soalan latihan

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 5: Mudhof dan Mudhofun Ilaih: Soalan Latihan 3, 4

Mudhaf dan mudhafun ilaih
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Hari ini kita menyambung lagi latihan bagi pelajaran 5 iaitu berkenaan tajuk ‘Mudhof dan Mudhofun Ilaih’. Untuk pengetahuan kalian, matlamat akhir pelajaran Lughah / Bahasa ini adalah anda akan mampu membaca teks berbahasa Arab yang tidak berbaris dengan betul. Bukan sahaja baris pada pertengahan perkataan bahkan baris pada akhir perkataan juga. Sekiranya anda pandai membariskan huruf terakhir dengan tepat, ianya menunjukkan bahawa anda telah menguasai pelajaran tatabahasa / grammar Bahasa Arab dengan baik.

Bagaimana? Rasa-rasanya bolehkah? InsyaAllah kalian pasti boleh dengan syarat anda mengikuti urutan pelajaran ini tanpa melangkaui mana-mana tajuk dan membuat SEMUA latihan yang diberi. Apatah lagi individu yang pernah berpeluang mempelajari Bahasa Arab secara formal di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Kadang-kala saya merasakan yang saya ini hanya mengajar itik berenang…… hehe…… tapi bila diingat semula yang saya lakukan semua ini adalah kerana saya yang berhajatkan kepada ilmu yang kian menjauh dan melupakan saya, (hei, biar betul?….) ah, saya buatlah! Blog saya, saya punya sukalah! Kui kui kui……

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik sekalian, latihan kali ini agak banyak. Sila buat berpandukan nota di bawah ini. Anda buat atau tidak memang saya tidak tahu. Tapi kalau nak pandai macam saya (ehem…) buatlah ye…..

Saya juga amat menggalakkan sekiranya anda mencari seorang guru yang mahir dalam Bahasa Arab dan mohonlah pertolongannya agar beliau mendengar bacaan anda sebab latihan di bawah ini adalah latihan membaca.

Nota:

1. Perkataan مـَنْ yang bermakna ‘siapa’ adalah ‘Isim Istifham’. Tidak akan berubah barisnya walau di mana ia berada. Sila rujuk untuk mengetahui lebih lanjut di sini.

2. Ambil perhatian pada isim yang terletak selepas huruf jar. “Masihkah dikau ingat?….”. Kalau ingat-ingat lupa, mari kita ulangkaji di sini dan sana.

3. Perkataan تـَـحـْـتَ bermakna ‘di bawah’. Ia bukanlah huruf jar tetapi zorof makan( ظرف مكان). Makan bermakna ‘tempat’. Hukum isim yang terletak selepasnya adalah majrur iaitu berbaris kasrah atau bawah pada huruf terakhirnya. (Boleh faham tak bahasa berbelit-belit ni?) Ingin tahu lebih lagi? Sila klik sini.

4. يَا adalah huruf nida’ (نداء). Isim selepasnya hanya berbaris SATU di hadapan. Nota berkaitan ada di sini.
Contoh;
Betul jika; يـَا أ ُسـْـتـَـاذ ُ، يـَـا شـَـيـْـخُ، يـَـا بـِـلاَلُ
Ya ustaazu, ya syeikhu, ya bilaalu.

Salah jika; يـَا أ ُسـْـتـَـاذ ٌ، يـَـا شـَـيـْـخ ٌ، يـَـا بـِـلاَلٌ
Ya ustaazun, ya syeikhun, ya bilaalun.

5. Perkataan اِسـْـمٌ dan اِبـْـنٌ mempunyai hamzah wasal. (Bertanda huruf sod kecil di atas huruf alif – banyak kedapatan dalam al-Qur’an, silalah rujuk)

=>Jika Hamzah wasal tersebut terletak pada permulaan ayat, BARISKAN BAWAH semasa membacanya.

Contoh;
اِسـْــمُ الـْـوَلـَـدِ بـِــلاَلٌ
Ismul waladi Bilaalun.
اِبـْــنُ الـْــمـُــدَرّ ِس ِ طـَـبـِــيْبٌ
Ibnul mudarrisi tobiibun.

=>Jika Hamzah wasal tersebut dibaca pada pertengahan ayat, barisnya DITIADAKAN semasa membaca. Sama keadaannya jika kita membaca al-Quran.

Contoh;
وَاسـْــمُ الـْـبـِـنـْـتِ آمِـنـَـةُ
Was (bukan wa is) => Wasmul binti Aaminatu.
وَابـْــن ُ الإ ِمـَــام ِ تـَــاجـِــرٌ
Wab (bukan wa ib) => Wabnul imaami taajirun.
أ َيـْــن َابـْـنُ حـَـامِــدٍ
Ainab (bukan aina ib) => Ainabnu Haamidin?

6. Mudhof TIDAK BOLEH berbaris tanwin atau mempunyai alif lam dan baris akhirnya mengikut kedudukannya dalam ayat.

7. Mudhofun ilaih BOLEH berbaris tanwin atau mempunyai alif lam dan hukumnya majrur iaitu huruf terakhir berbaris di bawah (kasrah).

Soalan:

٣) اقرأ واكتب مع ضبط أواخر الكلمات

Baca dan tulis perkataan berikut dengan baris yang betul.
Read and write the following words with the correct ending.

