum lebar. Bulan Oktober ini alhamdulillah paling ramai 441 orang pengunjung, paling sedikit 241 orang pengunjung. Jika anda mahu menjadikan blog anda sebagai ‘kilang pahala’ juga, mengapa tidak memilih wordpress?

Trafik Blog Bulan Oktober 2010
Trafik Blog Bulan Oktober 2010

Pada bulan Ogos 2010 pula pecah rekod 16727 orang pengunjung dalam sebulan. Semuanya daripada Allah jua. Alhamdulillah. Mengapa demikian? Jawapannya ialah wordpress (wordpress.org bukan wordpress.com) mesra SEO.

Trafik Blog Tahun 2010
Trafik Blog Tahun 2010

Jemput juga baca review saya berkenaan panduan membeli ebook di sini.

Salam kejayaan buat semua. Jangan lupa dapatkan produk bermutu ini di sini ye.

Berita baik! Harga Pakej Blog WordPress adalah RM0.00 sahaja. (Update 7.10.2016 = 6 Muharram 1438H)

Assalamualaikum.

نحو/NAHU: Tanwin Ta’widh dan Sebab-sebab Tanwin Tidak Disebut, Dibaca dan Ditulis.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته دان سلام سجهترا

Alhamdulillah dengan izin Allah kita bersua lagi untuk menyambung perbincangan mengenai Pelajaran Nahu / Nahwu iaitu ilmu yang menentukan sebutan / baris huruf akhir sesuatu perkataan. Sebagaimana yang anda ketahui, makna sesuatu perkataan akan berubah dengan berubahnya baris akhir sesuatu perkataan.

Pada pelajaran tahun lalu kita telah menyentuh tentang tanda-tanda Isim. (Ya Allah, slownya perkembangan pelajaran Nahu dalam blog ini kan?) Bagi Pelajaran Nahu dan Sorf, saya amat menggalakkan supaya anda merujuk ke blog-blog lain yang lebih baik yang telah saya muatkan dalam ‘arabmykrk.com/links’ . Walaupun lambat macam siput, saya tetaplah ingin menyumbang dalam pelajaran Nahu ini. Semangat siput! Semangat!!! Huhu….

Dalam pelajaran lalu kita telah pelajari tentang tanda-tanda isim ada 5.

Gambarajahnya adalah seperti berikut:

Seterusnya kita juga sudah meninjau berkenaan tanwin tamkin:

Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah
Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah

Pada hari ini pula kita telusuri pula apakah yang dikatakan ‘Tanwin Ta’widh’ (تنوين التعويض) . Jangan susah hatilah dengar nama yang asing ini ye. Bukan apa-apa pun, kita cuma nak tahu saja kenapa namanya begitu. Apa yang mustahak ialah asalkan sesuatu perkataan itu berbaris dua (tanwin), maka sudah pastilah ianya ISIM.

Tanwin Ta’widh ialah tanwin yang menggantikan sesuatu ‘benda’ yang dibuang.

‘BENDA’ itu adalah sama ada:
i. huruf
ii. perkataan. (dalam Bahasa Arab, perkataan disebut juga sebagai ‘kalimah’)

Contoh;

1. Rangkai kata ‘كـُــلّ َ مـُــسـْــتـَـحـِـقـِـّــيـْــنَ’ (kulla mustahiqqiina) diubah atau digantikan dengan perkataan ‘كـُــلاّ ً’ (kullan)

Ayat sepenuhnya:
قـَــسـّـَــمـْــت ُ الـْــمـَــالَ بـَــيـْــنَ الـْــمـُــسـْــتـَــحـِــقـِـّــيـْــنَ فـَــأ َعـْــطـَــيـْــتُ كـُــلّ َ مـُــسـْــتـَــحـِــقـِـّــيـْــنَ نـَــصـِــيـْــبـَــهُ
Makna: Saya mengagih-agihkan harta di kalangan orang-orang yang berhak, maka saya memberikan setiap orang yang berhak kadar habuan masing-masing.

Diubah menjadi:
قـَــسـّـَــمـْــت ُ الـْــمـَــالَ بـَــيـْــنَ الـْــمـُــسـْــتـَــحـِــقـِـّــيـْــنَ فـَــأ َعـْــطـَــيـْــتُ كـُــلاّ نـَــصـِــيـْــبـَــهُ
Makna: Saya mengagih-agihkan harta di kalangan orang-orang yang berhak, maka saya memberikan setiap orang kadar habuan masing-masing.

