Rukun Tasybih 4

BALAGHAH: Ilmu al-bayan; TASYBIH, Rukun, Kategori, Motif

Nota:
1. Tajuk ini diajar oleh Ustazah Aina Sabariah binti Mat Isa. Penerbit rancangan ini ialah DJ Ustazah Mona binti Jasman.

2. Tulisan seperti ini ‘ ص ٧٨ ‘ tiada apa-apa. Hanya untuk rujukan Mykrk sahaja.

Selamat mengulangkaji………..

BALAGHAH: Ilmu al-bayan; TASYBIH, Rukun, Kategori, Motif

Klik gambar Ustazah Aina Sabariah untuk mengunjungi blog beliau

TASYBIH (Perumpamaan, Bidalan, Bandingan)

Mengapa Tasybih, Rukun Tasybih 4: أركان التشبيه ٤

أركان التشبيه ص ١٨
Rukun = Mesti ada (macam rukun Islam, ada 5, kalau tidak cukup 5? Tidak sempurna Islam)

1. al-Musyabbah: المشبة
(objek/subjek yang menjadi asas untuk dibandingkan)
Contoh: Orang-orang yang diberi Taurat/ kitab, Fatimah

2. Musyabbah Bih: المشبة به
(bandingannya)- mesti lebih ‘kuat’daripada Musyabbah.
Contoh: Keldai yang membawa bebanan/ barang, bulan

3. Wajhu as-Syabah: وجه الشبه
(persamaan dua benda)
Contoh: Tidak mengamalkan, cantik

4. Adawat/ Adat Tasybih: أداة/ أدوات التشبيه
adawat = jama’/ plural (alat-alat)
adat = mufrad/ singular (alat)
Contoh: ك، مثل bandingan, seperti

Contoh-contoh Lain:
مثل الذين حمّـلوا التورة ثم لم يحملوها كمثل الحمار يحمل أسفارا

فاطمة كالبدر فى الجمال

العلماء مثل النور فى الهداية

Contoh-contoh Musyabbah Bih (Musyabbah Bih Yang Selalu Digunakan)

الشمس matahari ->sinaran, ketinggian, kedudukan فى الضياء، علوا

البحر laut ->mulia, الكرم

العسل madu ->manis الحلاوة

البرق kilat ->pantas السرعة

الأسد singa ->berani الشجاعة

الوردة bunga ->cantik الجمال

Kategori/ Jenis-jenis Tasybih 5: أقسام التشبيه ٥

أقسام التشبيه ص ٢١

1. Tasybih Mursal: التشبيه المرسل
Tasybih yang ada ‘adat’ (seperti ك، مثل).

Contoh: عمر ابن الخطاب كالأسد فى الشجاعة

2. Tasybih Muakkad: التشبيه المؤكد
Tasybih yang tiada ‘adat’.

Contoh: عمر ابن الخطاب أسد فى الشجاعة

3. Tasybih Mufassal: التشبيه المفصل
Tasybih ada wajhu as-Syabah (sifat yang dikongsi di antara Musyabbah dan Musyabbah bih)

Contoh: فاطمة مثل البدر فى الجمال
(ada الجمال)

4. Tasybih Mujmal: التشبيه المجمل
Tasybih tiada wajhu as-syabah

Contoh: قلب أبى جهل مثل الحجر
(tiada قسوة)

5. (Banyak) Tasybih Baligh: التشبيه البليغ
Tasybih tiada ‘adat’dan wajhu as-syabah

Contoh: عمر ابن الخطاب مثل الأسد فى الشجاعة ==>> عمر ابن الخطاب أسد

Contoh: العلم مثل النور فى الهداية ==>> العلم نور

Contoh: القراءة مفتاح العلم

Contoh: القرءان نور

Motif/ Tujuan Menggunakan Tasybih (1-3): أغراض التشبيه ١-٣

أغراض التشبيه ص ٣٨-٣٩

1. Untuk menerangkan situasi Musyabbah: بيان حال المشبه – saja-saja cerita.

Contoh: الحياء من الإيمان كالرأس من الجسد
Makna:Malu itu sebahagian daripada iman seperti kepala kepada badan

2. Untuk menerangkan KADAR Musyabbah (kuat, lemah, tambah, kurang): بيان مقدار حال المشبه

Contoh: Surah al-Baqarah ayat 74 ثم قست قلوبكم فهي كالحجارة أو أشد قسوة

-> keras itu kadarnya macam batu.

Contoh: الفصل مثل نار جهنم
al-faslu naru jahannam
Makna: Kelas macam neraka (panas sangat)

Contoh: الغرفة ثلاجة
al-ghurfatu thallajatun
Makna: Bilik ini macam peti ais (sejuk banget!)

3. Kukuhkan hal Musyabbah (mengukuhkan ayat): تقرير حال مشبه

Contoh:
الذي يعلم الخير ولا يعمل به مثل السراج الذي يضيء للناس ويحرق نفسه

al-lazi ya’lamu l-khaira wala ya’malu bihi meslu s-siroji al-lazi yudhi’u li n-nasi wa yahriqu nafsahu
Makna: Orang yang mengetahui perkara yang baik tetapi tidak membuat kebaikan itu seperti lampu yang menerangi manusia tetapi membakar dirinya.

التعليم في الصغر كالنقش في الحجر

at-ta’lim fi s-sighari ka n-naqsyi fi l-hajari
Makna: Pengajaran semasa kecil seperti mengukir di atas batu.

Motif/ Tujuan Menggunakan Tasybih (4,5): أغراض التشبيه ٤،٥

أغراض التشبيه ص ٣٨-٣٩

4. Menerangkan Kebarangkalian al-Musyabbah: بيان امكان المشبه
Perkara pelik Musyabbah boleh buat

Contoh: وكم من أب قد علا بابن ذوي شرف كما علا برسول الله عدنان

Makna: Berapa ramai ibu bapa menjadi mulia kerana anak-anak mereka sepertimana Kaum Adnan menjadi mulia kerana Rasulullah SAW.

Contoh: Api yang besar dimulakan oleh percikan api yang kecil.

5. Menghias Musyabbah: تزيين المشبه (Tidak mahu mengecilkan hati)

Contoh: الشيب مثل اللوءلوء، الشيب كاللوءلوء

asy-syaibu ka al-lu’lu’
Makna: Uban seperti mutiara

6. Menafikan keindahannya, memburuk-burukkan: تقبيح المشبه

Contoh: لي بيت مثل أجار الضب

Li baitun mislu ujari d-dhobbi
Makna:Saya ada rumah seperti lubang biawak (kecil sangat)

Penghargaan Dan Terima Kasih:
1. Radio IKIM.fm
2. Ustazah Mona binti Jasman
3. Ustazah Aina Sabariah binti Mat Isa
Rujukan:
استاذ اسماعيل حسين. 1983. علم البلاغة للقسم التوجيهى. كوالا لمڤور: ڤرچيتقن ديوان بهاس دان ڤستاك

Scroll to Top