Keluarga

علامات الساعة Hadis Akhir Zaman: 14. Punca Kebinasaan Manusia

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman: 14. Punca Kebinasaan Manusia
40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman: 14. Punca Kebinasaan Manusia

14. Punca Kebinasaan Manusia

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, “Akan datang suatu masa iaitu orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawa imannya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang ke lubang yang lain.

Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat diperolehi kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah SWT.

Apabila situasi ini telah berlaku, kebinasaan seseorang adalah berpunca daripada mengikuti kehendak isteri dan anak-anaknya.

Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca daripada menepati kehendak kedua orang tuanya.

Sekiranya orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca daripada melayani kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau daripada mengikuti kehendak jirannya”.

Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu?” (kebinasaan seseorang disebabkan oleh sama ada isterinya, anaknya, orang tuanya, keluarganya ataupun jirannya.)

Nabi SAW. menjawab, “Mereka akan mencela dan mengaibkannya kerana kesempitan hidupnya. Oleh kerana itu dia terpaksa melayani kehendak mereka dengan menceburkan dirinya ke lembah-lembah kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya sendiri.”

(Hadis Riwayat Imam Baihaqi Rahimahullaahu Ta’ala)

رواه البيهقى، نقلا عن كتاب الاشاعة لأشراط الساعة للسيد محمد الحسينى البرزنجى ص ٧٦

Keterangan:

Benar sekali sabdaan Rasulullah SAW. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan di dalam agama tetapi mereka terpaksa menceburkan dirinya ke dalam lumpur kemaksiatan untuk melayani kehendak isteri, anak, orang tua, keluarga mahupun jiran mereka.

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman (Edisi Rumi)
Rujukan:
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki. 2008. 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Kedah: Khazanah Banjariah. Muka surat: 40-41
Kitab ‘EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN’ boleh didapati secara online melaui link ini: Klik sini

Nota:
Mykrk telah memperolehi ijazat daripada Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Motivasi Pelajar Cemerlang: Usaha Luar Biasa

Pelajar biasa usaha luar biasa
Usaha Luar Biasa! - Dr. Shukri Abdullah

Tajuk berkaitan:
1. Motivasi 1
2. Motivasi 2
3. Keluarga bahagia – Peranan Ibu Bapa Menjelang Peperiksaan
4. Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
5. Tanggungjawab ibu terhadap anaknya (1)
6. Tanggungjawab ibu terhadap anaknya (2)
7. Tanggungjawab ibu terhadap anaknya (3)
Sumber:
Dr. Shukri Abdullah. 2006. MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG. Selangor: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd.

Belajar Bahasa Arab Tahun 1

الوحدة الثـّـَـانية : أ ُحـِــبّ ُ أ ُسـْــرَتـِــى
Keluarga

أ ُحـِــبّ ُ أ ُسـْــرَتـِــى : Saya Sayang Keluarga Saya
هَـٰـذ َا أ َبـِــى، هَـٰـذِهِ أ ُمـِّـى
Haazaa abii, haazihii ummii
Ini bapa saya, ini ibu saya

هَـٰـذ َا جـَــدِّى، هَـٰـذِهِ جـَــدّ َتـِــى
Haazaa jaddii, haazihii jaddatii
Ini datuk saya, ini nenek saya

هَـٰـذ َا أ َخِــى، هَـٰـذِهِ أ ُخـْــتِــى
Haazaa akhii, haazihii ukhtii
Ini abang / adik lelaki saya, ini kakak / adik perempuan saya

هَـٰـذِهِ أ ُسـْــرَتِــى، أ ُحِــبّ ُ أ ُسـْــرَتِــى
Haazihii usrotii, uhibbu usrotii
Ini keluarga saya, saya sayang keluarga saya

(ulang 4 kali)

الوحدة الثالثة: جـِــسـْــمى السـّـَــلـِــيمِ
Anggota Badan

جـِــسـْــمى السـّـَــلـِــيمِ : Badan Saya Sihat

بـِــالـْــعـَــيـْــن ِ أ َنـَــا أ َنـْــظـُرُ، أ َنـَــا أ َنـْــظـُرُ، أ َنـَــا أ َنـْــظـُرُ
Bil ‘aini ana anzuru, ana anzuru, ana anzuru
Dengan mata saya melihat, saya melihat, saya melihat

بـِــالـْــعـَــيـْــن ِ أ َنـَــا أ َنـْــظـُرُ، أ َنـَــا أ َنـْــظـُرُ، كـُــلّ َ يـَــوْم
Bil ‘aini ana anzuru, ana anzuru, kulla yaumin
Dengan mata saya melihat, saya melihat, setiap hari

