istikharah

Selamat Pengantin Baru……Eh?…..

Selamat Pengantin Baru……Eh?…..


بـَــيـْــتـِــى جـَــنـَّــتـِــى : RUMAHKU SYURGAKU

Pada detik 11.30 pagi 24 Sya’ban, 16 tahun yang lalu (24 Sya’ban 1414 H = 6 Februari 1994)……..

“Aku terima nikah’nya’ fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai.”
“Eh, orang dah lalu highway, dia ikut jalan lama lagi, sebut “aku terima nikah, bukan nikahnya”. Kata Pak Imam.
Aduh, aku dah berpeluh-peluh ni…… macam-macam pulak! ……….
(ulang semula) “(Pak Imam)……………”
Aku tarik nafas, “Aku terima nikah fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai”
“Sah?”
“Saaaaaaahhhhhhh”
Alhamdulillah………….

MUSIM-MUSIM PERKAHWINAN

Musim-musim perkahwinan,
menyingkap tabir rahsia,
isteri yang kita nikahi,
tidaklah semulia Khadijah,
pun tidak setabah Fatimah,
justeru dia hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah.
Musim-musim perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama,
isteri itu tanah, kita langit penaungnya,
dia ladang tanaman, kita pemugarnya,
dia kiasan ternakan, kita gembalanya,
dia adalah murid, kita mursyidnya,
dia bagaikan anak kecil, kita tempat bermanjanya,
saat dia menjadi madu, kita teguk sepuasnya,
saat dia menjadi racun, kitalah penawar bisanya,
dia tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Musim-musim perkahwinan,
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
kita belajar meniti sabar dan redha,
memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
justeru kita tersentak dari alpa,
kita bukannya Rasulullah,
pun bukan Saidina Ali Karramallaahuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.

(Sajak oleh Abu Akil, Majalah An-Nasihah th 80an)

…….Ssyyyh……. tak apa-apa ker kahwin dah nak masuk Ramadhan ni? Tak ada apa-apa pun, pasal sorang di utara, seorang di selatan, sekolah lagi………..alhamdulillah Allah pelihara.

Untuk adik-adik yang masih bujang, kami ingin berpesan;

Selamat Pengantin Baru……Eh?…..

Dapatkan mesej bergambar di sini

(Walaupun kedapatan juga yang bercinta macam nak ‘rak’ sebelum kahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat…………..)

Kami berdoa semoga dengan rahmat dan taufik hidayah daripada Allah S.W.T, wujud lagilah hendaknya insan-insan yang bercinta selepas bernikah, berkenalan setelah bertunang, bertunang selepas puas hati dengan istikharah…….. berbulan madu sepanjang hayat……..berdua bahagia hingga ke syurga. (bermadu hingga ke syurga?…….. no komen, kalau dah rezeki apa salahnya?…. ADOIII!!!! Siapalah cubit aku ni????

Kepada saudara saudari yang amat menjaga kehormatan diri, menjaga pandangan mata namun belum berpunya hingga kini…….. usahlah tertipu dengan bisikan syaitan apabila melihatkan kawan-kawan berpacaran ke sana ke mari dan kahwin cepat. Jangan merasa diri ‘tak laku’. Berdoa langsung terus kepada Allah mohon disampaikan jodoh. (Doa yang terbaik ialah yang dipetik daripada ayat al-Qur’an dan hadith) Walaubagaimanapun gunakan Bahasa Melayu pun Allah faham, dahului dan tutup doa itu dengan selawat. Mana tahu Allah bagi cash? Ha…. nak sangat? Ambik…… tak sempat habis belajar dah kena kahwin……. siapalah tu e’?

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin akan ayat Allah S.W.T ini;

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

الــْـخَـبِـِـيــثَـَاتُ لِلـْــخَـبِـيـثِـيـنَ وَالـْخَـبِـيـثـُــونَ لِلـْــخَـبِـيـثَـَـاتِ

وَالطـَّـــيـِّـــبَـاتُ لِلطـَّـيـِّـــبِـيـنَ وَالطـَّـيـِّـــبُـونَ لِـلطـَّــيـِّـــبَـاتِ

أُوْلَــئِـكَ مُــبَرَّؤُونَ مِـمـَّــا يَـقـُــولـُـونَ

لـَهُم مـَّــغـْـفِــرَة ٌ وَرِزْقٌ كـَــرِيــمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)
(Surah an-Nur – Surah ke-24 ayat 26)

* Ingin mengetahui tarikh-tarikh bersejarah hidup anda dalam tahun Hijrah? Sila manfaatkan widget ‘PENUKAR TARIKH HIJRAH – MASIHI, MASIHI – HIJRAH’ ini:


* Mungkin akan berlaku perbezaan 1 atau 2 hari sebab widget ini bukan ciptaan warga Malaysia, jadi kiraannya mengikut peredaran bulan di negara lainlah….no problem, small matter

Rujukan:
http://www.quranexplorer.com/quran
http://www.guidedways.com/search.php
Penukar tarikh Hijrah – Masihi

Tajuk berkaitan:
Kenangan Terhalalp/s-baca komen saya di sini tau! (17/08/2009 | 12:34 pm)
HADITH: Solat Istikharah
Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Hai, sebantal pun tak boleh tidur?
(Situasi 3 – Perbualan anak dengan bapa : anak sudah teringin hendak berkahwin….)

