motivasi

Bagaimana Saya Boleh Maju Dalam Pelajaran Dan Ko-Kurikulum?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Sedar tidak sedar kita sudah berada pada dua minggu terakhir bulan Oktober. Peperiksaan UPSR dan PMR telahpun berlalu. Kepada murid-murid yang tidak mengambil peperiksaan tersebut, mereka bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Hemmm…. saya ada rahsia yang ingin dibisikkan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, rahsia ini boleh diamalkan dan berkesan kepada pelajar pada peringkat mana sekalipun., sama ada dari tadika hinggalah ke phd. Kenapa? Tidak percaya ke? Eh, Professor Doktor Muhaya Mohamad pun pernah cakap tau!

Baiklah, dengar ini saya hendak cerita. Sebenarnya sudah lama hendak cerita. Tetapi terasa macam hendak membangga diri pula. Tidak mengapalah, saya serahkan kepada Allah untuk menilainya. Saya dedahkan di sini kerana saya sayangkan kalian semua……….. sharing is caring………….

Sebagaimana yang adik-adik dan tuan/puan semua tahu, saya bersekolah arab sejak berumur 13 tahun lagi iaitu selepas tamat sekolah rendah. Namun begitu, pencapaian saya lebih menyerlah di dalam bidang akademik, terutamanya mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Walaupun mendapat agregat 1 dalam mata pelajaran Bahasa Arab di dalam peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) – sekarang PMR, nombor yang biasanya menjadi hak milik tetap saya di dalam peperiksaan awal, pertengahan atau akhir tahun adalah dua puluh lebih.

Grrrrr, saya memang tidak suka belajar Bahasa Arab. Sudahlah subjeknya berbelas-belas, kena hafal lagi! Ingin sahaja saya mengubahnya. FAHAM SAHAJA CUKUPLAH!!! Gugur rambutlah asyik menghafal!!!. Tetapi siapalah yang mahu simpati. Itulah nasib pelajar sekolah Arab.

Tibalah ke saat-saat terakhir……….. saya menduduki peperiksaan Syahadah Ibtida’iyyah. Memanglah dapat pangkat ’jayyid jiddan’ (sangat baik). Nombornya? Jeng jeng……………… 48 beb. Hwaaaa mabruk mabruk.

sijil syahadah ibtida'iyyah

Tapi kan, nak tahu tak? Ada seorang kawan saya tu. Dia sama saja macam saya, nombor puluh-puluh biasalah. Tapi kali ini dia dapat nombor 3 seluruh negeri Johor. Wah, mana aci macam ini! Ini tidak boleh jadi…………

Saya pun bertanyalah, ” Awak, kita ni kan sama je. Tapi kenapa kali ini awak boleh dapat nombor 3 e’?” Dia jawab, ”Entah, abah kita tu (abah dia ustaz). Abah kita suruh kita sembahyang hajat masa malam nak periksa hari tu.” ”Sembahyang hajat? Macam mana tu?” (eh, itu pun aku tak tahu?) ”Masa rakaat pertama selepas al-Fatihah, abah kita suruh baca Surah Al-Kafirun 11 kali, rakaat kedua selepas al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas 11 kali. Masa sujud akhir pulak baca Lailaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zolimin 40 kali. Lepas bagi salam doalah apa yang kita hendak.” “Tu je?” Saya kurang percaya. ” Ha’a” jawabnya jujur.

YES ! Berbekalkan ‘azimat’ inilah saya melangkah penuh gaya ke Maahad Johor, institusi yang mengumpulkan lulusan lepasan Syahadah Ibtida’i seluruh negeri Johor.

Setiap peperiksaan yang saya hadapi, tidak kira kecil atau besar, saya pastikan saya melakukan solat hajat pada malam peperiksaan akan berlangsung. Hasilnya……………. Jeng jeng jeng………… nombor hak milik kekal saya ialah sama ada 1, 2 atau 3. Seronoknya ………….. terasa macam dunia ini ana yang funyalah!

Kawan-kawan kata saya terror. Uhuk uhuk………. korang tak tahu rahsia aku…….. ’Prak!’ Eh, bunyi apa yang koyak tu?

Apabila berjaya memasuki maktab perguruan pula, saya masih meneruskan kaedah tersebut. Alhamdulillah………… Purata mata gred saya ialah 4.29 dengan gred A di dalam mata pelajaran pengkhususan iaitu Pengetahuan Agama.

sijil maktab perguruan

Memang tahun-tahun persekolahan di Maahad Johor dan maktab perguruan amat manis saya rasakan. Bertambah-tambah kesyukuran saya kerana ianya dapat dengan kehendak Allah saya capai di celah-celah kesibukan saya sebagai pemimpin pelajar. Di maahad saya memikul amanah sebagai ketua 3 buah asrama (Kayangan 1, Resak dan Sekolah Agama Taman Perling – betul-betul ’gila kuasa’……. hihi) dan ketua bagi sebuah jawatankuasa di sekolah. Semasa di maktab pula, mahu tidak mahu saya relakan diri dikorbankan menjadi exco jawatankuasa agama selama 4 semester.

