thulathi. mazid

صرف/SARAF/SORF:WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin. أ َفـْـعـَـلَ يُفـْـعـِــلُ إ ِفـْـعـَــالٌ

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Kita bersua lagi dalam pelajaran Sorf. Perbincangan sebelum ini telah menyentuh dua daripada tiga wazan / bab Feel Maziidus Sulaasi (Thulathi) Biharf.
مـَـز ِيدُ الثـّـُـلاَثِى بـِـحَـرْفٍ
(3 huruf asal + 1 huruf tambahan )

Pelajaran berikutnya nanti;
* Feel Maziidus Sulaasi (Thulathi) Biharfain.
مـَـز ِيدُ الثـّـُـلاَثِى بـِـحَـرْفـَــيْـن
(3 huruf asal + 2 huruf tambahan)

* Feel Maziidus Sulaasi (Thulathi) Bi salaasati (thalaathati) ahruf.
مـَـز ِيدُ الثـّـُـلاَثِى بـِثـَـلاَثـَـةِ أ َحـْـرُفٍ
(3 huruf asal + 3 huruf tambahan)

Sila lihat diagram di bawah ini;

Thulathi mazid
Wazan Thulathi Mazid

Wazan yang telah kita pelajari ialah;

dan

Pada hari ini kita telusuri pula apakah peranan yang dimainkan oleh wazan terakhir ini;

Lapangkan fikiran anda dan tenang-tenang saja kerana wazan ini tidak banyak digunakan berbanding dua wazan sebelumnya. Sebab itulah ianya yang terakhir saya terangkan.
Hai, pening kepala saya nak menyusun ayat nih! Jadi kenalah saya mengarang sambil membayangkan sedewan pelajar sedang khusyuk di hadapan saya……. Dan saya sedang membuat presentation yang bertajuk ‘AF’ALA’……… adio la mak….. syoknya berangan………

Kita lihat tiga contoh ayat berikut dan kemudian anda buatlah kesimpulan sendiri ye!

Peranan wazan / bab / timbangan ini ialah;

1. Kata kerja aktif tak transitif menjadi kata kerja aktif transitif.

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya.

Dalam bahasa Arab, istilahnya ialah feel ‘Lazim’ (اللازم)

Contoh;
جـَـلـَـسَ – jalasa – duduk
حـَـسـُـنَ – hasuna – baik

*** 2 contoh di atas adalah ‘Feel Sulasi (Thulathi) Mujarrod’. Th= ث

Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang perlu berjumpa dengan objek (kata nama) secara terus untuk melengkapkan maksudnya.

Dalam bahasa Arab, istilahnya ialah feel ‘Muta’addi’ (المُـتعَـدِّى)

Contoh;
أ َجـْـلـَـسَ – ajlasa – mendudukkan
أ َحـْـسـَـنَ – ahsana – memperbaiki

*** 2 contoh di atas adalah ‘Feel Sulasi (Thulathi) Mazid / Maziidus Sulaasi bi Harf’.

Feel ini telah diubah daripada feel جـَـلـَـسَ dan حـَـسـُـنَ yang telah diubah mengikut wazan ini.

Contoh ayat;

1(a) جـَــلـَــسـْــتُ فـِـى الصـّـَـفِّ الأ َوّ َل ِ، وَأ َجـْـلـَـسـْـتُ الطـِّــفـْـلَ بـِــجـَــانـِــبـِــى

Maknanya: Saya telah duduk di barisan pertama, dan saya telah mendudukkan kanak-kanak lelaki di sebelah saya.
I sat in the first row and I seated the child by my side.

Perincian:
جـَــلـَــسـْــتُ : Saya telah duduk
( جـَــلـَــسـْـ : telah duduk, تُ : saya)
فـِـى : di
الصـّـَـفِّ : barisan
الأ َوّ َل : pertama, yang pertama
وَأ َجـْـلـَـسـْـتُ : dan saya telah mendudukkan
( وَ : dan, أ َجـْـلـَـسـْـ : telah mendudukkan, تُ : saya)
الطـِّــفـْـلَ : kanak-kanak lelaki, (seorang)
بـِــجـَــانـِــبـِــى : di sebelah saya.
( بـِــ : dengan, جـَــانـِــبـِ : sebelah, ـى : saya)

Sedikit penerangan:

جـَـلـَـسَ – dia telah duduk
جـَـلـَــسـْــتُ – saya telah duduk
* Kata kerja aktif tak transitif ( اللازم)

أ َجـْــلـَــسَ – dia telah mendudukkan
أ َجـْــلـَــسـْــتُ – saya telah mendudukkan
* Kata kerja aktif transitif ( المتعدى)

***
i. Sila lihat perubahan makna pada perkataan asal جـَـلـَـسَ setelah menjadi أ َجـْــلـَــسَ
ii. جـَـلـَـسَ atau أ َجـْــلـَــسَ berubah menjadi جـَــلـَــسـْــتُ atau أ َجـْـلـَـسـْـتُ kerana perubahan dalam ‘tasrif’ atau kata ganti nama diri orang. Penerangannya sila rujuk sini .

