niat

الأحاديث المنتخبة MUNTAKHAB AHADITH 1: Enam Sifat Para Sahabat رضي الله عنهم

Berikut adalah ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan enam sifat unggul para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mari bersama kita hayati. Jika ada kekeliruan, silalah rujuk kepada para ustaz dan ustazah yang lebih memahami. Semoga Allah memberi kefahaman dan petunjukNya kepada kita semua, insyaAllah.

1. Kalimah toyyibah.

2. Solat khusyuk dan khudu’.


3. Ilmu dan zikir.


4. Ikramul muslimin.


5. Ikhlas.


6. Dakwah.

Rujukan:
(1) فضيلة الشيخ محمد يوسف الكاندهلوى حفـظه لله تعالى. ١٤١٨ه. الأحاديث المنتحبة فى الصفات الست للدعوة إلى الله تعالى. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند). مكتبة فيض عام.
(2) Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Sa’ad al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA.
(3) http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/016.html
(4) http://www.quranexplorer.com/quran/
(5) http://praytime.info/quran.php

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 3

3: ‘Aisyah r.a. berkata, “Bersabda Nabi s.a.w. ” Tiada hijrah sesudah kembalinya kota Makkah ke tangan kaum Muslimin, tetapi yang tetap ada ialah jihad / berjuang dan niat akan berhijrah apabila keadaan memaksa. Dan bila kamu dipanggil untuk berjuang, hendaknya kamu tetap bersiap-sedia. “
(Bukhari, Muslim)
Tidak ada hijrah dari Makkah, karena Makkah telah menjadi negara Islam, sebab tujuan hijrah itu untuk mendapat kebebasan dalam melakukan perintah-perintah agama dengan rasa aman tidak terganggu.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 12 – 13

Hadis Tentera Menyerang Kaabah

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas – Hadith 2: Tentera Menyerang Kaabah

Hadis Tentera Menyerang Kaabah
Hadis Tentera Menyerang Kaabah

Sayyidatina Aisyah r.anha berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Bakal ada tentera yang akan menyerang Kaabah, tetapi ketika mereka sampai di suatu lapangan tiba-tiba dibinasakan semua, yang pertama hingga yang terakhir.”

Aisyah bertanya, ” Ya Rasulullah, bagaimanakah dibinasakan semua, padahal di situ ada orang-orang yang tidak ikut, iaitu orang yang sedang di pasar dan lain-lainnya?”

Jawab Nabi :“Dibinasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing.”

(Bukhari, Muslim)

Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang salah dan yang tidak bersalah, tetapi perhitungan di akhirat hanya terhadap mereka yang bersalah.

Bagi masing-masing pejuang akan menerima perhitungan menurut niat masing-masing.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 12

Hadis ini di FB: Hadis Tentera Menyerang Kaabah (klik)

Hadis Amalan Bergantung Kepada Niat

RIADHUS SOLIHIN : Niat Ikhlas – Hadith 1: Amalan Bergantung Kepada Niat

Hadis Amalan Bergantung Kepada Niat
Hadis Amalan Bergantung Kepada Niat

Sayyidina Umar bin Al-Khatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat.

Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”

(Bukhari, Muslim)

Oleh kerana peri pentingnya soal niat itu, maka ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama di dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat, hanyalah niat.

Malahan sesuatu perbuatan adat, jika dilakukan dengan niat untuk mengikuti perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW maka ia berubah menjadi ibadat yang berpahala.

Para ulama’ juga memperinci niat kepada lima macam; hakikat, tempat, hukum, masa dan syarat.

Hakikat niat: Iaitu sengaja (dengan sengaja mengerjakan sesuatu serentak dengan perbuatan)
Hukum niat : Wajib atau sunat.
Tempat niat : Dalam hati.
Masa niat : Pada permulaan melakukan perbuatan.
Syarat niat : Untuk tujuan amal kebaikan.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 11.

Hadis ini di FB: Amalan Bergantung Kepada Niat (klik)

RIADHUS SOLIHIN : Niat Ikhlas – Ayat Al-Qur’an

NIAT IKHLAS
DALAM SEMUA PERKATAAN PERBUATAN AMAL LAHlR BATIN
Firman Allah :
وَمَآ أ ُمِـرُوٓاْ إ ِلاّ لـِـيَـعْــبـُـدُواْ ٱلـلـَّهَ مُخْـلـِـصِـيـنَ لـَــهُ

ٱلـدِّيـنَ حُـنـَــفـَـآءَ

وَيـُـقِــيـمُـواْ ٱلصَّــلـَـوٰة َ وَيـُـؤْ تـُـواْ ٱلزَّكـَـوٰة َ ‌ۚ وَذ َالـِـكَ


دِيـنُ ٱلـْـقـَـيِّـمَـةِ
Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam
menjalankan agama yang lurus dan mendirikan sholat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.
(Al-Bayyinah 5)
Firman Allah:
لـَن يـَـنـَـالَ ٱللـَّهَ لـُـحُـومُـهَا وَلا دِمَـآؤُهَـا وَلـَــٰـكـِـن

يـَـنـَـالـُـهُ ٱلتـَّـقـْـوَىٰ مِنـكـُـمْ

Tidak sampai kepada Allah daging dan darah kurban itu, tetapi yang sampai kepada Allah ialah jalan taqwamu.
(Al-Haj 37)
Firman Allah:
قـُـلْ إ ِن تـُـخـْــفـُـواْ مَـا فِى صُـدُورِڪـُـمْ أ َوْ تـُـبْـدُوهُ
يَعْــلـَـمْـهُ ٱلـلـَّهُ

 

Katakanlah: Jika kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa yang dalam dadamu itu, tetap diketahui oleh Allah.
(Ali-Imran 29)
Dari ketiga ayat ini nyata benar betapa penting peranan niat dan ikhlas dalam segala amal perbuatan ibadat yang berupa syi’ar/bukti ta’at kepada Allah.

Rujukan:

Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 10.

 

Scroll to Top