Koleksi Motivasi Pagi

Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew

Program Motivasi Pagi Radio IKIM.fm bulan Jun disampaikan oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew. Beliau mendapat jolokan ‘Ustaz Air Mata’.

Saya sendiri dengan mudah menitiskan air mata tatkala mendengar motivasi yang disampaikannya. Masakan tidak, kisah teladan yang diceritakan adalah berkenaan para sahabat yang berjuang di sisi Rasulullah SAW. Baginda mengiktiraf kedudukan para sahabat melalui banyak hadis.

Tambah sayu hati saya kerana Encik Ebit merupakan anak kepada ‘saudara kita’. Betapa hebatnya Allah yang merezekikannya dengan ingatan yang kuat terhadap kisah-kisah kehidupan para sahabat.

Saya yang sejak di bangku sekolah sehingga kini didedahkan dengan majlis taalim dan hayatus sahabah di rumah setiap selesai solat fardu Isya’ pun tidak mampu mengingatinya dengan baik. Apatah lagi jika disuruh menceritakannya semula……..

Rupa-rupanya ramai yang ‘tangkap leleh’ macam saya……… cuba tinjau apa kata sahabat-sahabat kita di fanpage facebook IKIMFM:

Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi Pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi Pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew
Komen Motivasi Pagi IKIM.fm Jun-Julai 2012 oleh Encik Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew

Bersempena dengan mujahadah sepuluh terakhir Ramadhan 1433 Hijrah ini, marilah kita mendengar semula motivasi ini. Semoga dapat membugarkan kembali semangat cintakan Islam, cintakan Allah dan cintakan Rasulullah SAW.

Selain daripada itu, seperkara yang perlu kita perhatikan adalah akhlak kita. Sebelum amalan kita ‘sampai’ ke hadrat Allah SWT. ianya akan disaring melalui tujuh pintu langit.

  • Langit Pertama: Ghibah (mengumpat).
  • Langit Kedua: Berharap agar mendapat keuntungan dunia.
  • Langit ketiga: Takabbur.
  • Langit keempat: Ujub (takjub dengan kebolehan diri sendiri)
  • Langit kelima: Hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.
  • Langit keenam: Tiada belas kasihan kepada hamba Allah yang mengalami kesusahan.
  • Langit ketujuh: Riyak (menunjuk-nunjuk)

Amalan kita perlu dipastikan dapat melepasi setiap pintu langit yang dijaga oleh para malaikat.

Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

Amalan yang tertolak akan sama ada;

  • Ditahan.
  • Dipukulkan semula ke muka orang yang mengerjakannya.
  • Dibuang.

Namun ketika bertemu Allah: Allah berfirman kepada malaikat, “Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku.”

Marilah kita muhasabah diri sendiri sebelum tiba hari penghisaban yang tiada keraguan akan kedatangannya…………

Sila klik untuk mendengar atau memuat turun. Menurut pengalaman saya, saya boleh memuat turun sekirannya menggunakan pelayar Mozilla Firefox.

Selamat mendengar dan jangan lupa untuk ‘memburu’ Lailatul Qadr bukan ‘menunggu’ Lailatul Qadr.

Doa dan Pendahuluan Ucapan
Doa dan Pendahuluan Ucapan

NOTA: SEMUA AUDIO SUDAH DIPADAMKAN OLEH MYKRK KERANA MENGHORMATI HAK CIPTA IKIM.FM

1. Hidupkan Agama Islam

2. Tanamkan Rasa Mencintai Nabi SAW.

3. Dapatkan Keredaan Allah Dengan Meneladani Para Sahabat r.anhum ajma’in

4. Solat

5. Taalim

6. Adab Menuntut Ilmu

7. Ikram (memuliakan) Orang Lain

8. Memaafkan

9. Menegur Dengan Hikmah

10. Merendah Diri, “Saya Yang Bersalah”

11. Perkara Hak Dan Munkar Jadi Terbalik

12. Malayani Orang Lain Dengan Baik

13. Berkorban Untuk Agama Islam

14. Setiap Orang Berpotensi Menjadi Pintu Hidayat. Kisah Amar bin Jamuh

15. Cintai Islam

16. Syukur

17. Apakah Tanda Cinta?

18. Musibah

19. Istighfar Dan Taubat

20. Ikhlas

21. Berkasih Sayang Suami Isteri (Kursus Perkahwinan)

22. Buat Yang Terbaik

23. Tawakal

Di bawah ini adalah rakaman rancangan Islam Agamaku:

Kredit gambar: Gambar Profil fb Encik Ebit Lew
Laman web: TranformJiwa.com
Fanpage Facebook: Transform Training & Consultancy
Fanpage Facebook: Transform Pro Kids
Fanpage Facebook: Ebit Lew

Penghargaan dan terima kasih:
Rancangan Motivasi Pagi Radio IKIM.fm dan penerbitnya Cik Siti Rohani binti Surani

Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil

Siapalah yang tidak mengenali Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil? Beliau merupakan seorang pendakwah, perunding latihan pembangunan manusia, blogger dan penulis kepada buku-buku motivasi keagamaan negara.

Beliau memegang ijazah Sarjana Muda (Hons.) Sharia & Islamic Studies dari Mu’tah University, Jordan (جامعة مؤتة). Anak kelahiran Ipoh, Perak ini sebelum itu menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh.

Berpengalaman sebagai penjawat tugas Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, UK dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland, beliau kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul di Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Beliau aktif berinteraksi di blognya www.saifulislam.com, juga di halaman Facebook facebook.com/hasrizalabduljamil. Untuk pengetahuan kawan-kawan, blognya kini dihoskan didedicated server.

Ianya demikian kerana server yang biasa sudah tidak mampu menampung pengunjung yang terlalu ramai. Tetapi kos untuk bayaran yuran dedicated server pula adalah terlalu tinggi.

Ustaz Haji Hasrizal berumahtangga dengan Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, pakar Perubatan Kecemasan dan Pensyarah di Pusat Perubatan UKM (UKMMC) mereka dikurniakan dengan empat cahaya mata; Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin.

Pada bulan Mei lepas, ustaz mengisi segmen Motivasi Pagi di Radio IKIMfm. Menurut ustaz, Cabaran besar rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM ini ialah menyesuaikan penyampaian untuk lapisan atas dan bawah.

Golongan atas tidak rasa pengisian yang disampaikan kosong dan longgar tidak berisi.

Golongan ‘santai ‘ pula mesti disantuni agar tidak hilang upaya memahami apa yang disampaikan.

Dan paling sukar adalah menentukan dos agar 10 minit itu ada kepala, badan dan ekor.

Alhamdulillah berikutan peristiwa ‘kehancuran’ handphone saya pada entri ini dan berkat melazimi ‘Doa Ketika Ditimpa Musibah’ selepas peristiwa itu, kini saya dapat mengongsikan rakaman rancangan kegemaran saya.

*** Saya seorang yang SENTIASA SUKA di atas apa jua yang berlaku di dalam hidup…..

Jom kita dengarkan. Dengarlah berulang-kali, mudahan-mudahan dapat diaplikasikan di dalam proses kita berfikir.

CARA BERFIKIR ORANG BERJAYA: Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil

CARA BERFIKIR ORANG BERJAYA

(Klik link untuk mendengar motivasi. Ada 23 tajuk kesemuanya)

NOTA: SEMUA AUDIO SUDAH MYKRK PADAM KERANA MENGHORMATI HAK CIPTA IKIM.FM

1. Bagaimana cara kita berfikir

2. Cara fikir org brjaya dan gagal

3. BIG PICTURE THINKING

4. FOCUS THINKING

5. alihkan gangguan

6. Cara Membangunkan Pemikiran Berfokus

7. latihan fokus

8. CREATIVE THINKING

9. contoh masalah

10. contoh masalah (sambungan)

11. org berjaya, org gagal – berbeza cara berfikir

12. REALISTIC THINKING

13. REFLECTIVE THINKING

14. REFLECTIVE THINKING

15. manfaat reflective thinking

16. Idea2 utk hasilkan reflective thinking

17. Faedah reflective thinking

18. peruntukkan masa utk berfikir

19. Hidupkan budaya bertanya

20. Mempersoalkan kebiasaan

21. Mempersoalkan pemikiran popular (kebiasaan)

22. muhasabah cerita kura-kura

23. al-Kahf-Fikir pra syarat beragama

24. isteri masih dara

Dr Jamnul Azhar Mulkan

Koleksi Motivasi Pagi Radio IKIM.fm oleh Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan

Dr Jamnul Azhar Mulkan adalah bekas penuntut Maktab Mahmud Alor Setar Kedah dan seorang yang fasih berbahasa Arab dan Inggeris. Berpengalaman belajar di Mesir selama 13 tahun. Merupakan seorang doktor perubatan keluaran Universiti Al–Azhar dan pendakwah aktif yang popular di Utara Semenanjung dan Kuala Lumpur. Sering mendapat jemputan sebagai ahli panel program Halaqah di TV9.

