haji

Lafaz Takbir Hari Raya Beserta Makna

Lafaz Takbir Hari Raya
Lafaz Takbir Hari Raya beserta makna

Lafaz Takbir Raya Dalam Tulisan Rumi:

Takbir Umum:

Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil hamd.

Bacaan lengkap:

Allaahu akbaru kabiiraa
walhamdulillaahi kathiiraa
wasubhaanallaahi bukrataw wa ashiilaa.

Laa ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin

walau karihal kaafiruun. (atau)
walau karihal musyrikuun. (atau)
walau karihal munaafiquun.

Laa ilaaha illallaahu wahdah, shodaqo wa’dah,

wanashoro ‘abdah, wa a’azza jundahu

wahazamal ahzaaba wahdah.

Laa ilaaha illallaahuwallaahu akbar.

Allaahu akbar walillaahil hamd

Takbir Terbahagi Kepada Dua:
1) Takbir Mursal: Tidak mengiringi solat
2) Takbir Muqayyad: Mengiringi solat

Keterangan:
(1) TAKBIR MURSAL

* Sunat dilakukan sama ada lelaki atau perempuan, bermukim atau musafir, merdeka atau hamba.

* Tidak sunat kepada jemaah haji kerana mereka sunat bertalbiah selama mereka dalam ihram. Apabila telah bertahallul baharulah sunat bertakbir.

* Sunat bertakbir dengan suara yang tinggi sama ada di rumah, di jalan, di masjid atau di pekan.

* MASANYA ialah dari jatuh matahari (maghrib) malam dua hari raya sehingga imam takbiratul ihram untuk menunaikan solat hari raya.
Bagi orang yang solat bersendirian berakhirnya dengan takbiratul ihramnya.
Bagi orang yang tidak solat hendaklah bertakbir sehingga gelincir matahari.

(2) Sunat TAKBIR MUQAYYAD pada Hari Raya Aidil Adha:
* (i) Mengiringi tiap-tiap solat fardu sama ada tunai atau qada’

(ii) Mengiringi solat sunat rawatib.

(iii) Mengiringi solat sunat mutlak.

(iv) Mengiringi solat jenazah.

(v) Mengiringi solat sunat Tahiyyatul Masjid.

(vi) Mengiringi solat sunat Wuduk.

* MASANYA:

(i) Bagi orang yang TIDAK mengerjakan haji:
Bermula dari subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah).
Berakhir ketika jatuh matahari akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah)

(ii) Bagi orang yang mengerjakan haji:
Bermula pada Zuhur hari Nahar (10 Zulhijjah)
Berakhir ketika jatuh matahari akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah)

Hari Raya Aidilfitri TIDAK ADA takbir muqayyad dan tidak sunat bertakbir mengiringi tiap-tiap solat malam hari rayanya.

Rujukan: Kitab Matla’ Al-Badrain terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Muka surat: 100-102. (3) Kitab Sembahyang: Sembahyang Hari Raya.

Haji Menuju ALLAH – Raihan

Sudahkah anda mendaftar untuk menunaikan fardu haji? Silalah daftar, bayaran pendaftaran hanya RM1300.00. Bagi kakitangan awam pula, anda ada kemudahan membuat potongan gaji untuk menyimpan di tabung haji setiap bulan. Kalau menyimpan duit banyak-banyak di tabung haji TETAPI tidak mendaftar untuk pergi haji, macam mana pihak Tabung Haji hendak memilih anda untuk menunaikan fardu haji?

Memang ada kes orang yang sudah ada banyak wang di Tabung Haji, tapi dia kehairananlah, sebab katanya kenapa Tabung Haji tak panggil-panggil lagi? “Eh, Duit aku dah lebih dari cukup ni?”…….. haaaa daftar, jangan tak daftar……… bukan menyimpan saja, tapi DAFTAR + MENABUNG. Orang tua saya dulu tak menabung pun, yelah, orang susah……. tapi mereka baaaaanyak berdoa, tiba-tiba dapatlah rezeki (tanahnya terjual). Dapat duit, daftar, kursus, doa, doa, doa…… tup, tup….. dah pergi……. eh, mudahnyaaaaa!

Ibadah haji merupakan ibadat yang memerlukan tenaga fizikal untuk melakukannya. Oleh itu, eloklah kita melakukannya sewaktu masih muda lagi. Saya alhamdulillah telah mendaftar tahun lalu dan agak-agak tahun bila saya dijangka mendapat peluang ke sana?……… oh, 2022 lah! Kalau ada rezeki, panjang umur, insyaAllah sampailah nanti…….. TAPI si dia dapat tahun 2016lah pulak!…….. takpe….. doa mohon dapat pergi sama-sama, doa kan senjata orang mukmin?

Catatan 30.8.2014

Alhamdulillah, dengan rahmat kasih-sayang Allah SWT serta doa-doa mereka yang makbul di sisi-Nya, rayuan saya untuk mengerjakan haji bersama suami diluluskan.

Berita gembira tersebut saya terima melalui panggilan telefon daripada pejabat Tabung Haji daerah pada 14.7.14 bersamaan 15 Ramadan 1435H.

Pada awal tahun suami saya menerima surat tawaran mengerjakan haji. Tunggu punya tunggu, surat untuk saya tidak juga kunjung tiba. Sayunya hati bukan kepalang…

Rupa-rupanya ……. sila klik di pautan Hajiku 1435H / 2014, Insya-Allah

Scroll to Top