Muntakhab Ahadith – الأحاديث المنتخبة

IKTIKAF: Amalan Yang Lebih Baik Daripada Sepuluh Tahun Iktikaf

Ikramul Muslimin: Hak-hak Orang Islam: Hadith 968/155

(155) Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, daripada Nabi صلى الله عليه وسلم baginda bersabda, “Barangsiapa berjalan untuk menunaikan suatu keperluan (hajat) saudaranya, maka hal itu lebih baik daripada sepuluh tahun i’tikaf.

Barangsiapa yang beri’tikaf sehari kerana Allah, maka Allah menjadikan (menjauhkan) antara dia dan neraka (sejauh) tiga parit, yang satu paritnya lebih jauh daripada jarak antara bumi dan langit.”

(Hr. Thabrani dalam al-Awsath, dan isnadnya jayyid – Majma’uz Zawaa’id VIII/351)

Rujukan:

1. فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٢٩٤

2. Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 542

Perbualan Bahasa Arab Asas : Umur (2)

:Please:
 * كـَــمْ عـَامـًا سـِــنـّـُُكِ يـَــا زَيـْــنـَــبُُ؟
Kam ‘aaman sinnuki yaa Zainabu (Zainab)?
* Berapa tahunkah umur awak hai Zainab?

# سـِــنـِـّىْ وَاحـِــدٌ وَعـِــشـْــرُوْن َ عـَامـًا
Sinnii waahidun wa’isyruuna ‘aaman.
# Umur saya 21 tahun.* وَكـَــمْ عـَــامـًـا سـِــنّ ُ أ ُخـْــتـِــكِ مَـرْيَـمَ؟
Wa kam ‘aaman sinnu ukhtiki Maryama (Maryam)?
* Berapa tahunkah umur Maryam, adik perempuan awak itu?

# أ ُخـْــتـِـى مَـرْيَـمُ أ َصـْــغـَــرُ مِــنـِّـى سـِــنـّـًـا. هـِــيَ تـِــسـْــعـَــة َ عـَــشـَــرَ عـَــمـًــا
Ukhtii Maryamu asghoru minnii sinnan. Hiya tis’ata ’asyaro ‘aaman.
# Maryam lebih kecil daripada saya, umurnya 20 tahun.

* قـُــوْلـِــى يـَــا زَيـْــنـَــبُُ، كـَــمْ عـَــامـًــا عـُــمـْــر ِى؟
Quulii yaa Zainabu (Zainab), kam ‘aaman ‘umrii?
* Katakan padaku hai Zainab, berapakah umurku?

# أ َظـُــن ّ ُ عـُــمـْــرُكِ حَـوَالـَــىْ عـِــشـْــرُوْن َ عـَــامـًــا
Azhunnu ‘umruki hawaalai ‘isyruuna ‘aaman.
# Saya mengagak umur awak adalah sekitar 20 tahun.

* كـَــان َ عـُــمـْــر ِى خـَــمـْــسـَــة ً وَعـِــشـْــر ِيـْــن َ عَــامـًــا
Kaana ‘umrii khomsatan wa’isyriina ‘aaman.
* Umur saya adalah 25 tahun.

# إ ِذ ًا، أ َنـَــا مـُــخـْــطِــئَــة
Izan, ana mukhti’atun (mukhti’ah).
# Kalau demikian, saya yang salah. BAHASA URDHU:Ikhlase amal ke kimat barjatihe.

Keikhlasan niat menggandakan nilai (ganjaran) amal.

Sincerely magnifies the value of action.

Amal kadaro madar neeyat parheh.

Nilai amal bergantung kepada niat.

The value of action depends on niat.

Islie hame harkam Allah ki roza keliye karne chahiye.

Oleh kerana itu, semua amalan hendaklah dilakukan hanya kerana Allah.

Therefore we should do every action for the sake of Allah.

Hadith Berkaitan Sifat Ikhlas:

(Saya suka sangat hadith ini…)
Hadith mengenai ikhlas

(58) Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Akan didatangkan pada hari kiamat lembaran-lembaran (buku berisi catatan dmal) yang telah dicap mohor, lalu dibawa ke hadapan Allah Tabaaraka wa Ta’aalaa.
Maka Allah سبحانه وتعالى berfirman, “Buanglah yang ini dan terimalah yang ini!”
Para malaikat berkata, “Demi kehormatan dan kebesaran-Mu, kami tidak melihat sesuatu dalam buku catatan ini kecuali kebaikan.”
Maka Allah سبحانه وتعالى menjawab, “Amal-amal kebaikan itu dilakukan bukan karena Aku, dan pada hari ini Aku tidak akan menerima kecuali yang dilakukan hanya semata-mata karena Aku.”

Dalam riwayat lain para malaikat berkata, “Dengan Kemuliaan-Mu, kami tidak mencatat kecuali amal (kebaikan) yang memang telah dia lakukan.”
Allah menjawab, “Kalian benar, tetapi sesungguhnya amal-amal kebaikannya itu dia lakukan bukan untuk (mencari keredaan) Aku.”