*** Tanwin (baris dua) pada perkataan ‘كـُــلاّ’ digelar sebagai ‘Tanwin Ta’widh. (تنوين التعويض) kerana tanwin tersebut menggantikan perkataan ‘mustahiqqiina’ yang dibuang.. Oleh itu perkataan كـُــلُّ adalah ISIM.
*** Psst, macam biasalah, baris-baris ni memang suka lari-lari, penat dah saya kejar…… fuhh…. k, ada baris dua di atas sabdu lam alif (لا) tu ye…

2. Rangkai kata ‘بـَــعـْــض ِ الضـّـُــيـُــوفِ’ (ba’dhid dhuyuufi) diubah menjadi ‘ٍبـَــعـْــض’ (ba’dhin).

Ayat sepenuhnya:

تــُــعـْــجـِــبـُــنـِــى الصـّـُــحـُــوفُ الـْــيـَــوْمـِــيـّـَــة ُ غـَــيـْــر بـَــعـْــض ِالصـّـُــحـُــوفِ

Makna: Saya terpegun (dengan) akhbar-akhbar harian melainkan sebahagian akhbar.
(Konon-konon dia baca 5 naskhah akhbar – 3 naskhah terpegun, 2 lagi tidak rasa terpegun)

Diubah menjadi:
تــُــعـْــجـِــبـُــنـِــى الصـّـُــحـُــوفُ الـْــيـَــوْمـِــيـّـَــة ُ غـَــيـْــر بـَــعـْــضٍ
Makna: Saya terpegun (dengan) akhbar-akhbar harian melainkan sebahagian.

*** Tanwin (baris dua) pada perkataan ‘ٍبـَــعـْــض’ digelar sebagai ‘Tanwin Ta’widh (تنوين التعويض) kerana tanwin tersebut menggantikan perkataan ‘suhuufi’ yang dibuang… Oleh itu perkataan ٍبـَــعـْــض adalah ISIM.

Kini berakhir sudah perbincangan tentang ‘Tanwin Ta’widh’ (تنوين التعويض).

Seterusnya kita teruskan pula perhatian kita kepada SEBAB-SEBAB tanwin tidak:
i. disebut
ii. dibaca
iii . ditulis

Tanwin Tidak Disebut, Dibaca atau Ditulis Adalah Kerana:

1. Wujudnya alif lam (ال) pada awal perkataan:

*** Alif lam (ال) dan tanwin TIDAK boleh berada bersama-sama dalam satu perkataan: (nanti mereka bergusti… hehe…)

Contoh;
SALAH jika:
الـْــكـِــتـَــابٌAL-kitaaBUN
الـْــكـِــتـَـابـًــاAL-kitaaBAN
الـْــكـِــتـَــابٍAL-kitaaBIN
*** Salah kerana alif lam (ال) dan tanwin berada bersama-sama dalam satu perkataan.

BETUL jika:
الـْــكـِــتـَــابُAL-kitaaBU
الـْــكـِــتـَـابََAL-kitaaBA
الـْــكـِــتـَــابِAL-kitaaBI
*** Betul kerana hanya ada alif lam (ال) dalam perkatan-perkataan di atas. Dalam keadaan begini tanwin tidak disebut, tidak dibaca juga tidak ditulis dalam perkataan-perkataan tersebut.

2. Kalimah ‘Mamnu’ minas Sorf’ ’ممنوع من الصرف‘

Kalimah ‘Mamnu’ minas Sorf’ ’ممنوع من الصرف‘ bermaksud kalimah (perkataan) yang TIDAK boleh menerima baris bawah (kasrah) dan / atau tanwin (baris dua).

Contoh:
Perkataan مـَــسـْــجـِــدٌmasjidun
Dlam bentuk mufrad (singular / satu), ia boleh menerima tanwin.
Contoh:
مـَــسـْــجـِــدٌmasjiDUN
مـَــسـْــجـِــدًاmasjiDAN
مـَــسـْــجـِــدٍmasjiDIN

TETAPI dalam bentuk jama’ (plural / lebih daripada dua) ia TIDAK BOLEH menerima:
i. baris dua (tanwin) – sama ada depan, atas atau bawah.
ii. baris satu di bawah.

Contoh:
SALAH jika;
مـَـسـَــاجـِــدٌmasaajiDUN
مـَـسـَــاجـِــدًاmasaajiDAN
مـَـسـَــاجـِــدٍmasaajiDIN
مـَـسـَــاجـِــدِmasaajiDI

BETUL jika:
مـَـسـَــاجـِــدُmasaajiDU
مـَـسـَــاجـِــدَmasaajiDA

(Perbincangan lanjut pada keluaran akan datang).

3. Perkataan itu dimudhafkan.

Mudhaf dan mudhafun ilaih ialah dua perkataan menceritakan satu benda.