Sebahagian Senarai Tugas
Ko-kurikulum

Bagaimana saya mampu melakukannya? Jawapannya ialah……….. SOLAT HAJAT…………. baik untuk urusan pelajaran mahupun urusan beban amanah tersebut.

La haula wala quwwata illa billah. Segalanya pinjaman daripada Allah. Namun sekurang-kurangnya saya berpeluang menikmati kebahagiaan menjadi orang yang berguna………….

Masalahnya kadangkala apabila saya menyampaikan rahsia ini kepada seseorang, dia akan menggumam, ”Eleh, kalau solat hajat tapi tak usaha, tak guna jugak…..” Memang benar.

Impaknya kepada peribadi saya pula ialah saya sedar pada akhir usaha itu nanti saya bakal menyerah diri kepada Allah. Oleh kerana itu dalam diri timbul rasa yang teramat malu sekiranya menadah tangan tanpa berusaha sehabis daya terlebih dahulu. Seterusnya tanpa disedari motivasi untuk menumpukan sepenuh perhatian tatkala guru mengajar, membuat nota yang baik, mengajar rakan-rakan dan lain-lain lagi mudah saya lakukan tanpa disuruh.

InsyaAllah anak-anak, adik-adik. Kalian MAMPU melakukannya! Berpautlah kepada yang Maha Bijaksana, nescaya kita juga akan bijaksana. Berpautlah kepada yang Maha Kuat, nescaya kita juga akan menjadi kuat. Percayalah! InsyaAllah……………

Nota:

*Setelah menjejakkan kaki ke Maahad Johor, barulah saya merasa amat bersyukur kerana berpeluang bersekolah di Sekolah Arab Bugisiah Tampok. Ia adalah di antara sekolah arab terbaik di Johor pada hemat saya. Demikianlah manusia……… hanya mengerti nilai sesuatu setelah ianya tiada di hadapan mata. Terima kasih sebanyak-banyaknya ustaz, ustazah, cikgu-cikgu dan teman-teman semua…………..

* Solat hajat ada banyak kaedahnya, pilihlah cara yang sesuai dengan tuan/puan. Saya suka cara di atas kerana ada kenangan tersendiri dan doa Nabi Yunus.

* Sekiranya anak masil kecil, ibu bapalah yang solatkan hajat untuk mereka.

* Jika mampu lakukanlah solat hajat empat rakaat yang pernah Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed uar-uarkan di dalam rancangan Tafsirul Qur’an. Kaedah ini diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali r.anhu di dalam suatu hadis yang agak panjang.

Caranya:
Pada rakaat pertama selepas al-Fatihah baca Surah Yasin.
Pada rakaat kedua selepas al-Fatihah baca Surah ad-Dukhan.
Pada rakaat ketiga selepas al-Fatihah baca Surah as-Sajdah.
Pada rakaat keempat selepas al-Fatihah baca Surah al-Mulk.

Keempat-empat surah ini merupakan surah yang mula-mula dihafal oleh para pelajar maahad tahfiz sebelum mulai menghafal seluruh al-Qur’an. InsyaAllah ianya ‘amat mustajab’.

Keluhan Remaja

Bagi mempercepatkan proses pembinaan remaja yang utuh dan seimbang, ibu bapa dan penjaga perlu menghayati keluhan remaja seperti berikut:

1. Usahlah manjakan saya, saya sedar perbuatan ini tidak patut. Saya juga tahu tidak semua permintaan saya perlu dilayan. Saya cuma mahu menguji ibu dan bapa sahaja.

2. Usahlah takut bersikap tegas terhadap saya, saya suka ketegasan kerana saya akan berasa lebih selamat.

3. Usah biarkan saya membentuk tabiat buruk. Saya berharap ibu dan bapa dapat mengesan tabiat ini sebelum berlarutan dan berakar umbi.

4. Usah cuba memperkecil-kecilkan saya. Sikap seperti ini hanya menyebabkan saya berlagak seperti orang benar dengan memperlihatkan kebodohan.

5. Usah tunjukkan kesalahan saya di hadapan orang. Saya akan lebih memberi perhatian kalau ibu bapa menasihati saya secara peribadi.

