huruf hijaiyyah

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.8 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah) Jawapan latihan

Jawapan Latihan Alif Lam Qamariah Dan Syamsiah
Jawapan Latihan Alif Lam Qamariah Dan Syamsiah

Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.
Penerangan:
1. Huruf-huruf mad (ا، و، ي) tidak dibariskan (sebenarnya ia berbaris mati / sukun / ْ ).

2. Huruf-huruf tersebut hanya dikira sebagai huruf mad sekiranya:

2.i Sebelum huruf alif ( ا ) berbaris atas / fathah / فـَــتـْــحـَــة.
Contoh; الـْــبـَـابُ، الطـَّــالـِــبُ

2.ii Sebelum huruf wau ( و ) berbaris depan / dhammah / ضـَــمـَّــة
Contoh; الرَّسـُــولُ، الصـَّــابـُــونُ

2.iii Sebelum huruf ya ( ي ) berbaris bawah / kasrah / كـَــسـْــرَة
Contoh; الدِّيــكُ، الصـَّــدِيــقُ

Sila camkan, huruf-huruf alif, wau dan ya tidak dibariskan. Jika anda bertemu keadaan demikian, ketahuilah bahawa ia sebenarnya berbaris mati / sukun. Sila semak Al-Qur’an rasam Uthmani.

Sebelum ini kadang kala saya bariskan juga untuk mengelakkan kekeliruan. Cara menulis yang sebenar adalah seperti di atas.

3. Semua huruf terakhir berbaris hadapan kerana perkataan-perkataan di dalam jadual di atas belum digunakan di dalam ayat yang menyebabkan berlaku perubahan baris kerana kedudukannya di dalam ayat.

Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.8 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah) Jadual huruf dan contoh, latihan

Contoh-contoh huruf alif lam Qamariah dan Syamsiah
Contoh-contoh huruf alif lam Qamariah dan Syamsiah

PENERANGAN:

(1) Penambahan ال di dalam sesuatu perkataan (isim – nama) akan membawa makna ‘itu’.

Maka, jika diterjemahkan:

contoh:

بـَـيـْتٌ = rumah

الـْـبـَـيـْـتُ = rumah itu

(2) Ada terdapat 28 huruf hija’iyyah;

(2.i) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam (ال) Qamariah. Tandanya ialah baris sukun @ mati ( ْ ) pada huruf lam.

(2.ii) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam (ال) Syamsiah. Tandanya ialah baris syaddah @ sabdu ( ّ ) pada huruf selepas lam, manakala huruf lam pula tiada apa-apa baris.
(3) Seterusnya cuba perhatikan contoh alif lam Syamsiah berikut ini:

al-najmu –> an-najmu
al-rajulu –> ar-rajulu
al-diku –> ad-diku
al-samaku –> as-samaku

(Sila rujuk jadual yang tertera di atas)

(4) اَ لـْــبـَــيـْــت ُ + وَ = وَا لـْــبـَـيـْــتُ

al-baitu + wa = wal-baitu

wal-baitu (betul)
wa al-baitu (kurang tepat)

(huruf alif yang bertanda ص kecil di atasnya itu digelar sebagai hamzah wasal iaitu:

–> Huruf alif akan dibaca seolah-olah berbaris di atas (fathah) sekiranya terletak pada awal ayat.

–> Sebaliknya tidak berbaris apa-apa jika berada pada pertengahan ayat sekalipun hanya didahului oleh huruf wau (وَ) yang bermakna ‘dan’.

*** Tanda hamzah wasal banyak terdapat di dalam Al-Qur’an, tetapi setakat ini saya belum menjumpai key board yang mempunyai tanda ini.

(5) Contoh ayat:
الـْــقـَــلـَـمُ مـَــكـــسـُــورٌ – Pen itu patah. (dibaca; Al-qolamu maksuurun)

الـْــبـَــابُ مـَــفـْــتـُــوحٌ – Pintu itu terbuka. (dibaca; Al-baabu maftuuhun)

Tamrin / Latihan

اِقـْــرأ الكلمات الآتية واكتبها مراعيـًــا قواعد نطق الحروف القمرية والشمسية

Baca dan tulis perkataan-perkataan di bawah ini mengikut kaedah sebutan alif lam Qamariah dan Syamsiah:

Read and write the following keeping in mind the rules pertaining to solar and lunar letters:


Baca dan tulis mengikut kaedah sebutan alif lam Qamariah dan Syamsiah

Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

Scroll to Top