ikim

نحو/NAHU: Pelajaran 2: Perkataan Ada 3 Bahagian: الإسم والفعل والحرف

Perkataan ada 3 bahagian; isim, feel, harf
Perkataan ada 3 bahagian; isim, feel, harf
PERKATAAN : أقسام الكلمة وتعـريف كل منها

Perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab boleh dikategorikan kepada 3 kategori.

Mula-mula, sila perhatikan contoh berikut beserta mafhumnya:

قال تعالى
٢٤- فـَـالـْـيـَـنـظـُر ِ الإنـسـَـانُ إلَى طـَعـَـامِهِ
٢٥- أ َنـَّـا صَبَبْنـَـا الـْـمَـآءَ صَـبًّا
٢٦- ثـُـمَّ شـَـقـَقـْـنـََا الأ َرْضَ شـَـقـًّا
٢٧- فـَـأ َنـبَتـْـنـَـا فِـيهَا حَبًّا
٢٨- وَعـِـنـَـبـًا وَقـَضـْـبـًا
٢٩- زَيْتـُونـًاوَ َنـَـخـْـلا ً
٣٠- وَحَدَائـِق َ غـُلـْبًا
٣١- وَفـَاكِهَة ً وَأ َبًّا
٣٢- مَتـَـاعًا لـَّكـُـــمْ وَ ِلأ َنـْعَامِكـُـــم

(سورة عبس من الأية ٢٤ إلى الأية ٣٢)

Mafhumnya :
24- ( Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)
25- Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
26- Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
27- lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
28- dan buah anggur serta sayur-sayuran,
29- dan zaitun serta pohon-pohon kurma,
30- dan taman-taman yang menghijau subur,
31- dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,
32- untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.

Penerangan:

(1) Perkataan-perkataan (الكلمات):

الإنـسـَـانُ – manusia
طـَعـَـام – makanan
الـْـمَـآءَ – hujan
صَـبًّا – curahan
الأ َرْضَ – bumi
شـَـقـًّا – belahan
حَبًّا – biji-bijian
عـِـنـَـبـًا – buah anggur
قـَضـْـبـًا – sayur-sayuran
زَيْتـُونـًا – zaitun
نـَـخـْـلاً– pohon-pohon kurma
حَدَائـِق – taman-taman
غـُلـْبًا– menghijau subur
فـَاكـِهَــة – buah-buahan
أ َبًّا – bermacam-macam rumput
مَتـَـاعًا – kegunaan
أ َنـْعَام – binatang-binatang ternak

*** Semua perkataan tersebut menunjukkan ‘nama’,
samada;
· Manusia
· Haiwan
· Tumbuhan
· Benda

· Dan lain-lain

DALAM BAHASA ARAB IANYA DIKENALI SEBAGAI ISIM (الإسـْـــم)

(2) Perkataan-perkataan الكلمات

(2.i)
يـَـنـظـُر : melihat kepada

– menunjukkan perbuatan ‘melihat kepada’ perkara / sesuatu yang;
* akan datang
* sekarang / sedang berlaku
Dalam Bahasa Arab ianya dikenali sebagai fe’el mudhaari’ الفِـعْـل ُ الـْـمُــضـَارِع

(2.ii)
صَبَبْ : صَـــبَّ: mencurahkan
شـَـقـَقـْ : شـَـقَّ : belah-belahkan
َنـْـبَت َ : اَنبَتَ : tumbuhkan

– menunjukkan perbuatan ‘mencurahkan, belah-belahkan dan tumbuhkan’ perkara / sesuatu yang;
* telah lalu / telah lepas.
Dalam Bahasa Arab ianya dikenali sebagai fe’el maadhii (الفِـعْـل ُ الـْـمـَـاضِى)

*** Semua perkataan tersebut menunjukkan perbuatan pada masa tertentu.

PERKATAAN YANG MENUNJUKKAN PERBUATAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI FE’EL
الفعل