(Hr. Thabrani dalam al Awsath dengan dua sanad, dan para perawi Ahmad adalah sohih. Diriwayatkan pula oleh al Bazzar – Majma’uz Zawaa’id X/635)

Bak kata orang, ikhlas seumpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. Tiada sesiapa yang mengetahui keberadaannya melainkan Allah…

Rujukan:
1. Hj. Mustafa Umar .1997. PERBUALAN BAHASA ARAB PERINGKAT ASAS. Kuala Lumpur : Darul Nu’man. m.s 19 – 20.
2. Bahasa Urdhu – Nota peribadi.
3.Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s 672
4. Smiley Central

الأحاديث المنتخبة MUNTAKHAB AHADITH 1: Enam Sifat Para Sahabat رضي الله عنهم

Berikut adalah ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan enam sifat unggul para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mari bersama kita hayati. Jika ada kekeliruan, silalah rujuk kepada para ustaz dan ustazah yang lebih memahami. Semoga Allah memberi kefahaman dan petunjukNya kepada kita semua, insyaAllah.

1. Kalimah toyyibah.

2. Solat khusyuk dan khudu’.


3. Ilmu dan zikir.


4. Ikramul muslimin.


5. Ikhlas.


6. Dakwah.

Rujukan:
(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام.
(2) Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA.
(3) http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/016.html
(4) http://www.quranexplorer.com/quran/
(5) http://praytime.info/quran.php

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH / KEJAYAAN ADA DALAM KETAATAN – Hadith 195

Assalamualaikum, mahu bersiap-siap untuk sambutan malam tahun baru? Di masjid, di dataran mana-mana? Apa kata duduk sebentar dan hayati sabdaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini. Mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى memberi kita petunjukNya ke jalan yang benar. Aamiiiiiin.

Maksudnya:
(195) Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
“Apabila harta rampasan perang milik umum dikuasai oleh segelintir orang,
harta amanah dijadikan harta rampasan,
zakat dianggap sebagai hutang (denda),
ilmu pengetahuan dipelajari bukan untuk kepentingan agama (tetapi hanya untuk keperluan dunia),
laki-laki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
seseorang bersikap akrab (ramah) terhadap kawannya, tetapi bersikap jauh (acuh tidak acuh) terhadap bapanya,
suara-suara meninggi di masjid-masjid,
orang fasik menjadi pemimpin kabilahnya (kaumnya), orang yang paling hina (bersifat keji) menjadi pemimpin kaumnya (bangsanya),
seseorang dihormati karena takut akan kejahatannya,
munculnya para penyanyi wanita dan alat-alat muzik,
minuman-minuman keras mulai diminum (sebagai kebiasaan),
dan generasi umat sekarang mulai melaknat generasi umat terdahulu.
Kalau sudah demikian, maka bersiaplah-siaplah kerana
angin merah (yang ganas), gempa bumi, pembenaman manusia ke dalam tanah, perubahan bentuk muka (kepada bentuk yang buruk), hujan batu dari langit, dan tanda-tanda lainnya yang akan datang secara berurutan
seperti ikatan dawai yang bersusun manik-manik (biji tasbih) yang terputus talinya, maka berjatuhanlah ia secara berurutan.”
(Hr. Tirmidzi, katanya, Hadits ini ‘gharib’, bab Tanda-tanda datangnya bencana perubahan bentuk wajah dan pembenaman, Hadits nombor 2211)

Lain-lain Tajuk:
1. Doa Ummu Salamah ketika mengalami musibah
2. 5 Pintu Rezeki Untuk Da’i
3. Fenomena Gerhana Matahari dan Bulan serta Cara Solat
4. RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 8
5. MUNTAKHAB AHADITH: IKHLAS: Celaan Terhadap Riya’ – Hadith 36.1238
6. Kelebihan Zikrullah, Ulama’ dan Penuntut Ilmu

Rujukan:
(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٨٥-٨٦
(2) Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 130-131

MUNTAKHAB AHADITH: IKHLAS: Celaan Terhadap Riya’ – Hadith 36.1238

Celaan Terhadap Riya 36.1238
Celaan Terhadap Riya' 36.1238

(36) Dari Anas bin Malik رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda, “Cukuplah seseorang dikatakan buruk, apabila dia menunjukkan jari-jari kepada dirinya dalam masalah agama atau dunia, kecuali orang yang dijaga oleh Allah.”

(Hr. Tirmidzi, bab Sesungguhnya bagi tiap sesuatu ada keburukannya, Hadits nombor 2453)

Keterangan:
Menunjukkan jari-jari kepada dirinya maksudnya ialah menginginkan kemasyhuran (membanggakan diri). Orang yang mempunyai kebiasaan seperti ini tidak akan terlepas daripada bahaya, kerana tidak mudah untuk menyelamatkan diri daripada perasaan bangga diri. Jika kemasyuran itu kewujudannya tidak disengajakan, tetapi pemberian Allah, maka dengan rahmat Allah سبحانه وتعالى dia akan terselamat daripada keburukan nafsu dan syaitan. Bagi orang yang ikhlas seperti ini, adanya kemasyhuran tidak akan berbahaya.

(Mazhaahirul Haqq)

Rujukan:

(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام. صفحة: ٣٦٣
(2) Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan B. Melayu). 2004. Kuala Lumpur: Klang Book Centre. m.s. 660-661

Scroll to Top