Beliau pernah berkhidmat di Hospital Daerah Alor Star. Kini berkhidmat sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Kangar Perlis. Selain daripada itu Doktor Jamnul Azhar juga mempunyai sebuah klinik di Hentian Shahab Perdana Alor Star.

Menjawat jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM). Sering terlibat di dalam program kemanusiaan ke Palestin, Darfur, Kemboja dan lain-lain.

Saya terdorong untuk merakam dan mengongsikan motivasi yang disampaikannya kerana sebagai doktor perubatan, beliau dapat mengaitkan sains dengan ayat Al-Qurán dan Hadith. Sebagai manusia biasa yang terkesan dengan apa yang boleh dipandang, didengar dan dirasa, berkat mendengar pengisian beliau ini akan dapat meningkatkan iman di dada. InsyaAllah.

Selamat mendengar………

NOTA: SEMUA AUDIO SUDAH MYKRK PADAMKAN BAGI MENGHORMATI HAK CIPTA IKIM.FM. MOHON MAAF DI ATAS KESULITAN.

Suami Mithali Klik di sini untuk mendengar
Isteri Solehah Klik di sini untuk mendengar
Hadis – Astro / Satelit (Zaman Dihujani Kejahatan Dari Langit) Klik di sini untuk mendengar
Hadis – Teknologi Angkasa Lepas – Bernafas dengan perut, bagaimana rupa bumi dilihat dari langit, bagaimana suara azan boleh menembusi langit, kelajuan cahaya Klik di sini untuk mendengar
Hadis- Zaman manusia bercakap dalam botol kaca – elektron, positif, negatif, LED, teknologi nano Klik di sini untuk mendengar
Hadis- DAJJAL HAMPIR MUNCUL. Kisah Tamim ad-Dari bertemu Jassasah dan Dajjal. Tanda-tanda Dajjal akan keluar. Tiga soalan Dajjal. Nasihat daripada Dajjal. Kurma di Baisan dan air Tasik Tibriyah hampir kering. Klik di sini untuk mendengar
Hadis – Kenapa Nabi Isa alaihis salam akan turun ke bumi. Tempat turun, waktunya, bajunya, rambutnya, wajahnya, kulitnya. Tiga misi baginda. Armagedon. (Dialog antara agama). Klik di sini untuk mendengar
Hadis – Teknologi Perubatan. Memerlukan 7 – 8 tahun kajian oleh pelajar perubatan. Tiga perkara mendatangkan kesembuhan; pembedahan, mengalirkan elemen panas ke dalam badan (x-ray, kemoterapi) dan madu lebah. Klik di sini untuk mendengar
Al-Qurán – Zaman Nabi Daud di Baitul Maqdis. Tentera Thooluut seramai 70 orang melawan 70,000 orang tentera Jalut di Armagedon (tempat yang sama bakal berlaku peperangan terakhir). Bagaimana tentera Thooluut boleh menang? Apa akan berlaku sekiranya meminum air yang terlalu sejuk di dalam cuaca yanag terlalu panas? Klik di sini untuk mendengar
Al-Qurán – Tadbir Masa (Timing). Kisah Nabi Musa alaihis salam membawa 600,000 pengikut yang diburu sejuta tentera Firaun. Jangan minta perkara baik berlaku sebelum ianya patut berlaku, bersabar jika berlaku perkara yang tidak baik. ALLAHLAH SEBAIK-BAIK PENTADBIR. Solat awal waktu adalah pengurusan masa yang terbaik. Fahamilah dengan mendengar kisah ini. Klik di sini untuk mendengar
Al-Qurán – Teknologi Gelombang (Wave). Infra red, .fm, frekuensi, handphone, mms, internet. Klik di sini untuk mendengar

Terima kasih: Radio IKIM.fm

Scroll to Top