3 Perkataan-perkataan الكلمات

الإنـسـَـانُ إلَى طـَعـَـامِهِ : إلى : ke
أ َنـَّـا : أن ْ : tiada makna, berfungsi seperti ‘to’ dalam English
ثـُـمَّ : ثـُـمَّ : kemudian
فِـيهَاحَبًّا : فى : pada
وَعـِـنـَـبـًا وَقـَضـْـبـًا (٢٨) وَزَيْتـُونـًا وَنـَـخـْـلا ً: الواو : dan
مَتـَـاعًا لـَّكـُـــمْ وَ ِلأ َنـْعَامِكـُـــمْ: اللام : bagi
فـَـالـْـيـَـنـظـُر، فـَـأ َنـبَتـْـنـَـا: الفاء : maka

*** Semua perkataan tersebut tidak mempunyai makna yang sempurna kecuali apabila ia wujud bersama dengan perkataan lain.

DALAM BAHASA ARAB IANYA DIKENALI SEBAGAI HURUF الحرف.

القواعد:

1- (Al-kalimah (الكلمة) : perkataan) terbahagi kepada 3 bahagian:

الإسم : nama : noun
الفعـل : perbuatan : katakerja : verb
الحرف
: huruf : particle.

# الكلمة ُ تنقسم إلى ثلاثة أقسام : إسمٌ ، وفعلٌ ، وحرف

1.1- Isim (الإسم) : nama : noun

ialah apa yang dinamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda dan lain-lain atau perkataan tersebut mempunyai makna tetapi tidak terikat dengan masa.

# الإسم : لفظ ٌ يُسَـمـَّى بـِـهِ الأ َشْـياءُ
ما دَلَّ على معــنىً فى نفسه غير مقترن بزمان


1.2- Fe’el (الفعل) : perbuatan : katakerja : verb

ialah apa yang menunjukkan kepada perbuatan pada waktu yang tertentu.

fe’el mudhaari’(الفِـعْـل ُ الـْـمُــضـَارِع): masa kini @ akan datang : present tense @ future tense.

fe’el maadhii (الفِـعْـل ُ الـْـمـَـاضِى): masa lampau @ telah berlaku : past tense @ past participle.

#الفعل : لفظ ٌ يَدُلّ ُ على حصول ِ عَمل ٍ فى زمن مُـعـَـيَّن

1.3- Huruf (الحرف) : particle :

perkataan yang tidak dapat memberi makna yang sempurna kecuali apabila bersambung dengan perkataan lain.

# الحرف : كُـلّ ُ لفظ ٍ لا يظهر معـناه إلا مع غيره


تطبيقات: LATIHAN

(1) # عَــيـَّـن الأ َسـْـمـَـاءَ وَالأ َفـْـعَالَ وَالـْـحُـرُوفَ
.
Tentukan yang mana satukah isim, fe’el dan huruf dalam ayat-ayat di bawah ini:

i- مُـحـَـمَّـدٌ كـَـاتِـبٌ وَمـُـعـَـلــِّـمٌ – Muhammad adalah seorang penulis dan guru.

ii- يَـعـِـيشُ الـسـَّــمَــكُ فِى الـْـمـَاءِ – Ikan hidup di dalam air.

iii- أ َكـْـتـُـبُ الـدَّرْسَ بـِـالـْـقـَـلـَـمِ – Saya menulis pelajaran dengan menggunakan pen.

iv- ِالـْـمَـسْـجـِـدُ يَبْـعُـدُ مِـنَ الـْـحَـقـْـل – Masjid terletak jauh dari ladang / bendang.

v- إن َّ اللـَّهَ يُـحِـبُّ التـَّـوَّابـِـيـنَ وَيـُـحـِـبُّ الـْـمُـتـَـطـَـهِّـر ِيـنَ – Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyucikan diri.