Contoh;
SALAH jika;
طـَــالـِــبٌ مـَــدْرَسـَــةٍtooliBUN madrosatin (pelajar sekolah)

BETUL jika;
طـَــالـِــبُ مـَــدْرَسـَــةٍtooliBU madrosatin (pelajar mana-mana sekolah)
طـَــالـِــبُ الـْــمـَــدْرَسـَــةِtooliBUL madrosati (pelajar sekolah tersebut / pelajar sekolah itu).
(sila rujuk nota : Mudhof dan Mudhofun Ilaih, Penerangan dan latihan)

4. Berhenti pada satu-satu perkataan di hujung ayat.

Contoh:
هـَـٰـذ َا أ َمـْــرٌ عـَــجـِــيـْــبٌHaazaa amrun ‘ajiibun
Ini perkara pelik.

Sepatutnya dibaca:
هـَـٰـذ َا أ َمـْــرٌ عـَــجـِــيـْــبْHaazaa amrun ‘aJIIB.
Huruf ‘ba’ (ب) pada perkataan عـَــجـِــيـْــبْ disukunkan (dimatikan)
Dibaca – ‘ajiib’ kerana ia terletak di hujung ayat.

Soalan teka-teki lalu:
Duduk bersembang bersama Puteri,
Sambil bersembang sutera ditenun,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?

Jawapan: Umur

Soalan teka-teki:
Coklat bertemu coklat jadi hijau, aaaaapa dia?

Rujukan:
1. Rancangan ‘Durus Arabiah’ Radio Ikim.fm

SOLAT SUNAT TARAWIH: HIKMAH DAN CARA

SOLAT SUNAT TARAWIH: HIKMAH DAN CARASolat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).

Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.

HlKMAH

Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.

Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisab)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)

Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.

CARA

Solat Tarawih Berapa Rakaat?
Solat Tarawih Berapa Rakaat?

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat.(4) Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).(5)

Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.(6) Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,(7) sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.(8)

Solat Tarawih (Qiyam Ramadhan) = Solat Mutlak Malam (Qiyamullail)
Solat Tarawih (Qiyam Ramadhan) = Solat Mutlak Malam (Qiyamullail)

Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan (9), keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.

Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)(10).

Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Nota:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)(11)

Lafaz niat:

أ ُصَلِّى سـُــنـَّـة َ الــتـَّـرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـهِ تـَــعـَــالـَــى
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala”

Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)(12)

Nota

(1) Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
(2) Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat NailulAutar, Juz 3, hlm 50.
(3) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 251; al-Jami’ al-Sahih, Juz 2, hlm 176; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
(4) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
(5) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(6) Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
(7) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(8) al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
(9) Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
(10) Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
(11) Quran, surah al-Ma’un (107), ayat 6.
(12) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.

Di bawah ini adalah panduan solat tarawih yang biasa dikerjakan di masjid-masjid kerajaan Negeri Johor. Saya baru sahaja mengemaskininya (Ramadan 1434 H / Julai 2013) dengan font ‘sakkal majalla’ yang lebih kemas dan mudah dibaca.

Jika ada kelapangan masa sewaktu solat bersendirian, bolehlah tuan/puan membaca wirid-wirid selingan di antara solat-solat tarawih itu. Kelebihan membaca selawat dan zikir-zikir tersebut ada di dalam banyak hadis. Ianya telah disusun oleh para ulama’ untuk kemudahan kita mengamalkannya.

Rujukan:

1. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd. m.s 37-41
2. Ad-Diyari.com

Tajuk Berkaitan:

Keutamaan Solat Wanita dan Solat Tarawih

22 Hadis Tentang Ramadhan, Lailatul Qadr dan Iktikaf

Kalau ada seseorang mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada kita, kita hendak jawab apa?

Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat

Amalan Rasulullah s.a.w. Ketika Gerhana Matahari

HADITH: Solat Istikharah

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Cara Mengenal Isim Mu’annath yang tiada tanda pada zahir perkataan.

ستدل على تأنيڽ ما لا علامة فيه ظاهرة من الأسماء


١- يعود الضمير إليه مؤنثا
نحو : الكتف نهشتها
العين كحلتها


٢- بما أشبه ذلك كوصف بالمؤنث
نحو : أكلت كتفا مشوية


٣- رد التاء إليه فى التصغير
نحو : كتيفة ، يدية

Pada pertemuan kali ini kita akan menyentuh sedikit tentang cara-cara mengenal pasti sesuatu isim itu adalah mu’annath (isim-isim mu’annath yang tiada tanda-tanda mu’annath pada zahirnya)

1. DHAMIR (ganti nama) yang kembali kepada perkataan itu adalah mu’annath.

Contoh : الـْـكـَــتـِــفُ نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا

Penerangan: الـْـكـَــتـِــفُ pada zahirnya tiada tanda mu’annath seperti ة, alif maqsurah (ى : huruf ya tanpa titik / alif bengkok) atau alif mamdudah (huruf alif diikuti oleh huruf hamzah pada akhir perkataan اء)

NAMUN

نـَــهـَــشـَــتـْــهـَــا (asal feel: نـَــهـَــشَ – يـَــنـْــهـَــشُ )
نـَــهـَــشـَــتْ : menunjukkan perbuatan (mengunggis) itu kembali kepada mu’annath.’هـِــىَ‘. (Jika muzakkar نـَــهـَــشَ , bukan نـَــهـَــشـَــتْ)

هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu’annath. (jika muzakkar ‘هُ, bukan هـَــا

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu’annath.

