Sengaja Berbuka Puasa Ramadhan Tanpa Alasan Yang Dibenarkan Syara’
10. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa dengan sengaja – walaupun hanya) sehari dalam bulan Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit,
dia tidak akan dapat mengqadha’nya walaupun berpuasa seumur hidup, meskipun sekiranya dia dapat melakukannya (mengqadha’nya).”
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 53
9. Daripada Hazrat Abu ‘Ubaidah رضي الله عنه beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya.”
(Hadith riwayat an-Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah ,al-Hakim dan sahih atas syarat Bukhari. Lafaz mereka berbeza-beza diterangkan oleh al-Munziri dalam at-Targhib)
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 42
8. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda, “Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar
dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam.”
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 41
7. Hazrat Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Allah سبحانه وتعالى dan para malaikatNya menurunkan rahmat untuk orang yang bersahur.”
(Hadith riwayat at-Tabrani dalam Kitab al-Ausat dan Ibnu Hibban dalam sahihnya sebagaimana dalam Kitab at-Targhib)
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 36
6. Daripada Hazrat Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka.
Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka,
seorang imam (pemerintah) yang adil
dan doa dari seorang yang dizalimi.
Allah سبحانه وتعالى akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit
dan Allah سبحانه وتعالى akan berfirman “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika (demi sesuatu kemaslahatan).”
(Hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban mengatakan hadith ini ‘hasan’ dalam kitab sahih mereka berdua – at-Targhib)
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 32