Yang mana satukah isim, fe’el dan huruf?
Tentukan yang mana satukah isim, fe’el dan huruf dalam ayat-ayat di atas:

# : Untuk rujukan penulis atau pembaca yang sudah mempunyai pengetahuan sedia ada Bahasa Arab

Rujukan :


١- زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهـر الشريف).صفحة: ٩
٢- جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية سنقافوره وڤينڠ مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . صفحة ٣
٣- عبد الرحمن بن ركيني .١٩٩٥. اللغة العربية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الدينية لحكومة جوهر السنة الثالثة سلاڠور دار الإحسان : سينر جيميت سنديرين برحد .صفحة ٣
٤- محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو بيروت : دار الفكر

5- Sheikh Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Qur’an . Kuala Lumpur : DarulFikir m.s 1637-1638

نحو/NAHU: Pelajaran 1: Perkataan & Ayat الكـــلمة والكلام/جملة مفيدة/جملة

PENGERTIAN PERKATAAN DAN AYAT: تعريف الكلمة والكلام

Contoh: الأمثلة

1- مـَـالـِزِىُّ بـِلا َدُنـَـا – Malaysia negara kita.

2- الإيمَانُ سِلاَحُـنـَـا– Iman senjata kita.

3- الشـَّـبَابُ عُـدة ُ البلاد فى السـلـْم ِوفى الحَرْب – Pemuda aset negara ketika aman dan peperangan.

القواعد:

1Alkalimah (الـْكَلـِـمَة) :

perkataan.

– Setiap lafaz yang mempunyai makna yang tertentu.

– Ia terbina daripada 28 / 29 huruf Hija’iyyah (alif – ya).

– Gabungan huruf-huruf inilah yang membentuk sesuatu kalimah.

– Kalimah = Perkataan

Contoh:

Huruf-huruf ب + ي + ت akan menjadi perkataan (kalimah) بـَــيـْــتٌ

Huruf-huruf ب + ق + ر + ة akan menjadi perkataan (kalimah) بـَــقــَــرَة

# الكلمة : لفظ ٌ مفرد دَلّ َ عَلـَى مَعـْـنـَى لا يـَصْـلـُـحُ لـِلتـّـَخـَاطب
كُلّ ُ لَفـْـظٍ لـَـهُ معـنـًى خـَـاصٌّ @

2

Ayat
Ayat

– terdiri daripada dua perkataan atau lebih

#الكلام المفيد : ما تركب من كلمَـتـَـيـْـن فأكثر وأفاد معنى يحسـن السكوت عليه
ويسمى جملة ً مفيدة @

تطبيقات1 : LATIHAN 1

(1) # ضع كل كلمة مما يأتى فى جملة مفيدة مركبة من كلمتين
Bina ayat-ayat yang terdiri daripada dua perkataan dengan menggunakan perkataan-perkataan di bawah:

الـْـوَطـَـنُ – negara ,

حـِـصـْـنٌ – kubu ,

الرِّضـَـا – keredaan, kesukaan, kesudian.
i- _____________________________________
ii- _____________________________________
iii- ____________________________________

(2) # ايت بثلاث جمل تركيب كل منها من كلمتين
Bina tiga potong ayat yang terdiri daripada hanya dua perkataan.

i- _____________________________________
ii- _____________________________________
iii- _____________________________________

(3) # ايت بثلاث جمل كل واحدة منها مركبة من ثلاث كلمات
Bina tiga potong ayat yang terdiri daripada tiga perkataan.

i- ______________________________________
ii-______________________________________
iii- _____________________________________

(4) # رتب الكلمات الآتية لتصير جملة مفيدة
Susun perkataan-perkataan berikut menjadi sepotong ayat:

الـْحـَـيـَـاة kehidupan , فِى pada / dalam, العَامِلـُـونَ orang-orang yang bekerja,

هـَذِهِ ini, النـَّـاس manusia, خـَـيْـرُ sebaik-baik

jawapan:_____________________________________________________

(5) #ضع كل كلمة مع ما يناسبها فيما يأتى
Suaikan perkataan-perkataan di bawah:

Suaikan
Suaikan 'alif' dengan 'ba'

Jawapan
# : Untuk rujukan penulis atau pembaca yang sudah mempunyai pengetahuan sedia ada Bahasa Arab

Rujukan:

1. ,زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى تيسير النحو للصف الأول الأعدادىقدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) صفحة٩

2.جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله شرح ابن عقيل على اللالفية.سنقافوره وفينغ : مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . صفحة ٣

3.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ ه قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو .بيروت : دار الفكر

4. Rancangan Durus Arabiah Radio Ikim.fm

Scroll to Top