HADITH: Solat Istikharah

Solat Istikharah
عَـنْ جَابـِـر ِ بـْـن ِ عَبْدِ اللهِ رَضِـيَ اللهُ عَـنـْهُمَا قـَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلـَّى اللهُ عَـلـَــيْهِ وَسَلـَّمَ يُعـَـلـِّمُـنـَا الإسْـتِـخَـارَة َ فِي الأ ُمُور ِ كَـمَا يُعـَـلـِّـمُـنـَا السُّـورَة َ مِنَ الـْـقـُـرْآن ِ، يَقـُـولُ: إذ َا هَـمَّ أحَدُكُمْ بـِـالأمْر ِ فـَـلـْـيَرْكَعْ رَكْعَتـَـيْن ِ مِنْ غـَـيْر ِ الـْـفـَـر ِيضَةِ، ثـُـمَّ لـْـيَقـُـلْ
اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْْـمِـكَ، وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِكَ
وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ، فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ
وَتـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ
الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ أَنَّ هـَذ َا الأَمْـرَ خـَيـْـرٌ لـِــي فِــي
( دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي،أوْ قـَـالَ عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْهِ
وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّ هَـذ َا الأَمْـرَ شَـرٌّ لِــي
( فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِِي،أوْ قـَـالَ فـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)
فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ
َيُسَـمَّى حَـاجـَـتـُـهُ

رواه البخارى، باب ما جاء فى التطوع مثنى مثنى، رقم 1162
Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan kami cara melakukan istikharah (memohon kepada Allah untuk menunjuki cara yang benar mengenai sesuatu kerja atau amalan), dalam segala hal sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Qur’an.
Baginda s.a.w bersabda: Jikalau salah seorang daripada kamu berniat melakukan sesuatu pekerjaan, maka kerjakanlah dua rakaat solat sunat dan berdoa:

اللَّـهُــمَّ إِنـِّـي أَسْــتـَـخِـيْـرُكَ بِعِــلـْْـمِـكَ

وَأَسْــتـَـقـْــدِرُكَ بـِقـُــدْرَتـِكَ

وَأَسْــأَلـُـــكَ مِـنْ فـَــضْــلـِــكَ الـْـعـَـظِــيـْـمِ

فـَـإِنـَّــكَ تـَـقـْــدِرُ وَلا أَقـْـدِرُ

وَتـَـعْـلـَـمُ وَلا أَعْـلـَــمُ، وَأَنـْـتَ عَـلاَّمُ الـْـغـُـيـُـوْبِ

الـلـَّـهُـمَّ إِنْ كـُــنـْـتَ تـَـعْــلـَـمُ

أَنَّهـَذ َا الأَمْـرَخـَيـْـرٌ لـِــي

(فِــي دِيـْــنِــي وَمَعـَـاشِــي وَعَــاقِـبَـةِ أَمْـرِي)

(- أوْ قـَـالَعـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)

فـَـاقـْـدُرْهُ لِـي وَيَسِّـرْهُ لِــي ثـُــمَّ بَـارِكْ لِـي فـِـيْهِ

وَإِنْ كـُـنـْـتَ تـَـعْـلـَـمُ أَنَّهَـذ َا الأَمْـرَشَـرٌّ لِــي

( فِي دِيـْــنِـي وَمَـعَـاشِـي وَعَـاقـِـبَـةِ أَمْـرِِي)

(- أوْ قـَـالَفـِـى عـَـاجـِـل ِ أ َمْر ِى وَآجـِـلِهِ)

فـَاصْر ِفـْـهُ عَــنـِّي وَاصْـر ِفـْنِـي عَـنـْهُ

وَاقـْدُرْ لِيَ الـْخَـيْرَ حَـيْثُ كَانَ ثـُـمَّ أَرْضِـنِي بـِـهِ

” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu
dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu
dan aku memohon kepadaMU dari keutamaanMu yang besar,
sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu
dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.
Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui
bahawa urusan ini baik bagiku
(dalam agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku)
atau sebut (buat masa kini dan akan datang)
maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku
(dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku)
atau sebut (buat masa kini dan akan datang)
maka singkirkanlah ia daripadaku
dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku reda dengannya.

Rasulullah s.a.w menambahkan bahawa seseorang boleh menyebut masalah / keperluannya selepas membaca هَذ َا الأمْرُ / urusan ini.

(Hadith riwayat Imam Bukhari r.alaih. Bab solat sunat dua rakaat, dua rakaat. bil. 1162)

On the authority of Jabir Ibn Abdullah r.anhuma, he said:

“The Prophet r would instruct us to pray for guidance in all of our concerns, just as he would teach us a chapter from the Quran. He r would say “If any of you intends to undertake a matter then let him pray two supererogatory units (two rakaah nafilah) of prayer and after which he should supplicate:

‘O Allah, I seek Your counsel by Your knowledge and by Your power I seek strength and I ask You from Your immense favour, for verily You are able while I am not and verily You know while I do not and You are the Knower of the unseen.

O Allah, if You know this affair -and here he mentions his need-

to be good for me in relation to my religion, my life, and end, then decree and facilitate it for me, and bless me with it,

and if You know this affair to be ill for me towards my religion, my life, and end, then remove it from me and remove me from it, and decree for me what is good wherever it be and make me satisfied with such.”

One who seeks guidance from his Creator and consults his fellow believers and then remains firm in his resolve does not regret, for Allah has said:
(chapter 3 verse 159)
‘…and consult them in the affair. Then when you have taken a decision, put your trust in Allah…’

Nota:
Bagaimana Allah s.w.t menjawab permohonan ini?
Al-Qur’an menunjukkan bahawa Allah s.w.t akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam surah al-Syams: 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”
Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadith yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Rujukan:
(1)http://transliteration.org/quran/home.htm
(2) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ١٤١ -١٤٢
(3) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 247-248
(4)Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. SOLAT-SOLAT SUNAT. 2005. Selangor: Wholesale-mart Business Point Sdn. Bhd. m.s 69

Scroll to Top