islam

Pintu Rezeki Para Pendakwah

MUTIARA KATA UNTUK DAIE: 5 Pintu Rezeki Untuk Da’i

Pintu Rezeki Para Pendakwah
Pintu Rezeki Para Pendakwah

Bekerjalah mencari rezeki kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah رضي الله عـنه berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Sesiapa mencari keduniaan (harta) secara halal, dengan (maksud) untuk kebanggaan, menumpuk-numpuk, dan mempamerkan (hartanya kepada orang lain),

maka dia akan menemui Allah سبحانه وتعالى pada hari kiamat dalam keadaan Allah سبحانه وتعالى murka kepadanya.

(Sebaliknya) sesiapa mencari keduniaan (harta) secara halal, dengan (maksud) untuk mengelakkan diri daripada meminta-minta, berusaha untuk (memenuhi nafkah) keluarganya, serta bermurah hati kepada jiran tetangganya,

maka dia akan menemui Allah سبحانه وتعالى pada hari kiamat dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama.”

(Hr. Baihaqi dalam Syu’abul Iman VII/298)

Namun berwaspadalah wahai teman…. Allah SWT telah berfirman:

Surah at-Taubah 9, ayat 24
Surah at-Taubah 9, ayat 24

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika

i. bapa-bapa kamu dan
ii. anak-anak kamu dan
iii. saudara-saudara kamu dan
iv. isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan
v. kaum keluarga kamu dan
vi. harta benda yang kamu usahakan dan
vii. perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan
viii. rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(at-Taubah 9:24)

Kerana…. Kelebihan berjuang di jalan Allah telah dirakamkan di dalam ayat-ayat berikut:

1.
as-Sof 61, ayat 10

as-Sof 61, ayat 11
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;

yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(as-Soff 61:10-11)

2.
al-Fussilat 41, ayat 33

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,

serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

(Fussilat 41:33)

3. Sabda Rasulullah SAW:

keutamaan jihad
Keutamaan jihad 71.1336

Maksudnya: Dari Abu Umamah رضي الله عنه meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

Tiga macam manusia yang semuanya mendapat jaminan (perlindungan) Allah.

Jika masih hidup, mereka diberi rezeki dan dicukupi (segala keperluannya),

dan jika telah mati, Allah سبحانه وتعالى pasti memasukkannya ke dalam syurga:

(1) Orang yang memasuki rumahnya dan memberi salam, maka dia mendapat jaminan Allah.

(2) Orang yang pergi ke masjid, maka dia mendapat jaminan Allah, dan

(3) Orang yang keluar di jalan Allah, maka dia mendapat jaminan Allah.”

(Hr. Ibnu Hibban. Pentahqiq berkata, “Hadits ini shahih 2/252”)

Peringatan untuk diri saya:

* Meskipun Dhuha menduduki tempat kedua, saya boleh laksanakannya di tempat kerja tanpa menggunakan masa yang terlalu lama sehingga ‘mencuri’ hak majikan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menunaikan amalan infiradi panjang-panjang seusai urusannya dengan sesama makhluk contohnya pada waktu tengah malam.

Dunia tempat menunaikan hak, akhirat tempat menuntut hak. Mahukah saya menjadi muflis?

* Sebagai seorang yang mempunyai ‘kerja sampingan tidak bergaji’, saya sepatutnya mampu melaksanakan kerja dunia (cari rezeki) empat kali ganda lebih laju daripada orang lain.

Mustahilkah? Tidak! Kerana berkat melazimi amalan nombor 1 hingga 4, insyaAllah segala urusan saya dalam pertolongan Allah.

* Syarat utama agar datangnya bantuan Allah ialah saya mesti bertaqwa.

Orang yang bertaqwa itu penyerahan diri dan keyakinannya kepada Allah terlalu tinggi.

selalu: perbetulkan niat.
sentiasa: ikhlas dengan Allah.
bergantung terus: kepada Allah.
tidak kepada: usaha-usaha lahir.

Ciri-ciri Taqwa:
– Gerunkan Allah.
– Berpedomankan wahyu.
– Reda dengan takdir.
– Bersedia menghadapi kematian dengan menyediakan amal yang soleh.

* Kerja saya adalah ibadat kerana ketika bekerja banyak perintah Allah yang mesti saya patuhi seperti;

amanah,
tidak menipu dalam timbangan,
tidak melakukan sumpah palsu,
amar makruf nahi munkar,
membayar zakat,
menutup aurat,
tidak mengabaikan amalan fardu
dan banyak lagi.

* Semoga saya tidak menjadi fitnah kepada rakan-rakan dai yang lain.

* Siapakah da’i? Saya, kamu atau dia? Kita semua memikul tanggungjawab ini …….

* Sebenarnya rezeki MENGEJAR saya sebagaimana MAUT mengejar saya………
إن الرزق ليطلب العبد كما يطلبه أجله
“Sesungguhnya rezeki seseorang hamba itu akan mengejarnya sebagaimana maut mengejarnya.”

Rujukan:

1. Abu Basyir ad-Daiki al-Jawi. 2006. MUTIARA PARA DAI’. Kuala Lumpur: ABD. MAJID AHMAD. m.s 21
2. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٤ & ٣٩٨
3. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 662 & 723.
4. Ayat Qur’an
5. Terjemahan
6. ‘Tafsirul Qur’an’ Radio IKIM.fm (Ustaz Hj. Zahazan Mohamed)
7. Hadrat Syeikh Maulana Zakariya rah.a. 2001. FADHILAT TIJARAH (Panduan Mencari Nafkah Hidup). Kuala Lumpur: DARUL NU’MAN. m.s 11.

LAILATUL QADR: Mengapakah Tarikhnya Tidak Dapat Dipastikan?

Lailatul Qadr - Hadith 5
Lailatul Qadr - Hadith 5


5. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه beliau berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadr, kemudian ada dua orang lelaki daripada kalangan orang-orang Islam telah bergaduh.

Maka Baginda telah bersabda, “Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadr kemudian si fulan dan si fulan telah bergaduh, oleh kerana itu ia telah diangkat kembali. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu.

Maka carilah Lailatul-Qadr pada malam ke 9, 7 dan ke 5.”

(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 73

RAMADHAN: Pembebasan Dari Neraka Dan Doa Yang Makbul

Pembebasan Dari Neraka Dan Doa Yang Makbul
Pembebasan Dari Neraka Dan Doa Yang Makbul

5. Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri رضي الله عنه Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam pada bulan Ramadhan

dan bagi setiap orang Islam ada satu doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadhan).”

(Hadith riwayat al-Bazzar sebagaimana dalam at-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 30

RAMADHAN: Siapakah Orang Yang Celaka…

Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa
Ruginya hamba Allah itu.........

4. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه, Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda pada satu hari sedangkan Ramadhan telah datang kepada kami “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati.

Allah سبحانه وتعالى akan menumpukan perhatianNya kepadamu di dalamnya,

lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa,

Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu di dalamnya dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya.

Maka perlihatkanlah kepada Allah akan kebaikan.

Sesungguhnya orang yang celaka ialah dia yang telah diharamkan dari rahmat Allah سبحانه وتعالى pada bulan ini.”

(Hadith riwayat at-Tabrani dan perawinya dipercayai kecuali Muhammad bin Qais – at-Targhib)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 29

Scroll to Top