perempuan

mamnu minal sorf

نحو/NAHU: Isim Yang Tidak Boleh Ditanwin – الاسم الذى لا ينصرف


Berubah baris akhir mengikut perubahan kedudukan dalam ayat TETAPI ia tidak tanwin.

Isim yang bergelar
( ممنوع من الصرف/ غير المنون / الاسم الذى لا ينصرف)
ini tidak boleh menerima sama ada;

i. Baris tanwin (baris dua).
ii. Baris kasrah / bawah.

Oleh itu;
– Ia MARFU’ dengan baris satu di hadapan.
– Ia MANSUB dengan baris satu di atas.
– Ia MAJRUR dengan baris satu di atas.

Penerangan selanjutnya adalah merujuk kepada slide di atas:

(Slide m.s 2) Isim yang tiada alif lam (ال) dan idhofah terbahagi kepada 2 bahagian:
1. Munawwan (مُـنـَـوّ َنٌ)

Perkataan yang boleh ditanwinkan (baris dua) pada huruf terakhirnya.
Contoh: رَجُــل (huruf terakhir iaitu lam berbaris tanwin –ٌ )

2. Ghairul Munawwan (غـَـيـْرُ الـْـمُـنـَــوّ َن)

Perkataan yang tidak boleh ditanwinkan (baris dua) pada huruf terakhirnya.
Contoh: ا َحْــسـَــنُُ (huruf terakhir iaitu nun tidak berbaris tanwin, hanya berbaris satu di hadapan – ُ)

(Slide m.s 3)

ISIM GHAIR MUNAWWAN / GHAIR MUTASARRIF / AL-ISMUL LAZI LA YANSORIF
(اسم غير منون / غير متصرف / الاسم الذى لا ينصرف)

Terdapat 12 Bahagian: (Sesetengah kitab menggabungkannya menjadi 9 sahaja)

 

1. MUANNATH

i. Muannath dengan huruf ta’ marbutah (ة)
Contoh:
فـَـاطِـمَـة ُ، رُقـَـيّـَـة ُ، بَـعـُـودَة ُ، ز َهـْـرَة ُ، طَـلـْـحَـة
Syarat: Nama orang sekalipun ianya adalah nama orang lelaki.
Perkataan ز َهـْـرَة jika bermakna ‘bunga’ hendaklah ditanwinkan ز َهـْـرَة

ii. Muannath pada makna.
Contoh:
(Nama orang perempuan)
ز َيـْـتـُـون ُ، ز َيـْـنـَـبُ، مَـرْيَـمُ، سُـعَـادُ
(Nama neraka)
سَـقـَـرُ

Syarat:
a – أن يكون الاسم زائدا على ثلاثة أحرف– (Lebih daripada 3 huruf.)
b.i – أو ثلاثيا محرك الوسط
– (3 huruf DAN huruf tengah BUKAN berbaris sukun / mati.)

b.ii – أو ساكن الوسط أعجميا
– 3 huruf DAN huruf tengah berbaris sukun / mati TETAPI:

–> ia bukan daripada Bahasa Arab.
Contoh: جـُـورُ (nama bandar)

–> أو منقولا من المذكر إلى المؤنث كما إذا سميت امرأة بـِـز َيـْـدٍ
– (orang perempuan yang dinamakan dengan nama lelaki.)
Contoh: ز َيـْــدُ
Contoh-contoh lain, sila klik sini dan situ.

*** WALAU BAGAIMANAPUN, huruf terakhir HARUS ditanwinkan. Harus bermakna boleh ditanwinkan atau tidak. Terpulang, tepuk dada Tanya selera.
Contoh:
ز َيـْـدٌ / ز َيـْــدُ، دَعـْـدٌ / دَعـْـدُ، هـِـنـْـدٌ / هـِـنـْـدُ

(Slide m.s 6)

2. AL-`AJMAH (العجمة) – Bukan Bahasa Arab

Orang Arab menggelar bangsa-bangsa selain Arab sebagai Ajam (عجم) yang bermakna ‘pelat’………… Nakal orang Arab ni……… ada ke dikatanya kita pelat? Tu yang turun ayat Qur’an tu………. “……..tiada beza Arab dengan Ajam………..”