Demikian juga contoh الـْــعـَــيـْــنُ كـَــحـَــلـَــتـْــهـَا

الـْــعـَــيـْــنُ : mata

كـَــحـَــلـَــتْ : celak, (asal feel كـَــحـَــلَ – يـَــكـْــحـَــلُ / يـَــكـْــحـُــلُ)

هـَا : nya

تْ : menunjukkan perbuatan (mencelak) itu kembali kepada mu’annath.
هـَــا : dhamir (ganti nama) kembali kepada mu’annath. (jika muzakkar ‘هُ, bukan هـَــا

2. SIFAT bagi isim tersebut adalah mu’annath.

Contoh : أ َكـَــلـْــتُ كـَــتـِــفـًا مـَــشـْــو ِيـَّـةً : Saya telah memakan bahu bakar (daging bahagian bahu yang dimasak dengan cara ‘membakar’)

Penerangan : مـَــشـْــو ِيـَّـةً adalah sifat bagi كـَــتـِــفـًا

Oleh yang demikian الـْـكـَــتـِــفُ adalah isim mu’annath kerana sekiranya كـَــتـِــفـًا adalah isim muzakkar maka sifat baginya adalah مـَــشـْــو ِيٌّ bukan مـَــشـْــو ِيـَّـةً

~harap-harap anda tidak pening dengan penerangan saya ini~

3. TASGHIR. Huruf ta marbutah (ة) dikembalikan kepada isim itu ketika ditasghirkan.

Apa itu tasghir? Tasghir maknanya pengurangan, pengecilan, the diminutive pattern

Contoh : كـَـتــِـفٌ : bahu , كـُــتـَــيـْــفـَــةٌ : bahu yang kecil

يـَــدٌ : tangan , يـُــدَيــة : tangan yang kecil

هـِــرٌّ : kucing , هـُــرَيـْــرَةٌ : kucing yang kecil
(أ َبـُــو هـُــرَيـْــرَة (Abdurrahman bin Shacher) : gelaran bagi seorang sahabat r.a yang amat suka dengan kucing hinggakan dalam lengan bajunya pun ada kucing)


Jawapan teka-teki :
Soalannya

 غـَـلاَّيـَـة

Mari kita belek-belek kamus, cari makna cerek dalam Bahasa Arab:

1. KAMUS ADIK susunan Abu ‘Amiir ‘Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

2. KAMUS BERGAMBAR susunan Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)

3. KAMUS BERGAMBAR susunan Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20
غـَــلاَّيـَـةٌ كـَــهـْــرَبـَــائـِــيـَّــةٌ (cerek elektrik, electrical kettle)

4.

إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (cerek, teko, kettle, teapot)
غـَــلاَّيـَـةٌ (cerek, boiler, kettle,مِرْجَلٌ)
إِبْرِيقٌ كَهْرَبَائِيٌّ (cerek elektrik, electrical kettle)
مِحَمٌّ (kendi, cerek, boiler, kettle, إ ِبـْـر ِيـْــقٌ)


5.
محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر

m.s ٣
إ ِبـْـر ِيـْــقٌ (Jenis kendi daripada tembikar atau tembaga)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الـْــقـَــهـْـوَةِ (teko air kopi)
إ ِبـْـر ِيـْــقُ الشـَّــاي (teko air teh)

m.s ٦٧
غـَــلاَّ يـَــةٌ (bekas mendidihkan air)

Soalan teka-teki:
Ali anak Pak Kudus,
suka main getah,
ditetak tidak putus,
dipotong tidak patah.

Jawapannya

Rujukan:
1. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وفينغ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . موك سورت: ١٦٩
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3.
4. KAMUS ADIK. Abu ‘Amiir ‘Izzat. 2000. Terengganu: Pustaka Darul Iman m.s 22
5.KAMUS BERGAMBAR. Humaira dan Fadhilatul Akhtar. 2002. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. m.s 22
6.KAMUS BERGAMBAR. Othman Puteh, Talib Abdullah, L.Shirley. 2007. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. m.s 20

Scroll to Top