بـِــالأ ُذ ُن ِ أ َنـَـا أ َسـْــمَـعُ، أ َنـَـا أ َسـْــمَـعُ، أ َنـَـا أ َسـْــمَـعُ
Bil uzuni ana asma’u, ana asma’u, ana asma’u
Dengan telinga saya mendengar, saya mendengar, saya mendengar

بـِــالأ ُذ ُن ِ أ َنـَـا أ َسـْــمَـعُ، أ َنـَـا أ َسـْــمَـعُ، كـُــلّ َ يـَــوْم
Bil uzuni ana asma’u, ana asma’u, kulla yaumin
Dengan telinga saya mendengar, saya mendengar, setiap hari

بـِـالأ َنـْــفِ أ َنـَــا أ َشـُــمّ ُ، أ َنـَــا أ َشـُــمّ ُ، أ َنـَــا أ َشـُــمّ
Bil anfi ana asyummu, ana asyummu, ana asyummu
Dengan hidung saya menghidu, saya menghidu, saya menghidu

بـِـالأ َنـْــفِ أ َنـَــا أ َشـُــمّ ُ، أ َنـَــا أ َشـُــمّ ُ، كـُــلّ َ يـَــوْم
Bil anfi ana asyummu, ana asyummu, kulla yaumin
Dengan hidung saya menghidu, saya menghidu, setiap hari

(ulang 2 kali)

الوحدة الثـّـَــامـِــنـَــةِ: ثـَــوْبـِــى جـَــمـِــيــل
Pakaian

ثـَــوْبـِــى جـَــمـِــيــل : Pakaian Saya Cantik

ثَوْبٌ = baju, pakaian, jenis pakaian, gaun, pakaian, pakaian cantik
dress, dress, attire, clothes, dress, cloth, dress, robe, attire, cloth, garment, gown, nice dress

ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى
Thaubii, thaubii, thaubii, thaubii
Baju saya, baju saya, baju saya, baju saya

ثـَــوْبـِــى أ َبـْـيَـضُ نـَــظِــيْـف
Thaubii abyadhu naziifun
Baju saya putih bersih

ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى
Thaubii, thaubii, thaubii, thaubii
Baju saya, baju saya, baju saya, baju saya

ثـَــوْبـِــى أ َصـْــفـَــرُ جـَــمِــيـْــلٌ
Thaubii asfaru jamiilun
Baju saya kuning cantik

ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى
Thaubii, thaubii, thaubii, thaubii
Baju saya, baju saya, baju saya, baju saya

قـَــمِــيـْــصِــى أ َبـْــيـَــضُ
Qomiisii abyadhu
Kemeja saya putih

ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى، ثـَــوْبـِــى
Thaubii, thaubii, thaubii, thaubii
Baju saya, baju saya, baju saya, baju saya

بـَــنـْــطـَــلـُــوْنِــى أ َز ْرَقُ
Bantholuunii azroqu
Seluar saya biru

(ulang 3 kali)

الوحدة التـّـَــاسـِــعـَــةِ: تـَــعـَــالَ إ ِلـَــى الـْــمـَــلـْــعـَــب
Permainan

تـَــعـَــالَ إ ِلـَــى الـْــمـَــلـْــعـَــب : Mari Ke Padang

Hari ini saya kongsikan video pelajaran Bahasa Arab Tahun satu. Selalunya saya suka buka buku teks Bahasa Arab tahun satu anak saya dan menyanyikan lagu-lagu yang terdapat di dalamnya. Anak saya ketawakan jer…… “bukan macam tu, dengar sini adik nyanyi, ustazah ajar macam ni…….”

Bila tengok video ni, hemmm sama macam yang ustazah anak saya ajar….. anak-anak ni cepat je ‘tangkap’ kalau dilagukan…..

Saya suka sangat pelajaran Bahasa Arab ni, sebab dulu semasa pelajaran Bahasa Arab masih dalam peringkat percubaan diajarkan di sekolah-sekolah kebangsaan pada tahun 2000, saya adalah antara guru-gurunya. Tapi baru masuk bulan ketiga, kelas saya itu dibubarkan atas alasan belum diwajibkan….

Apabila Bahasa Arab diajarkan di semua sekolah, saya adalah antara orang yang paling gembira…….. الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه alhamdulillahi hamdan kathiron toyyiban mubaarokan fiiiiiih….

Lain-lain tajuk:
1. Ahlan Wa sahlan
2. Belajar menulis sebahagian huruf Arab
3. Debat Dalam B.Arab
4. Learn Arabic with Khaled 1-7
5. Saya Orang Islam : أ َنـَا مـُــسـْـلـِــمٌ
6. Huruf Hija’iyyah
7. Zikir

Scroll to Top