Contoh:
(Semua nama Nabi kecuali 4 orang – جميع الأنبياء إلا أربعة🙂
مـُـحَـمـّـَـدٌ، صـَـالـِـحٌ، شـُـعـَـيـْـبٌ، هُـودٌ
Iaitu:
إ ِبـْـرَاهِـيـمُ، إ ِسـْـمَـاعِـيلُ، إ ِسـْـحَـاقُ، إ ِدْر ِيسُ، بَطـْـلـَـيـْمُـوسُ

Syarat: Lebih daripada tiga huruf

*** WAJIB tanwin sekiranya nama itu terdiri daripada hanya TIGA huruf dan HURUF TENGAH berbaris sukun / mati.
Contoh:
نـُـوحٌ، لـُـوط ٌ، شـِـيث ٌ، هُـودٌ

(Slide m.s 6)

3. AT-TARKIB AL-MAZJI YANG TIDAK DIAKHIRI DENGAN ’وَيـْـه‘
(التركيب المزجى المختوم بغير ويه)

Sebenarnya at-Tarkib (perkataan berangkai @ bersusun) ada 3:
المركب ثلاثة أقسام
١- مركـب اضافى
Contoh:
(جميع الكـنى) Gelaran:
عـَـبـْـدُ اللهِ، عـَـبـْـدُ الرّ َحـْـمـن ِ، أ َبُـو بَـكـْـر ٍ، أ ُمّ ُ كـُـلـْـثـُـوم ٍ،أ َبُـو الـْـحَـرْثِ

٢- مركـب مزجى
Contoh:
بَـعـْـلـَـبـَـكَ، حَـضـْـرَمَـوْتُ، سـِـيبـَـوَيـْـهٍ، بُـخـْـتـُـنـَـصـّـَــرَ،ڬونوڠ ليدانـْـج، سوڠاي فـَـاهـَـنـْـج، جوهر بهرو

٣- مركـب اسنادى
Contoh:
شـَـابَ قـَـرْنـَـاهـَـا

***At-Tarkib yang termasuk dalam perbincangan ini ialah yang kedua. Semua contoh pada nombor 2 tidak boleh menerima baris dua / tanwin pada huruf terakhirnya melainkan perkataan سـِـيبـَـوَيـْـهٍ

Syarat:
1. Perkataan itu adalah nama khas dan TIDAK diakhiri dengan ويه
2. Nama khas

(Slide m.s 4)

4. MENJADI MA`RIFAH (NAMA KHAS) KERANA DITAMBAH HURUF ALIF DAN NUN(التعريف مع الألف والنون)

Contoh:
عـُـثـْـمـَـان ُ، عـَـدْنـَـان ُ، بُـرْهـَـان ُ، عِـمـْـرَان ُ، سُـلـَـيْـمان

(Slide m.s 6)

5. ISIM YANG SAMA RUPANYA SEPERTI CONTOH PADA WAZAN FEEL (موازنا للفعل)

Contoh:
يـَـز ِيـْـدُ، أ َحـْـمـَـدُ

Contoh Yang Terkecuali:
حـَـسـَـن ٌ، جَـعـْـفـَـرٌ، صَـالـِـحٌ

(Slide m.s 6)

6. ISIM MA`DUL (اسم المعدول)
– MENJADI MA`RIFAH (NAMA KHAS) – DISELEWENGKAN DARIPADA SEBUTAN ASALNYA ATAS WAZAN فـُـعـَـلُ
(معدولا به عن لفظ آخر / هو الخروج الاسم عن صيغته الأصلية )

Contoh:
عـُـمـَـرُ، ز ُفـَـرُ

7. SIFAT ATAS WAZAN فـَعـْـلاَنُ DAN MUANNATHNYA ATAS WAZAN فـَـعـْـلـَـى

Syarat: Muannath perkataan tersebut BUKAN dengan huruf ta’ marbutah (ة ).
Contoh: (Slide m.s 5)

