guru

محادثة / MUHADATHAH / PERBUALAN / KOMUNIKASI / DIALOG – Asas : الـْــوَظـِــيـفـَــة: Pekerjaan

@ مـَــاذ َا عـَــمَــلُ أ َبـِــيـْــكَ يـَــا عـُــثـْــمـَــانُ؟
Maazaa ‘amalu abiika yaa Uthman?
@ Apakah pekerjaan ayah awak hai Usman?

 

& هـُــوَ فـَــلاَّحٌ، لـَــهُ مـَــز ْرَعـَــة ٌ وَاسـِــعـَــة ٌ فـِــى الـْــقـَــرْيـَــةِ

 

 

Huwa fallaahun, lahu mazro’atun waasi’atun fil qoryati.
& Dia adalah seorang petani, dia mempunyai sawah yang luas di desa.

 

@ مـَــاذ َا يـَــز ْرَعُ أ َبـُــوْكَ فـِــى الـْــمـَــز ْرَعـَــةِ؟

 

 

Maazaa yazro’u abuuka fil mazro’ati?
@ Apakah yang ditanam ayah awak di sawah?

 

& هـُــوَ يـَــز ْرَعُ الرّ ُز ّ وَالذ ّ ُرَّة

 

 

Huwa yazro’ur ruzza wazzurrota.
& Dia menanam padi dan jagung.

 

@ هـَــلْ هـُــوَ رَئـِــيـْــسُ الـْــقـَــرْيـَــةِ؟

 

 

Hal huwa ro’iisul qoryati?
@ Apakah dia seorang ketua kampung?

 

& لاَ، لـَــيـْــسَ هـُــوَ رَئـِــيـْــسَ الـْــقـَــرْيـَــةِ بـَــلْ أ َخـُــوْهُ

La, laisa huwa ro’iisul qoryati bal akhuuhu.
& Tidak. dia bukanlah seorang ketua kampung, tetapi saudaranya yang ketua kampung.
 
@ هـَــلْ أ َخـُــوهُ فـَــلاَّحٌ أ َيـْــضًا؟
Hal akhuuhu fallaahun aidhon?
@ Apakah saudaranya itu juga seorang petani?

 

& لاَ، لـَــيـْــسَ هـُــوَ فـَــلاَّحـًــا بـَــلْ مـُــدَر ِّسٌ
La, laisa huwa fallaahan bal mudarrisun.
& Tidak, dia bukanlah seorang petani. Sesungguhnya dia seorang guru.

Rujukan:
1. Hj. Mustafa Umar .1997. PERBUALAN BAHASA ARAB PERINGKAT ASAS. Kuala Lumpur : Darul Nu’man. m.s 12-13.

VIDEO: Hari Guru 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa

selamat hari guru

Mahu melihat sajak ini selengkapnya? Klik sini, juga di sini.

Sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei, kebanyakan sekolah yang memulakan hari persekolahannya pada hari Isnin merayakan sambutan hari guru pada hari ini. Malam tadi anak-anak aku tidur lewat kerana beria-ia mahu menyiapkan kad ucapan hari gurunya. Tidak seperti tahun-tahun lalu, mereka meminta aku membelikan hadiah di kedai. Anak-anak aku yang ke-tiga dan ke-empat ini memang kreatif, walaupun pencapaiannya sederhana berbanding dengan kakak dan abangnya. Sememangnya sewaktu aku masih bergelar cikgu dulu, hadiah yang amat aku hargai dan aku simpan hingga sekarang ialah kad-kad ucapan rekaan murid-murid aku sendiri. Apa yang mencuit hati aku ialah pada pagi hari sebelum sambutan hari guru diadakan, sebagai guru yang bertugas di kedai koperasi sekolah, aku mendapati murid berpusu-pusu membeli alatulis pada pagi tersebut. Rupa-rupanya………mereka jadikan ia sebagai hadiah hari guru kepada kami…………Walaupun hanya sebatang pensil, sepeket tisu, ianya amat kami hargai. Namun, kejayaan merekalah hadiah paling berharga buat kami yang bergelar cikgu. Pada kesempatan ini inginku ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru (bakal, sedang bertugas atau bekas). Terutamanya kepada guru-guru atau bekas guru di;

Tadika Pasti Bandar Putra, Kulaijaya.
Tadika Darul Ilmu, Bandar Putra, Kulaijaya.
Sekolah Agama Simpang Rengam, Kluang.
Sekolah Agama Tampok, Benut, Pontian.
Sekolah Agama Rengit, Batu pahat.
Sekolah Agama Taman Muhibah, Kulaijaya.
Sekolah Agama Bandar Putra, Kulaijaya.
Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru.
Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam, Kluang.
Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Melaka.
Sekolah Kebangsaan Telok Bahang, Pulau Pinang.
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Bukit Mertajam, Seberang Prai.
Sekolah Kebangsaan Kulai, Kampung Melayu, Kulaijaya.
Sekolah Kebangsaan Senai.
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kelapa Sawit.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sengkang, Kulaijaya.
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kelan, Kulaijaya.
Sekolah Arab Bugisiah Tampok, Benut, Pontian.
Sekolah Menengah Tinggi Arab Johor (Maahad Johor)
Madrasah Manar El-Hikmah, Layang-layang.
Madrasah Al-Qur’an Sinaran Baru, Johor Bahru.
Semoga Allah memberkati kalian di dunia dan akhirat. Aamiiiiiin.

Scroll to Top