contoh feel rubaai

صرف/SARAF/SORF: Senarai Contoh Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin

Assalamualaikum wrt. wbh.
Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam pelajaran Sorf. Kali ini mari kita tinjau-tinjau contoh-contoh perkataan di dalam wazan ‘Feel Thulathi Mazid Biharfin’. (Feel yang asalnya mengandungi hanya tiga huruf asal ditambah satu huruf tambahan). Jadilah ia feel yang terdiri daripada empat huruf. Jika anda kurang faham atau keliru, silalah rujuk semula pelajaran Sorf sebelum ini.



Rujukan:
محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره.قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو. بيروت : دار الفكر

صرف/SARAF/SORF: WAZAN Feel Ruba’i Mujarrad:(الفعل الرباعى المجرد (فَـعـْــلـَـلَ يـُــفـَــعـْـلـِـلُ

SARAF wazan ruba'i mujarrad

Hari ini kita akan mempelajari tentang feel ruba’i mmujarrad (tulisan berwarna biru) iaitu feel yang mempunyai empat huruf asal (tiada penambahan huruf di dalam wazan)

Untuk mengingati pelajaran kali ini amat mudah kerana wazan feel ruba’i mujarrad hanya mempunyai satu wazan sahaja. Iaitu:

فَـعـْــلـَـلَ (feel madhi – telah berlaku / past tense)

يـُــفـَــعـْـلـِـلُ ( feel mudhari’ – sedang berlaku @ akan berlaku / present tense)

Di dalam kitab ianya tertulis begini:

أ َمـَّــا الـر ُّبـَــاعـِــى الـْــمـُــجـَـرَّدُ فـَــلـَــهُ وَز َنٌ وَاحـِــدٌ، وَهـُــوَ أ َن ْ تـَــكـُـون َ مـُــضـَــار ِعـُــهُ مَـضـْـمـُــومَ حـَــرْفِ الـْــمـُــضـَارَعـَـةِ مـَــكْـسـُـورَ مـَــا قـَـبـْــلَ الآخــِــر

Maksudnya : Adapun Ruba’i Mujarrad maka baginya satu wazan. Iaiitu hendaklah pada feel mudhari’nya – dibariskan hadapan huruf mudhari’nya (huruf yang pertama, samada: ي ، ت ، أ ، ن) dan bariskan bawah huruf sebelum akhir.

Contoh:

Kamus Ruba'i Mujarrad

Untuk menjadikan sesuatu feel itu ‘akan berlaku’, kita hanya perlu menggunakan feel mengikut wazan feel mudhari’ dan tambahkan sahaja sama ada huruf sin berbaris atas (سَ) atau (سـَــوْفَ) pada awal perkataan tersebut.

Contoh:

يـَــنـْـصـُــرُ : dia sedang monolong

سـَــيـَــنـْــصـُـرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa terdekat)

سـَــوْ فَ يـَــنـْــصـُــرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa lebih jauh atau lama)

KANDUNGAN PELAJARAN SARAF / SORF / صرف

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٦
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3.
4. Joyce M.Hawkins. KAMUS DWIBAHASA OXFORD FAJAR. 2006. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Scroll to Top