Imam Bukhari

LAILATUL QADR: Mengapakah Tarikhnya Tidak Dapat Dipastikan?

Lailatul Qadr - Hadith 5
Lailatul Qadr - Hadith 5


5. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه beliau berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadr, kemudian ada dua orang lelaki daripada kalangan orang-orang Islam telah bergaduh.

Maka Baginda telah bersabda, “Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadr kemudian si fulan dan si fulan telah bergaduh, oleh kerana itu ia telah diangkat kembali. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu.

Maka carilah Lailatul-Qadr pada malam ke 9, 7 dan ke 5.”

(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 73

LAILATUL QADR: Ganjaran Beribadat Pada Malam Lailatul Qadr

Lailatul Qadr - Hadith 1
Lailatul Qadr - Hadith 1


1. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesiapa yang berdiri beribadat pada malam Lailatul-Qadr dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran)

akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun ‘alaih) – at-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 63

Bukhari dan Muslim, Hadith Sahih, Hadith Hasan, Ciri-ciri Hadith Hasan, Hadith Dhaif

Hadis Sehari Taubat Lebih 70 Kali

RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 1: Taubat 70 Kali Sehari

Hadis Sehari Taubat Lebih 70 Kali
Hadis Rasulullah Bertaubat Lebih 70 Kali Sehari

Sayyidina Abu Hurairah r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (minta ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih daripada tujuh puluh kali.”

(Bukhari)

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 24

Hadis ini di FB: Taubat 70 Kali Sehari (klik)

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 6


6: Ma’nu / Ma’an bin Yazid r.a. berkata: Ayahku Yazid biasa mengeluarkan beberapa dinar (emas) untuk sedekah, dan dititipkan pada seseorang di masjid, untuk diberikan kepada fakir miskin yang meminta-minta. Maka saya minta dari orang yang dititipi itu, dan saya tunjukkan kepada ayahku. Dia berkata “Demi Allah bukan kepadamu saya tujukan sedekah itu.” Dan hal ini saya ajukan kepada Rasulullah s.a.w. Maka sabda Nabi s.a.w. “ Bagimu apa yang kau niatkan hai Yazid, dan bagimu apa yang kau ambil hai Ma’nu / Ma’an.”

(Bukhari)

Niat Jazid akan bersedekah kepada fakir miskin telah berhasil, meskipun wang itu jatuh ke tangan anak kandungnya sendiri. Manakala Ma’nu / Ma’an, oleh karena dia berhak menerima sedekah, maka tidak dilarang mengambilnya.
Niat seseorang berhasil di sisi Allah, meskipun dalam praktiknya seolah-olah tidak sampai kepada yang dituju.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 14

Pokok Gharqad – The Tree of Jews (Pokok Yahudi)

حَدَّثـَنـَا قـُتـَيْبَة ُ بْنُ سَعِـيدٍ حَدَّثـَنـَا يَعْـقـُوبُ
يَعْنِى ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ
– َعَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أ َبـِيهِ عَنْ أ َبـِى هُرَيْرَة-
أ َنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قـَـالَ
لاَ تَقـُومُ السَّاعَة ُحَتـَّى يُقـَاتِلَ الـْمُسْـلِمُونَ الـْيَهُودَ
فـَيَقـْتـُلـُهُمُ الـْمُسْـلـِمُونَ حَتـَّى يَخْتـَبـِئَ الـْيَهُودِىُّ
مِنْ وَرَاءِ الـْحَجَر ِ وَالشَّجَر
فـَيَقـُولُ الـْحَجَرُ أ َو ِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللهِ
هَذ َا يَهُودِىٌّ خَلـْفِى فـَتَعَالَ فـَاقـْتُلـْهُ
إ ِلاَّ الـْغـَرْقَدَ فـَإ ِنـَّهُ مِنْ شَجَر ِ الـْيَهُودِ
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi.

Maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi.

Apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim.

Bagaimakah rupa pokok gharqad atau dikenali juga sebagai pokok Yahudi ini?

gambar pokok gharqad
gambar pokok gharqad
gambar pokok gharqad
gambar pokok gharqad
gambar daun pohon gharqad
gambar daun pohon gharqad
gambar bunga pohon gharqad
gambar bunga gharqad
gambar bunga gharqad
buah gharqad, pokok yahudi
buah gharqad, pokok yahudi
buah gharqad, pokok yahudi

Sumber:
AMIN AL-KALANTANI
Wikipedia
Except for the Gharqad Tree
Gharqad Tree

Gambar:
Islamnuri.com
Alsirhan.com

Scroll to Top