Contoh Yang Terkecuali:
(14 Perkataan Ini BOLEH Menerima Tanwin Dan Baris Bawah Kerana Muannath Bagi Perkataan-perkataan Ini Boleh Menerima Ta’ Marbutah (ة )
أليان ٌ، حبلان ٌ، خمصان ٌ، دخنان ٌ، سخنان ٌ، سيفان ٌ، صحيان ٌ، صومان ٌ، علان ٌ، قشوان ٌ، مصان ٌ، موتان ٌ، ندمان ٌ، نصران

*** Selain daripada 14 perkataan ini muannath perkataan yang ada tambahan huruf alif nun adalah atas wazan فـَـعـْـلـََـى

(Slide m.s 6)

8. SIFAT ATAS WAZAN أ َفـْـعـَـلُ DAN MUANNATHNYA ATAS WAZAN فـَـعـْـلاَءُ

Contoh: أ َحـْـمـَـرُ – حَـمـْـرَاءُ، أ َحـْـضـَـرُ – حَـضـْـرَاءُ
Contoh Yang Terkecuali: أ َرْمَـلٌ kerana muannathnya أ َرْمَـلَـة
Nota: Harus / boleh ditanwinkan sekiranya perlu atau menggunakan perkataan di atas dalam syair.

(Slide m.s 6)

9. ISMUL ADL (اسم العدل) SIFAT YANG DISELEWENGKAN DARIPADA SEBUTAN ASAL (معدولا به عن لفظ آخر)

Contoh:
مـَـثـْـنـَى، ثـُـلاَث ُ،رُبَـاعُ، أ ُخـَـرُ

10. ISIM YANG DIALHIRI DENGAN ALIF MAQSURAH

Contoh:
حُبْلـَـى، صُـغـْـرَى، مَـرْضـَـى، ذِكـْـرَى
Lain-lain contoh, sila klik sini.

11. ISIM YANG DIALHIRI DENGAN ALIF MAMDUDAH

Contoh:
عَـاشـُـورَاءُ، حَـسـْـنـَـاءُ، أ َشـْـيـَـاءُ، صَـحـْـرَاءُ، حَـمـْـرَاءُ
Lain-lain contoh, sila klik sini.

12. SIGHAH MUNTAHAL JUMU` (JAMA` TAKSIR ATAS WAZAN مـَـفـَـاعـِــلُ ATAU مـَـفـَـاعـِـيــلُ

Contoh: (Slide m.s 7)

Nota Asal:

الاسم الذى لا ينصرف

Tamrin / Soalan Latihan:

Soalan
Soalan Latihan

Rujukan:

Kiri: Kitab Nahu Tahun 3 Ibtida’i. Kanan: Buku Nota Nahu Tahun 4 Ibtida’i.

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.2.i: Latihan 4 (Nama-nama Orang)

Sila perhatikan contoh-contoh di atas. Nama-nama lelaki baris huruf terakhir berbaris dua (tanwin) tetapi nama-nama orang perempuan pula huruf terakhirnya hanya berbaris satu di hadapan.

Kepada anda yang pernah belajar Bahasa Arab mungkin pernah terjumpa nama orang lelaki yang tidak boleh berbaris tanwin pada huruf terakhirnya. Tidak mengapa, itu ada perbincangannya dalam tajuk pelajaran akan datang. Adalah penting dalam pelajaran Lughah ini anda mengikutinya tanpa melangkau mana-mana tajuk sebab ianya memang disusun sebegitu rupa khusus untuk bangsa yang bukan penutur Bahasa Arab bagi mempelajari Bahasa Arab.

Rasanya pelajaran kali ini amat mudah dan saya harap anda dapat menjawab latihan di bawah sambil memejam mata sahaja…….