باب المدرسة، حمار الرجل، بيت حامد، سيارة المدير، منديل عمّـار، اسم الطالب، بيت الله، في كتاب الله، من بيت المدرس، على مكتب المدير

٤) اقرأ

Baca / Read.
١) أين بيت المدرس؟ هو بعيدٌ
٢) القرآن كتاب الله
٣) الكعبة بيت الله
٤) محمدٌ صلى الله عليه وسلم رسُوْْل الله
٥) خرج المدرس من غرفة المدير
٦) هذا بيت حامد وذلك بيت خالد
٧) ابْن ُ عمّار طالب وابْن ُ ياسر تاجر
٨) بيت المدرس بَعِيدٌ وبيت التاجر قـَر ِيبٌ
٩) هذا مفتاح السيارة. أين مفتاح البيت؟
١٠) من أنت يا ولد؟ أنا ابن عباس
١١) وابْنُ مَن ْ هو؟ هو ابْن خالد
١٢) أين مسجد رسول الله صلـَّى اللهُ عَلـَيْهِ وسَلـَّمَ؟ هو في الـمَدِيْنـَة المـُنـَوَّرةِ
١٣) بنت حامد في المدرسة وبنت محمد في الجامعة
١٤) اِسم المدرس سعيد واسم المهندس خالدٌ
١٥) عَمّ الطالب غـَنـِيٌّ
١٦) باب المسجد مفتوحٌ وباب المدرسة مُغـْلـَقٌ
١٧) خال حامد فـَقِيرٌ
١٨) سيارة عبّاس في الشّـَار ِع
١٩) ابْن ُ مَـن ْ أنتَ؟ أنا ابن المدرس
٢٠) أين الكلب؟ هو تحت السيارة

Download soalan

Rujukan:
1.الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.2: Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.2: Latihan 1, 2, 3    ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.2: Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)

Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

١- أ َجـِــبْ عـَــن ِ الأسـْــئـِــلـَــةِ الآتـِــيـَــةِ

Berdasarkan gambar di atas, jawab soalan-soalan berikut.
Answer the following questions.

١) مـِــن ْ أ َيـْــن َ أ َنـْــتَ؟
٢) أ َأ َنـْــتَ مـِــن َ الـْــفـِــلـِــبـِّــيـْــن؟
٣) مـَــن ْ مـِــن َالصـِّــيـْــن؟
٤) مـِــن ْ أ َيـْــن َ حــامد؟
٥) أين ذهــب عباس؟
٦) أ َذ َهــب عليّ إلى المدير؟

٢- اقرأ ْ واكتب مع ضبط أواخر الكلمات

Baca dan tulis perkataan-perkataan berikut dengan baris yang betul:
Read and write the following words with the correct ending:

الغرفة، من الغرفة، من الحمام، المرحاض، إلى المرحاض، اليابان، الفــلـبــين، من الهند، إلى الصين

٣- اقرأ واكتب

Baca dan tulis:
Read and write

١) من أين فاطمة؟
٢) خرج المدرس من الفصل وذهب إلى المدير
٣) ذهب التاجر إلى الدكان
٤) خرج حامد من الغرفة وذهب إلى الحمام
٥) من خرج من الفصل؟
٦) خرج الطالب من المدرسة وذهب إلى السوق
٧) خـديـجـة من الصـين وخـالـد مـن الـيـابان

Lain-lain Tajuk:
1. اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.1: Jawapan latihan 1 (فـِــى = di, di dalam, عـَــلـَــى = di atas. ‘هـُــوَ ‘ dan ‘ هـِــيَ’)
2. اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.1: Latihan 1, هـُــوَ ‘dia lelaki, ia jantan / muzakkar, he, it’ dan هـِــيَ’dia perempuan, ia betina / mu’annath, she, it
3. اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.1: Kamus
4. اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 4.2( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
5. MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Hadith 4
6. RIADHUS SHALIHIN (1) : Taubat – Hadith 2
7. TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR’AN (SIRI AKHIR – 5)

Rujukan:
1. الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Jawapan Latihan Pelajaran 1


مَا هَـٰـذ َا؟هَـٰـذ َا مِـفـْتـَاحٌ
مَا هَـٰـذ َا؟هَـٰـذا كـِــتـَـابٌ
مَا هَـٰـذ َا؟هَـٰـذ َا قـَــلـَــمٌ
مَا هَـٰـذ َا؟هَـٰـذا بـَـابٌ
مَا هَـٰـذ َا؟هَـٰـذ َا بـَـيـْـتٌ
مَا هَـٰـذ َا؟هَـٰـذا كـُـرْسـِــيٌّ

تــَــمْـر ِ يـْـن 2 : (Soalan Latihan 2)


أ َهَـٰـذ َا بـَـيْتٌ؟ لاَ، هَـٰـذ َا مـَـسـْـجـِـدٌ
أ َهَـٰـذ َا مِـفـْتـَاحٌ؟ لاَ، هَـٰـذ َا قـَــلـَــمٌ
أ َهَـٰـذ َا قـَـمِـيـْـصٌ؟ نـَـعـَـمْ، هَـٰـذ َا قـَـمِـيـْـصٌ
أ َهَـٰـذ َا نـَـجـْـمٌ؟ نـَـعـَـمْ، هَـٰـذ َا نـَـجـْـمٌ

تــَــمْـر ِ يـْـن 3 : (Soalan Latihan 3)

اِقـْرأ ْ وَاكـْــتـُــبْ : Baca dan Tulis

اِقـْرأ ْ وَاكـْــتـُــبْ : Baca dan Tulis

تــَــمْـر ِ يـْـن 4 : (Soalan Latihan 4)

اِقـْرأ ْ وَاكـْــتـُــبْ : Baca dan Tulis

اِقـْرأ ْ وَاكـْــتـُــبْ : Baca dan Tulis

Scroll to Top