1(b) أ َحـْــسـَــنَ الصـّـَــانـِــعُ عـَــمـَــلـَــهُ

Maknanya: Pengilang itu memperelokkan pekerjaannya.
That company has improved it’s productivity.

Perincian:
أ َحـْــسـَــنَ : memperelokkan
الصـّـَــانـِــعُ : pengilang
عـَــمـَــلـَــهُ : pekerjaannya
( عـَــمـَــلـَـ : kerja, work, job, duty, productivity هُ : nya)

2. Kata kerja aktif transitif menjadi kata kerja aktif ‘double’ transitif.
‘double transitif’ = saya pinjam istilah bahasa Inggeris.

Contoh;
سـَــمـِــعَ : dia telah mendengar, he listenad.

Menjadi;
أ َسـْــمـَــعَ : dia telah memperdengarkan, he made somebody listen.

Contoh ayat; سـَــمـِــعَ الـْــمـُــدَرّ ِسُ الـْــقـُــرْءَانَ

Maknanya: Guru telah mendengar (bacaan) al-Qur’an.
The teacher listened to the Qur’an.

Perincian:
سـَــمـِــعَ : telah mendengar
الـْــمـُــدَرّ ِسُ : guru
الـْــقـُــرْءَانَ : al-Qur’an

Contoh perubahan perkataan: أ َسـمَعَ الطـّـُـلاّ َبُ الـْــمـُدَرّ ِسَ الـْـقـُـرْءَانَ

Maknanya: Murid-murid itu memperdengarkan (bacaan) al-Qur’an kepada guru.
The students read out Qur’an to the teacher.

Perincian:
أ َسـمَعَ : memperdengarkan
الطـّـُـلاّ َبُ : Murid-murid itu
الـْــمـُدَرّ ِسَ : guru
الـْـقـُـرْءَانَ : al-Qur’an

Sedikit penerangan:

سـَــمـِــعَ : dia telah mendengar, he listenad.
* Kata kerja aktif transitif ( المتعدى)

Menjadi;
أ َسـْــمـَــعَ : dia telah memperdengarkan, he made somebody listen.
* Kata kerja aktif ‘double transitif’.

***
i. Sila lihat perubahan makna pada perkataan asal سـَــمـِــعَ setelah menjadi أ َسـْــمـَــعَ.
ii. أ َسـْــمـَــعَ – Feel ini untuk mufrad (seorang, هـُـوَ), sedangkan pelakunya (الطـّـُـلاّ َبُ) adalah jamak (ramai, هـُـمْ). Ianya dibolehkan bagi jumlah fe’liah (جملة فعلية, ayat yang dimulai dengan kalimah (perkataan) feel)

Berikut adalah kesimpulan contoh perubahan feel yang telah kita pelajari bersama:

Kesimpulan
Kesimpulan

Tajuk berkaitan:

1. فـَــاعَـلَ يُـفـَـاعـِـلُ وَمُـفـَـاعـَـلـَـة ٌ وَفـِـعـَـالٌ
2. Contoh-contoh feel thulathi mujarrad.
3. Wazan feel thulathi mujarrad (mengikut yang terbanyak digunakan).
4. Wazan feel thulathi mujarrad.
5. Pendahuluan Ilmu Sorf.
6. Wazan feel ruba’i mujarrad فَـعـْــلـَـلَ يـُــفـَــعـْـلـِـلُ.
7. Contoh soalan latihan wazan feel-feel mujarrad.

Rujukan:
1. Rancangan ‘Durus Arabiah’ Radio Ikim.fm
2. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٧-٨
3. علم صرف دان نحو. ڤيرق: ڤرچيتقن ڤوستاك مودا. موك سورت: ٢٥-٢٨
4. N.A. Salleh. 2009. Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Perintis Books Sdn. Bhd.
5. The Ten Measures – Meaning / Perubahan makna kerana perubahan wazan (pdf 1 m.s)
6. Conjugation of the Ten Measures / مشتقات الأوزان العشرة الفعل العربى (pdf 1 m.s)
7. Cikgu B.I
8. e-alqamus
Hingga jumpa lagi ,
mykrk @ http://arabMykrk.com
إ ِلـَـى اللـّـِــقـَــاءِ، مـَـعَ السـَّــلاَمَـةِ

Scroll to Top