اقرأ ْ واكتب مع ضبط أواخر الكلمات


Baca dan tulis perkataan-perkataan berikut dengan baris yang betul:
Read and write the following words with the correct ending:

حامد، زينب، عمّار، سعيد، فاطمة، مريم، عليّ، خالد، عباس، عائشة، محمد، صَفِيّــة، خديجة
Rujukan:
1.الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها – الجزء الأول المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

نحو/NAHU: Pelajaran 3: Contoh Dan Penerangan مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ (Lelaki / Jantan, Perempuan / Betina)

Mu'annath pula ada 4 bahagian
Mu'annath: Lafzi, Ma'nawi, Majazi
تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَّــر وَمُــؤَنـَّــثٍ
الأمـْــثـِــلـَــة

(١)
أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة

(ب)
عـَـائِشـَـة ُ أ ُمّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى
لـَــيـْــلى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة فـاضــِـلـَــةٌ
أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ
(ج)
هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاءَ
(د)
حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد
(ه)
الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

Penerangan:

ISIM TERBAHAGI KEPADA:

1. Muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

2. Mu’annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)

Berdasarkan pemerhatian terhadap contoh-contoh tersebut, dapat kita simpulkan bahawa terdapat;

1. Contoh muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)

أ َبـُــو بـَكـْـر كـَــان َ خـَــيـْــرَ مـِـثـَــال ٍ فـِى الــصـداقة

(Abu Bakar r.a adalah contoh terbaik dalam persahabatan)

Contoh-contoh lain

**********************************

2. Contoh mu’annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)

Tanda-tanda yang menunjukkan perkataan tersebut mu’annath ialah samada:

i. Huruf ta marbutah (تاء مربوطة) iaitu huruf ‘ta bulat’: (paling banyak digunakan)

عـَـائِشـَـة ُ أ ُمُّ الـْـمُـؤ ْمـِــنـِـيـْــنَ كـَــانـَـت ْ مـصـدر الـفــتوى

(Aisyah ummul mukminin merupakan tempat rujukan – untuk mendapat fatwa)


ii. Alif maqsurah (الف مقصورة) iaitu ‘alif bengkok’ atau huruf ya tanpa titik:

لـَــيـْــلـَى الـــعـَــامـِــريـَّـــة امـْــرأ َة ٌ فـاضــِـلـَــة

(Laila Al-‘Amiriyah perempuan yang baik / berbakti / berjasa)


iii. Alif mamdudah (الف ممدودة) iaitu perkataan yang diakhiri dengan huruf alif tambahan dan hamzah:

أ َسـْــمــاءُ بـِــنـْــت أ َبـِــى بــَــكْــر خـَــيـْــر مـِــثـَــال لِـلــمـرأةِ الـْــمـُــؤ ْ مـِـنـَــةِ

(Asma’ binti Abu Bakar sebaik-baik teladan bagi wanita beriman)


Walau bagaimanapun:

********************************
Kadang-kala perkataan itu sebenarnya mua’annath tetapi tiada langsung tanda-tanda mu’annath.

Contoh :هـِــنـْــدُ ز َوْجـَــة أ َبـِــى سـُفـْــيَــان فـَــعـَــلـَــت ْ فـعــلــة شــنعــاء

(Hindun isteri Abu Sufyan telah melakukan perbuatan yang amat buruk / keji)

Hindun ialah nama orang perempuan.

Oleh itu perkataan ini digelar mu’annath ma’nawiy (مؤنث معنوى).

Contoh-contoh lain:

ز َيـْـنـَـب : Zainab – nama orang perempuan.

أ ُمٌّ: ibu, emak – tentulah orang perempuan kan!

حـَــائـِـضٌ : orang yang haidh – lelaki ada haidh ke? huhu. Ha! Ada teka-teki… banyak-banyak binatang, binatang aaaaapa yang keluar hed?….. orang utan? Ikan paus????? Jawapannya dlm pelajaran Nahu akan datang.

