Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi

IKTIKAF: Amalan Yang Lebih Baik Daripada Sepuluh Tahun Iktikaf

Ikramul Muslimin: Hak-hak Orang Islam: Hadith 968/155

(155) Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم baginda bersabda, “Barangsiapa berjalan untuk menunaikan suatu keperluan (hajat) saudaranya, maka hal itu lebih baik daripada sepuluh tahun i’tikaf.

Barangsiapa yang beri’tikaf sehari kerana Allah, maka Allah menjadikan (menjauhkan) antara dia dan neraka (sejauh) tiga parit, yang satu paritnya lebih jauh daripada jarak antara bumi dan langit.”

(Hr. Thabrani dalam al-Awsath, dan isnadnya jayyid – Majma’uz Zawaa’id VIII/351)

Rujukan:

1. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٢٩٤

2. Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 542

MUNTAKHAB AHADITH: IKHLAS: Celaan Terhadap Riya’ – Hadith 36.1238

Celaan Terhadap Riya 36.1238
Celaan Terhadap Riya' 36.1238

(36) Dari Anas bin Malik رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda, “Cukuplah seseorang dikatakan buruk, apabila dia menunjukkan jari-jari kepada dirinya dalam masalah agama atau dunia, kecuali orang yang dijaga oleh Allah.”

(Hr. Tirmidzi, bab Sesungguhnya bagi tiap sesuatu ada keburukannya, Hadits nombor 2453)

Keterangan:
Menunjukkan jari-jari kepada dirinya maksudnya ialah menginginkan kemasyhuran (membanggakan diri). Orang yang mempunyai kebiasaan seperti ini tidak akan terlepas daripada bahaya, kerana tidak mudah untuk menyelamatkan diri daripada perasaan bangga diri. Jika kemasyuran itu kewujudannya tidak disengajakan, tetapi pemberian Allah, maka dengan rahmat Allah سبحانه وتعالى dia akan terselamat daripada keburukan nafsu dan syaitan. Bagi orang yang ikhlas seperti ini, adanya kemasyhuran tidak akan berbahaya.

(Mazhaahirul Haqq)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٣
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 660-661

Scroll to Top