Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya

LAILATUL QADR: Mengapakah Tarikhnya Tidak Dapat Dipastikan?

Lailatul Qadr - Hadith 5
Lailatul Qadr - Hadith 5


5. Daripada Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه beliau berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk memberitahu kami tentang Lailatul Qadr, kemudian ada dua orang lelaki daripada kalangan orang-orang Islam telah bergaduh.

Maka Baginda telah bersabda, “Aku telah keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadr kemudian si fulan dan si fulan telah bergaduh, oleh kerana itu ia telah diangkat kembali. Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu.

Maka carilah Lailatul-Qadr pada malam ke 9, 7 dan ke 5.”

(Hadith riwayat Bukhari – Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin ‘Abd. Wahab). 1999. FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 73

نحو/NAHU : Kepentingan Mempelajari Ilmu Nahu

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU NAHU ( النحو) : TATABAHASA

Mengetahui ilmu nahu adalah amat penting kerana dengan bertukar dan berubahnya i’rab (اِعـْـرَاب

– sebutan / baris huruf akhir sesuatu perkataan), maka makna juga akan berubah dan untuk menentukan sesuatu i’rab itu bergantung kepada ilmu nahu.

Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR’AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 23

Scroll to Top