Jawapan teka teki

سـُــعـَــاد : nama orang perempuan (orang Arab biasalah, Melayu jarang dengar)

Sebaliknya:

**********************************

Kadang-kala wujud tanda mu’annath (huruf ta bulat contohnya) tetapi perkataan itu sebenarnya muzakkar (lelaki / jantan).
eh, macam mana nak kenal? Oh, senang je nak kenal, kalau dah nama Hamzah! Perempuan ke tu?………ha’a, la….. Waduh-waduh….. kena lagi!

Contoh:حـَــمْــزة عـم الـرسـول اسْــتـُـشــْــهــد فـى غـزوة أحــد

(Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. syahid di dalam Peperangan Uhud)


Oleh itu perkataan ini digelar mu’annath lafziy
(مؤنث لفظى)

Contoh lain:طـَـلـْــحـَة – nama orang lelaki / sahabat Nabi r.a

*********************************

Ada juga perkataan yang mu’annath (perempuan / betina) tetapi- bukan hakiki – cuma dari segi ‘perbuatannya’ – ketika memerhatikannya di dalam ayat, seperti feel atau dhamir ( هــذه، ها، كِ ) dan lain-lain, bukannya( هُ ، هــذا، كَ ) yang ‘kembali’ kepadanya adalah mu’annath.

(Untuk mengenal pasti memerlukan banyak pembacaan).

Contoh:

الشــَّــــمـس آية من آيـات اللهِ

(Matahari adalah salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Allah)

Oleh itu perkataan ini digelar mu’annath majazi (مؤنث مجازى)

Contoh-contoh lain:

أ َرْض – tanah

ر ِيـْــحٌ – angin

ثـُــرَيـَّـا – bintang

جـَــهـَــنـَّــم – ‘nama neraka’

ahaks, jangan marahlah orang perempuan! Macam nama-nama angin puting beliung kan semuanya dinamakan dengan nama perempuan? Ha, orang Arab pun lebih kurang macam tu jugaklah gamaknya……… sabo jelah!

الـْـجـَــار – jiran

عـَــيـْــن – mata (anggota badan yang ‘sepasang’)

كـَــتـِــف – bahu (anggota badan yang ‘sepasang’)

أ ُذ ُن – telinga (anggota badan yang ‘sepasang’)

ر ِجـْــلٌ – kaki (anggota badan yang sepasang)

Link berkaitan:

Tamrin / Latihan

Rujukan:

1. زكي على سويلم وعبد السميع محمد السنباطى . تيسير النحو للصف الأول الأعدادى قدح دار الأمان : الناشر سنديرين برحد بمليزيا (بإذن رئيس قطاع المعاهد بالأزهر الشريف) ص. ٩١

2. جمال الدين محمد بن عبد الله بن مالك رحمهما الله . شرح ابن عقيل على اللالفية. سنقافوره وفينغ : مكــــتبة ومطبعة سليمان مرعى . ص.١٦٨-١٦٩

3. محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ ه . قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر

Hadis Amalan Bergantung Kepada Niat

RIADHUS SOLIHIN : Niat Ikhlas – Hadith 1: Amalan Bergantung Kepada Niat

Hadis Amalan Bergantung Kepada Niat
Hadis Amalan Bergantung Kepada Niat

Sayyidina Umar bin Al-Khatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat.

Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”

(Bukhari, Muslim)

Oleh kerana peri pentingnya soal niat itu, maka ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama di dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat, hanyalah niat.

Malahan sesuatu perbuatan adat, jika dilakukan dengan niat untuk mengikuti perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW maka ia berubah menjadi ibadat yang berpahala.

Para ulama’ juga memperinci niat kepada lima macam; hakikat, tempat, hukum, masa dan syarat.

Hakikat niat: Iaitu sengaja (dengan sengaja mengerjakan sesuatu serentak dengan perbuatan)
Hukum niat : Wajib atau sunat.
Tempat niat : Dalam hati.
Masa niat : Pada permulaan melakukan perbuatan.
Syarat niat : Untuk tujuan amal kebaikan.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADHUS SHALIHIN 1. Bandung: PT ALMA’ARIF. m.s 11.

Hadis ini di FB: Amalan Bergantung Kepada Niat (klik)

Scroll to Top