6. Usah buat saya berasa kesalahan saya itu satu dosa. Ini boleh mengelirukan perasaan dan nilai diri saya.

7. Usah lindungi saya daripada perbuatan yang akan mendatangkan mudarat. Kadang-kadang saya perlu belajar melalui pengalaman lalu.

8. Usah bimbang kalau saya katakan, “Saya benci pada ibu dan bapa.” Sebenarnya saya bukan membenci ibu dan bapa, tetapi saya membenci kuasa yang ada pada ibu bapa yang boleh menghalang cita-cita saya.

9. Usah bimbang apabila saya kurang sihat. Ini kadang-kadang membolehkan saya mendapat perhatian yang diperlukan.

10. Usah leteri saya. Kalau ibu dan bapa terus berleter, saya terpaksa memekakkan telinga.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.  (Al-Baqarah 2:216)
Allah Maha Mengetahui

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

11. Usah lupa yang saya tidak bijak untuk menyatakan hasrat saya. Itulah sebabnya saya tidak selalu betul.

12. Usah buat janji yang tergesa-tergesa. Ingatlah, saya akan berasa kecewa kalau janji-janji itu tidak ditepati.

13. Usah paksa saya menunjukkan kejujuran. Ini mudah menakutkan saya hingga saya bercakap bohong.

14. Usah selalu bertukar-tukar sikap. Ini membuatkan saya keliru dan kurang yakin terhadap ibu bapa.

15. Usah cuba memperbodoh-bodohkan saya apabila saya takut. Ketakutan saya itu berasas dan saya boleh mendapat keyakinan kalau ibu bapa memahami saya.

16. Usah tolak pertanyaan saya. Jika ini berlaku saya tidak akan bertanya lagi dan akan mencari jawapan daripada punca lain.

17. Usah katakan ibu dan bapa serba sempurna atau tidak ada cacat cela. Ini memeranjatkan saya.

18. Usah berasa hina apabila hendak meminta maaf daripada saya. Saya akan berasa lebih mesra dengan ibu dan bapa apabila mendengar ucapan maaf yang tulus ikhlas.

19. Usah lupa, saya cepat membesar. Memang sukar untuk ibu dan bapa mengikut dan mengesan pertumbuhan saya. Walau bagaimanapun, cubalah berbuat demikian.

20. Usah lupa, saya suka membuat percubaan. Hati saya resah kalau tidak mencuba. Jadi izinkan saya mencuba.

21. Usah lupa, saya memerlukan kasih sayang dan persefahaman untuk membesar dengan baik.

Sumber:
Robiah K.Hamzah,Ph.D. 2006. WAH! PANDAINYA DIA BERKATA-KATA – GAYA KOMUNIKASI BERKESAN BUAT REMAJA. Bentong, Pahang : PTS Millenia Sdn Bhd. (m.s 9-12)

Motivasi Pelajar Cemerlang: Usaha Luar Biasa

Pelajar biasa usaha luar biasa
Usaha Luar Biasa! - Dr. Shukri Abdullah

Tajuk berkaitan:
1. Motivasi 1
2. Motivasi 2
3. Keluarga bahagia – Peranan Ibu Bapa Menjelang Peperiksaan
4. Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
5. Tanggungjawab ibu terhadap anaknya (1)
6. Tanggungjawab ibu terhadap anaknya (2)
7. Tanggungjawab ibu terhadap anaknya (3)
Sumber:
Dr. Shukri Abdullah. 2006. MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG. Selangor: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd.

BAHASA ARAB KOMUNIKASI / PERBUALAN / DIALOG: Situasi Saya Ada, Latar Belakang Keluarga

عـِــنـْــدِى :
Saya Ada, Saya Mempunyai

عـِــنـْــدَ (ada) , ى (saya)

(Situasi : Soalan Tentang Latar Belakang)

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكَ / مـَــعـَــكِ فـِــى بـَــيـْــتـِــكَ / بـَــيـْــتـِــكِ ؟
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

مـَــنْ : siapa
يـَــسـْــكـُــنُ : tinggal
مـَــعـَــكَ : bersama awak (lelaki)
مـَــعـَــكِ : bersama awak (perempuan)
=> مـَــعَ : bersama, كَ : awak (lelaki), كِ : awak (perempuan)
فـِــى
: di, dalam
بـَــيـْــتـِــكَ: rumah awak (lelaki)
بـَــيـْــتـِــكِ : rumah awak (perempuan)
=> بـَــيـْــتـِ : rumah, كَ : awak (lelaki) , كِ : awak (perempuan)

