marfu’

نحو/NAHU: Tanwin Tamkin

Assalamualaikum,
Pada bulan lepas kita telah pelajari tentang tanda-tanda sesuatu perkataan itu dikenal pasti sebagai ‘isim’. Salah satu di antara tanda-tandanya ialah TANWIN.

Walaupun tanwin ada empat bahagian, saya akan menerangkan hanya dua bahagian sahaja, iaitu Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah dan Tanwin Ta’wiidh.

Apa itu tanwin? Tanwin ialah baris dua, seperti di bawah ini;

tanwin

Dalam pelajaran ‘Imla’ – املاء ’ @ ejaan @ spelling, kami diajar apabila sesuatu huruf itu berbaris DUA DI ATAS, maka ianya hendaklah diikuti dengan huruf alif. Silalah rujuk al-Qur’an, banyak contoh di sana.

Baiklah, ssekarang kita terus saja fokus kepada inti pelajaran kita hari ini iaitu Tanwin Tamkin atau disebut juga Tanwin al-Amkaaniah. Untuk pelajaran kali ini saya banyak merujuk kepada rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm yang disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.30 pagi.

Sila perhatikan diagram di bawah ini;

Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah
Tanwin Tamkin / al-Amkaaniah

Tanwin Tamkin terbahagi kepada tiga bahagian;

1. Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat.

(Inilah ‘hukum’ yang biasanya diguna pakai). Di dalam contoh-contoh di bawah ini sila amati perubahan baris yang berlaku kepada perkataan Muhammad محمد .

2. Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat TETAPI ia tidak tanwin.

( ممنوع من الصرف / غير المنون )
Isim yang bergelar ( ممنوع من الصرف/ غير المنون) ini tidak boleh menerima sama ada;

i. Baris tanwin (baris dua).
ii. Baris kasrah / bawah.

Oleh itu;
– Ia MARFU’ dengan baris satu di hadapan.
– Ia MANSUB dengan baris satu di atas.
– Ia MAJRUR dengan baris satu di atas.

*** InsyaAllah bulan Februari tahun 2010 (kalau panjang umur) kita akan menyentuh tentang hal ini secara lebih lanjut lagi.

Di dalam contoh-contoh ayat di bawah ini, cuba anda perhatikan nama-nama berikut;
أحمد، عثمان، فاطمة، عائشة

3. Tidak berubah baris DAN tidak tanwin.

Untuk perbincangan kali ini, kita akan hanya melihat contoh Isim Isyarah
هـَـٰـؤُلاَءِ

Walaupun tidak boleh menerima tanwin dan apa-apa perubahan langsung sama ada rupa bentuk mahupun baris, ia tetaplah ISIM, demikian juga dengan perkataan-perkataan pada nombor 2 iaitu; أحمد، عثمان، فاطمة، عائشة

Asalkan kata nama, ia adalah ISIM. Bukan feel, bukan huruf. Itu saja. Mohon maaf atas apa-apa yang terkurang ye.

Wassalam.

Soalan teka-teki lalu:
TERBANG DAN NAMPAK
1. Kuda terbang dengan ________________
2. Gajah terbang nampak apa?
3. Seekor burung kecil hinggap atas sebuah kapal yang sedang belayar, tiba-tiba kapal itu tenggelam. Nampak _______________????

Jawapan:
1. Kuda terbang dengan susah payahnya……
2. Gajah terbang nampak pelik…….
3. Nampak sangat penipu. Ada ke patut, burung cinoni (kecil) boleh menyebabkan kapal yang besar tenggelam? Tak patut, tak patut…….

Soalan teka-teki:
Duduk bersembang bersama Puteri,
Sambil bersembang sutera ditenun,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?

Tajuk berkaitan:
1. Cara membariskan nama lelaki dan perempuan
2. Jawapan Tamrin / Latihan – Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)
3. Isim Ada 2 Bhg. Muzakkar (Lelaki/ Jantan) Mu’annath (Perempuan/ Betina)
4. Kamus
5. (مَـنْ:Siapakah),(مـَــا:Apakah),(أ:Adakah),(َهَـٰـذ َا:Ini),(نـَعَـمْ:Ya),(لاَ:Tidak)
6. Jawapan Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
7. I’rab

Rujukan;

1. حفى ناصف ومحمد دياب والشيخ مصطفى طموم ومحمد صالح. كتاب الدروس النحوية لتلاميذ المدارس الإبتدائية الكتاب الثالث: وزارة المعارف العمومية

2. Rancangan Durus Arabiah Radio IKIM.fm

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.7 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah ) Jawapan Tamrin / Latihan 1,2 dan3

Tamrin, latihan
١- اِقـْــرَأ ْ وَاكـْــتـُــبْ مـَــعَ ضـَــبـْــطِ أ َوَاخـِــر ِ الْــكـَـلـِــمَــاتِ
Baca dan tulis serta bariskan huruf akhir dengan betul:
Read and write with the correct ending:
الـْــبـَــابُ . الــتَّــاجـِــرُ . الــنـَّــجـْــمُ . الـْــقـَــمـَــرُ الــدِّيـْــكُ
الـْــمـَــاءُ الـسـَّــر ِيـْــرُ . الـْــبـَــيـْــتُ . الـْــمـَــسـْـجـِــدُ . الــرَّجـُــلُ
الــسـُّــكـَّــرُ . الـْــوَرَقُ

*** Hukum asal – baris pada huruf terakhir sesuatu isim (nama) ialah hadapan (dhammah- ضَــمَّــة)

Kenapa? Hemmm, boleh atau tidak jika saya katakan begini: kerana perkataan-perkataan itu tidak bekerja dan tidak dikerjakan. Atau kerana perkataan-perkataan itu belum mempunyai fungsi apa-apa di dalam ayat.

……. ingat yang ini dulu. Baris huruf di akhir isim mesti baris depan


٢- اِمـْــلأِ الـْــفـَــرَاغ َ فـِــيـْــمـَــا يـَــلــى بـِـوَضْــع ِ كـَــلـِــمـَـةٍ مـُــنـَــاسـَــبـَــةٍ

Isi tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang sesuai:
Fill in the blanks with suitable words:

Contoh jawapan:

jawapan latihan 2


٣- اِخْــتـَـرْ كـَــلـِــمـَـة ً مـِــن َ الـْــقـَــائـِــمـَــةِ الأ َز ْرَق تـُــنـَــاسـِــبُ الـْـكـَــلـِــمـَــة َ الـَّــتـِــى فـِــى الـْـقـَــائـِـمـَــةِ الأ َصـْــفـَــر

Padankan perkataan di petak biru dengan perkataan di petak kuning menjadi ayat yang sempurna:


Match the word in ‘blue’ with those in ‘yellow’:

Jawapan latihan 3

Tajuk-tajuk berkaitan:
Kamus Pelajaran 3
Kandungan Pelajaran BAHASA/LUGHAH

Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

Scroll to Top