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

أ َبـِــى (abii) : bapa saya ( أ َبٌ (abun) : bapa, ى : saya)
وَأ ُمـِـّــى (wa ummii) : dan emak saya ( وَ : dan, أ ُمّ (ummun) : emak, ى : saya)
وَجـَــمـِــيعُ : dan semua ( وَ : dan, جـَــمـِــيعُ : semua)
إ ِخـْــوَتـِــى : adik-beradik saya
=> إ ِخـْــوَة (ikhwatun) = إِخْوَانٌ (ikhwaanun) : sahabat-sahabat lelaki, saudara-saudara lelaki, abang-abang / adik-adik lelaki, brothers, friends – (jamak – جـَــمَــع / ramai / plural)
=> أ َخٌ (akhun) : seorang sahabat lelaki, seorang saudara lelaki, seorang abang , seorang adik lelaki, brother, friend – (seorang / mufrad – مـُــفـْــرَد / satu / singular)

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكَ / إ ِخـْــوَتـِــكِ ؟
Berapa adik-beradik awak?

كـَــمْ : berapa
عـَــدَدُ : bilangan
إ ِخـْــوَتـِــكَ : adik-beradik awak (lelaki)
إ ِخـْــوَتـِــكِ : adik-beradik awak (perempuan)
=> إ ِخـْــوَتـِ : adik-beradik, كَ : awak (lelaki) , كِ : awak (perempuan)

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
Saya ada seorang adik lelaki / abang dan dua orang adik perempuan / kakak.

عـِــنـْــدِى : Saya Ada, Saya Mempunyai
عـِــنـْــدَ (ada), ى (saya)
أ َخ (akhun) : sahabat, saudara lelaki, abang / adik
وَاحـِــدٌ : seorang
وَأ ُخـْــتـَــانِ (wa ukhtaani) : dan dua orang adik perempuan / dua orang kakak

=> ( وَ ) : dan
=>( أ ُخـْــتـَــانِ ) (ukhtaani) : dua orang adik perempuan / dua orang kakak – (muthanna – مُــثـَـنـّـَـى / dua)
=> أ ُخـْـتٌ (ukhtun) : seorang adik perempuan, seorang kakak, seorang saudara perempuan , sister- (mufrad – مـُــفـْــرَد / satu / singular)
=> أ َخَــوَاتٌ (akhowaatun) : ramai (lebih daripada 2) adik-adik perempuan, kakak-kakak, saudara-saudara perempuan , sisters – (jamak – جـَــمَــع / ramai / plural)

PERBUALAN SESAMA LELAKI:

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكَ فـِــى بـَــيـْــتـِــكَ ؟
Man yaskunu ma’aka fii baitika?
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Abii wa’ummii wa jamii’u ikhwatii.
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكَ ؟
Kam ‘adadu ikhwatika?
Berapa adik-beradik awak?

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
‘indii akhun waahidun wa ukhtaani.
Saya ada seorang adik lelaki / abang dan dua orang adik perempuan / kakak.

PERBUALAN SESAMA PEREMPUAN:

* مـَــنْ يـَــسـْــكـُــنُ مـَــعـَــكِ فـِــى / بـَــيـْــتـِــكِ ؟
Man yaskunu ma’aki fii baitiki?
Siapa tinggal bersama awak di rumah?

# أ َبـِــى وَأ ُمـِـّــى وَجـَــمـِــيعُ إ ِخـْــوَتـِــى
Abii wa’ummii wa jamii’u ikhwatii.
Ayah, emak, dan semua adik-beradik saya.

* كـَــمْ عـَــدَدُ إ ِخـْــوَتـِــكِ ؟
Kam ‘adadu ikhwatiki?
Berapa adik-beradik awak?

# عـِــنـْــدِى أ َخ ٌ وَاحـِــدٌ وَأ ُخـْــتـَــانِ
‘indii akhun waahidun wa ukhtaani.
Saya ada seorang adik lelaki / abang dan dua orang adik perempuan / kakak.

Lain-lain Tajuk:

1. DIALOG – Asas : التـَّــعَــرُّفُ : Perkenalan 1
2. DIALOG : لـَـمْ أ َتـَـوَقـَّـعْ : tak sangka: not suspected
3. MOTIVASI 2
4. DOA : Memudahkan Tidur
5. DIALOG – Asas : مـَـسـَـاءُ الـْـخـَـيـْـرِ: Selamat Petang : Good Evening
6. DIALOG : أ ُحِبُّ : Saya Suka : I Like / I Love
7. DIALOG : مـِــن َ الأفـْــضـَــلِ : lebih baik : better

Rujukan :

1.

هَيَّا بـِالـْعَرَبـِـيـَّــةِRadio IKIM.FM (Ustaz Dr. Majdi bin Hj. Ibrahim & Pn. Mona binti Jasman)

2. e-alqamus
3. Smiley: zaazu.com, smileycentral.com

 

Scroll to Top